Social Icons

Pages

Tuesday, May 09, 2017

TU DIAA !!! PM DS @NAJIBRAZAK MELENYAPKAN 37 TAHUN DASAR KABOTAJ #TUNMAHATHIR #TUNM TERHADAP SABAH,SARAWAK DAN LABUAN !!!


1. Dasar Kabotaj telah diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Pelaburan dan Industri,juga Timbalan Perdana Menteri pada masa yang sama. 

2. Dasar ini memperuntukkan bahawa hanya kapal-kapal milik Malaysia dibenarkan untuk terlibat dalam perkapalan domestik antara pelabuhan domestik di Malaysia.Dasar ini memberi kesan kepada kapal-kapal asing kerana tidak boleh memunggah kargo mereka secara langsung dalam pelabuhan-pelabuhan lain dan perlu melalui pelabuhan ditetapkan seperti Port Klang. 

3. Jadi,ini bermakna kapal-kapal asing tidak boleh menghantar barang import ke Sabah dan perlu memunggah barang kargo di Port Klang sebelum kapal-kapal milik Malaysia menghantar barang kargo tersebut dari Port Klang ke Sabah dan dikenakan caj tambahan. 

4. Ini adalah salah satu sebab mengapa harga barang di Sabah dan Sarawak sentiasa lebih tinggi berbanding di Semenanjung Malaysia. 

5. Selepas Perdana Menteri Najib Tun Razak mengambil alih pentadbiran pada 2009,beliau meliberalisasikan sebahagian daripada dasar ini yang membolehkan pengangkutan kargo antara pelabuhan tertentu di Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur. Baru-baru ini, pada tahun 2012 pengecualian dibuat bagi kapal-kapal pelayaran penumpang.

6. Hari ini,selepas 37 tahun penderitaan dan bebanan kepada rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak yang dicipta oleh Mahathir,Najib telah mengumumkan untuk memansuhkan Dasar Karbotaj,berkuatkuasa pada 1 Jun 2017. 

7. Najib telah memansuhkan satu lagi dasar yang membebankan rakyat Malaysia - terutamanya Malaysia Timur sejak dahulu.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment
 
 
Blogger Templates