Bila budak setahun jagung cuba melontarkan pandangan berkaitan politik,selalunya kita kena pilih-pilih kandungannya.Jarang ada yang berkualiti.Itulah yang berlaku bila Ketua Armada PPBM,Syed Saddiq cuba memuji Azmin Ali melambung-lambung berhubung pemberian bonus 2.5 bulan gaji kepada kakitangan awam kerajaan negeri Selangor.Menerusi pujian yang dimuatnaik melalui laman makro Twitternya itu,Syed Saddiq dengan sinis memerli kerajaan pusat pimpinan Perdana Menteri,Dato’ Sri Mohd Najib Razak kerana hanya memberikan bonus sebanyak RM500.00 sahaja kepada kakitangan awam di seluruh negara.Jumlah itu,bagi Syed Saddiq adalah amat kecil dan menjadi petunjuk keadaan ekonomi negara yang lemah.Mungkin Syed Saddiq sengaja menggelapkan beberapa fakta berikut dalam usahanya memanjangkan hayat politik Azmin menjelang PRU-14.Biar kami ulang tayang di sini untuk tatapan Syed Saddiq dan pemuda-pemuda Bersatu yang lain.
1. Azmin Ali menggelarkannya sebagai bonus tetapi kerajaan pusat mengklafikasikan pemberian wang tunai ini sebagai Bantuan Khas Kewangan sempena Hari Raya Aidilfitri 2017.
2. Pemberian bonus oleh kerajaan negeri Selangor adalah terhad kepada 21,700 orang sahaja sedangkan bantuan kewangan oleh kerajaan pusat meliputi sejumlah 1.6 juta kakitangan awam dan 775,000 orang pesara kerajaan.
3. Implikasi kewangan yang ditanggung oleh kerajaan Azmin Ali melalui pemberian bonus ini ialah sekitar RM50 juta manakala implikasi kewangan kerajaan pusat pula ialah sebanyak RM1 bilion.
4. Pembayaran bonus kerajaan Azmin dibuat secara berperingkat sebanyak tiga kali dalam tempoh setahun, bukannya sekaligus seperti yang disangka oleh orang ramai.
5. Pemberian bonus oleh kerajaan Azmin Ali adalah berat sebelah kerana jumlah bonus dinilai berdasarkan jumlah gaji yang diterima sebaliknya bantuan kewangan oleh kerajaan pusat adil kepada semua penerima tanpa dibeza-bezakan oleh kadar gaji yang diterima.
6. Pekerja swasta, persendirian, penganggur dan sebagainya tidak berpeluang merasai bonus sebagaimana kakitangan awam kerajaan negeri Selangor meskipun turut membayar cukai dan menanggung beban kos sara hidup yang sama.
7. Kerajaan pusat pula memberi bantuan kewangan kepada semua yang layak melalui BR1M dan banyak lagi skim bantuan kewangan lain jika hendak disenaraikan di sini. Seperti tahun-tahun sebelum ini, BR1M agihan kedua bagi tahun 2017 akan dibuat sebelum Hari Raya Aidilfitri bagi membolehkan orang ramai membuat persiapan menyambut hari raya masing-masing.
8. Benarkah ramai orang nak pindah ke Selangor sebab inginkan bonus dari Azmin Ali? Ini amat lucu. Sejak dahulu lagi memang sudah ramai orang luar nak bekerja di Selangor tapi bukannya semua layak masuk perkhidmatan awam. Orang luar masuk kerana di sini banyak peluang pekerjaan dalam bidang swasta yang telah diusahakan oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum Pakatan Rakyat (kini Pakatan Harapan) ambil alih negeri ini. Kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim dan Azmin Ali hari ini hanya meneruskan kejayaan pembangunan sumber manusia yang ditinggalkan oleh Barisan Nasional sahaja.
Justeru adalah dangkal jika Syed Saddiq hendak bandingkan pemberian bonus kerajaan Azmin Ali dan bantuan kewangan oleh kerajaan pusat pimpinan Najib Razak.
Sebelum ini pembangkang juga tidak senang apabila kita memuji Najib Razak kerana bagi mereka ia adalah tanggungjawab kerajaan untuk membantu rakyat.Ada juga yang meremeh-remehkannya sebagai gula-gula atau rasuah pilihan raya.
Bagaimana pula dengan tindakan Azmin Ali? Jika ia bukan gula-gula atau rasuah pilihan raya, kenapa Azmin menjanjikan bonus sehingga 6 bulan gaji jika Pakatan Harapan terus menang di Selangor pasca PRU-14 kelak?
Rakyat tidak bodoh untuk menilai,wahai Syed Saddiq.
Jika anda fikir melalui kaedah propaganda sebegini rakyat akan membenci dan menolak kerajaan Barisan Nasional, anda sebenarnya sedang melakukan kesilapan yang besar. Semakin hari semakin ramai yang mula celik mata dan buka hati untuk melihat dan menilai yang mana emas, yang mana permata.
APA KOMEN ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment