Social Icons

Pages

Friday, April 28, 2017

TU DIAAA !!! KERAJAAN SELANGOR GOYAH !!! #PAS PUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN #PKR !!!


Tidak ada apa yang mengejutkan apabila akar umbi PAS mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan mereka dengan PKR.Perkara ini sudah lama didendangkan namun hanya semalam ia menjadi kenyataan.Bertitik tolak dari kemahuan kuat akar umbi PAS yang enggan lagi bekerjasama dengan PKR,timbul persoalan,adakah keputusan ini bakal mengoyahkan kedudukan kerajaan Selangor yang ada pada hari ini ??? Umum sedia maklum bahawa PAS mempunyai tiga Exco di dalam kerajaan negeri yang diketuai oleh Datuk Seri Azmin Ali.Melihat kepada kemahuan kuat akar umbi PAS ini,bagaimana pula nasib Exco PAS ini ??? 

Paling utama,mampukah Azmin terus kekal menerajui kerajaan Selangor setelah Exconya sendiri meninggalkan pakatan yang dibentuk ??? Sekiranya kita mengambil keputusan PAS sebagai sandaran,kedudukan kerajaan negeri Selangor yang diterajui Azmin,memang berada dalam keadaan yang cukup goyah.Mari kita lihat kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri Selangor.Hari ini, kerajaan Pakatan Harapan di Selangor mempunyai 30 kerusi DUN dengan DAP menguasai 15 kerusi,PKR (13) dan PAN (dua) manakala PAS (13), Barisan Nasional, 12 (12) serta Bebas (satu kerusi).Dengan keputusan yang dibuat dalam Muktamar PAS semalam, maka kedudukan kerusi terkini juga bakal berubah. 

DAP – 15 
PKR - 13 
PAN - 2 
Jumlah keseluruhan - 30 Kerusi 

Manakala di pihak pembangkang di Selangor pula, 

PAS - 13 
Barisan Nasional - 12 
BEBAS – 1 
Jumlah keseluruhan - 26 Kerusi 

Melihat akan kedudukan ini,Azmin hanya menerajui kerajaan Selangor dengan majoriti yang cukup tipis.Hanya tiga kerusi diperlukan untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan di Selangor.Dalam arena politik hari ini,bukan satu perkara mengejutkan andai ada antara ADUN yang bertindak meninggalkan parti untuk membentuk kerajaan baru di Selangor.Sejarah di Perak telah membuktikan bahawa ia bukan mustahil.Melihat kepada hasil kemahuan akar umbi pada Muktamar PAS kali ke 63 di Alor Setar semalam,nampaknya,penolakan mereka terhadap PKR benar-benar serius dan bukan satu perkara mustahil,jika percaturan politik ini benar-benar berlaku,Selangor mungkin akan mendapat seorang Menteri Besar yang baru.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates