Social Icons

Pages

Thursday, March 30, 2017

KANTOI !!! RUPANYA #WANAZIZAH #WAWI MAHU JADI PRESIDEN BUKAN SEKADAR PENASIHAT !!!


Baru-baru ini,mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan telah memutuskan untuk melantik Mahathir dan Wan Azizah sebagai penasihat kepada Pakatan Harapan.Penasihat sahajalah,Mat Sabu dan DAP yang lebih berkuasa menentukan logo dan satu nama bagi PH.Perlantikan ini telah meletakkan Pengerusi PPBM dan Presiden PKR ini sebagai dua badut sarkas sahaja buat Pakatan Harapan. Wan Azizah sendiri seperti enggan menerima perlantikan ini.Ini kerana,Wan Azizah sendiri enggan menghadiri mesyuarat berkenaan dan memberikan alasan masalah kesihatan mengganggu kehadirannya.Belum pernah Wan Azizah tidak menghadiri sebarang mesyuarat Majlis Kepimpinan Pakatan Harapan sejak ianya ditubuhkan pada 16 September 2015.Wan Azizah pasti mengetahui,ianya adalah salah satu usaha tersembunyi DAP dan Azmin untuk melemahkan kuasa yang ada pada dirinya. 

Bukan satu rahsia bahawa Wan Azizah sebenarnya mahu menjadi Presiden kepada apa jua pakatan pembangkang yang dibentuk.Menjadi Presiden untuk suaminya,Anwar.Lihat sahaja kepercayaan yang diberikan oleh Anwar terhadap dirinya.Tiada orang lain yang lebih dipercayai Anwar selain daripada Wan Azizah.Mudah untuk kita lihat,berapa lama Wan Azizah menjadi Presiden PKR,baik sebelum mahupun selepas Anwar dibebaskan dari penjara.Nama Wan Azizah terus kekal menjadi Presiden PKR.Umum sedia maklum bahawa nama Anwar cukup dominan dalam Pakatan Harapan.Justeru,sebagai orang yang diberikan kepercayaan penuh oleh Anwar,bukan satu perkara yang menghairankan apabila Wan Azizah turut mahu namanya diletakkan sebagai Presiden Pakatan Rakyat.Bukan hanya sekadar penasihat yang disifatkan yang hanya layak untuk ahli politik pencen sahaja.Wan Azizah pasti sedar,dia harus memainkan peranan yang lebih besar bagi memastikan laluan Anwar untuk menjadi calon Perdana Menteri buat PH tidak berkubur begitu sahaja. 

Laluan ini akan sentiasa terbuka sekiranya Wan Azizah sendiri mengetuai Pakatan Harapan dan bukannya hanya sekadar menjadi penasihat.Beliau sudah menjadi Presiden PKR sejak sekian lama malah dalam perjalanan politiknya,Anwar juga turut menyediakan laluan untuknya menjadi Menteri Besar Selangor menerusi Langkah Kajang.Lihat sahaja apa yang berlaku di Permatang Pauh.Setiap kali Anwar hilang kelayakan sebagai calon,nama Wan Azizah lah yang akan dipertaruhkan untuk menggantikan suaminya.Bukankah itu bukti jelas bahawa Wan Azizah lebih mahukan kuasa yang dominan dari sekadar menjadi penasihat ??? Sebab itulah Wan Azizah masuk hospital,merajuk sebab diletak sebagai penasihat sahaja.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates