Social Icons

Pages

Monday, February 27, 2017

FAKTA !!! RUMAH TERBENGKALAI !!! #AZMINALI "BERDOSA BESAR" KEPADA 20,640 PEMBELI !!!


Pendedahan yang dibuat oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan,Tan Sri Noh Omar bahawa Selangor mencatatkan jumlah projek perumahan terbengkalai paling tinggi dengan 81 projek perumahan melibatkan 29,134 unit rumah dengan 20,640 pembeli,adalah sesuatu yang mengejutkan.Bayangkan bagaimana pembeli rumah tersebut terpaksa menanggung beban kerana menunggu lama dan pada masa yang sama mereka terpaksa membuat bayaran faedah kepada pihak bank untuk rumah yang tidak dibina.Malah ada sesetengah pembeli menunggu lama sehingga sudah meninggal dunia.Dengan pendedahan itu,timbul persoalan,kemanakah Menteri Besar Selangor,Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan apa peranan beliau untuk menyelesaikan masalah tersebut.Boleh dikatakan,jika kita membaca laporan media,masalah rumah terbengkalai ini sering diperkatakan dengan pembeli membuat rayuan kepada pihak terbabit untuk turun padang. 

Sebagai Menteri Besar,Azmin perlu masuk campur untuk menyelesaikan masalah penduduknya.Namun jika projek perumahan itu terbengkalai sejak 2009,bukankah sepatutnya ia diselesaikan ketika ini ??? Kerajaan negeri sepatutnya membantu pembeli dengan memulihkan projek perumahan ini.Jika Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang bertanggungjawab dalam menguruskan perkara berkaitan projek perumahan di Selangor,sudah pasti ia juga di bawah pengetahuan Mohamed Azmin sebagai Menteri Besar melalui Exconya.Apa yang menjadi persoalan ialah sejauh mana kerajaan negeri memandang serius perkara ini dan adakah Azmin sebagai Menteri Besar proaktif dalam mencari penyelesaiannya.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates