Social Icons

Pages

Saturday, February 11, 2017

KERAJAAN NEGERI SELANGOR MENGGANAS LAGI !!! ROBOH GERAI ORANG MELAYU DI #BUKITAMPANG !!!


Kira kira 25 peniaga Melayu di Bukit Ampang kehilangan punca pendapatan apabila MPAJ mengambil tindakan meroboh kawasan peniagaan mereka. Peniaga peniaga ini yang telah memohon lesen dari MPAJ semenjak 5 tahun lepas telah berkali kali di tolak.Pihak MPAJ telah meruntuhkan sebahagian dari tebing jalan bagi menghalang para peniaga untuk terus berniaga.Secara tidak langsung ini mendedahkan kawasan tersebut kepada kejadian tanah runtuh apatah lagi pada musim hujan ini.Menurut khabar khabar yang diterima dari para peniaga disitu, kawasan tersebut juga dipohon pemilikan oleh seorang individu yang mempunyai kaitan dengan Ahli Parlimen bagi menutup dan membangun kawasan tersebut untuk pangsapuri mewah. Ini amat bertentangan dengan kawasan kawasan peniaga kecil Cina sekitar jajahan MPAJ yang dibangunkan dan diberi lesen untuk berniaga bukti siapa sebenarnya dibelakang pentadbiran kerajaan negeri selangor. 

Dilemma para peniaga ini telah berulang kali cuba di selesaikan oleh NGO-NGO pro BN dan Umno namun gagal.Sebaliknya baik NGO pro pembangkang maupun parti parti politik seperti PKR,PAS,PPBM dan DAP tidak langsung peduli akan kesukaran yang dihadapi oleh para peniaga ini yang kini hilang punca pendapatan.Malah perkara ini pernah dibawa ke perhatian MB Selangor,Azmin Ali untuk diselesaikan secara baik namun terus tidak diberi perhatian. Para peniaga Bukit Ampang ternyata telah dianak tirikan oleh Kerajaan Negeri Selangor.Sebelum PRU 13 ada juga terdengar berita berita dimana pemegang kad pengenalan merah dikawasan berhampiran situ diberikan tanah bergeran untuk membolehkan mereka memohon menjadi warganegara.Sekarang dikawasan tersebut juga kelihatan begitu ramai pendatang yg tinggal di rumah rumah yang dibina dikawasan tersebut.

Sumber : RoslanAmbri 

UNTUK VIDEO PENUH 


UNTUK SELANJUTNYA

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment
 
 
Blogger Templates