Social Icons

Pages

Showing posts with label AES.... Show all posts
Showing posts with label AES.... Show all posts

Wednesday, November 14, 2012

HOT NEWS !!! KISAH SEBENAR KENAPA #AES HARUS DILAKSANAKAN TERSEBAR !!!


Disebalik bantahan dari beberapa pihak termasuk parti politik terhadap perlaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sebenarnya,jika kita sedikit berlapang dada pasti dari sudut tertentu dapat melihat kebaikannya.Di pihak keselamatan jalanraya,persoalan nyawa manusia seringkali menjadi prioriti pertimbangan mereka,untuk menyelamatkan nyawa bermakna perlu ada pemantauan,pendidikan dan pengajaran.Dengan adanya kamera-kamera AES di pelbagai lokasi tertentu termasuklah di kawasan yang sering berlaku kemalangan,sedikit sebanyak mampu mengurangkan kadar kemalangan akibat pemanduan laju dan cuai oleh sesetengah pengguna jalanraya.Itu salah satu sebab yang membawa kepada kewujudan AES. 

Manakala di pihak pengguna jalanraya,ramai dikalangan kita selesa memandu laju kerana ia lebih menjimatkan masa sesuai dengan kehebatan kenderaan yang di bawa.Lebih laju ia dipandu lebih pendek masa dibazirkan di atas jalanraya.Akan tetapi bila tiba-tiba disaman,persoalan wang ringgit pula lebih menghantui kepala.Persoalan risiko nyawa melayang atau berlakunya kecederaan akibat kemalangan membabitkan diri atau orang lain hanya sesekali sahaja menjadi perkiraan.Ini hakikat.Selain itu,bukankah selama ini sebahagian kita sering merungut kemarahan dengan dakwaan kewujudan kegiatan rasuah membabitkan segelintir anggota polis terutama sekali di sekatan-sekatan jalanraya ??? Cuba kita renung sejenak,bukankah dengan adanya AES maka interaksi pengguna jalanraya dengan polis trafik akan dapat diminimakan,dengan demikian peluang untuk berlakunya rasuah dapat dikurangkan.Sekalipun dengan adanya AES tak semestinya kesalahan rasuah membabitkan anggota trafik serta kadar kemalangan maut akan jatuh hingga angka kosong, setidak-tidaknya satu yang pasti ia dapat mengurangkannya. Betul tak pembaca Badut Rakyat ???

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! #AES AKAN DILAKSANAKAN SELEPAS 10,000 RAKYAT MALAYSIA MENINGGAL DUNIA ???


Ramai yang komplen perlaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan membebankan pengguna jalanraya dengan saman yang bertimbun serta hanya menguntungkan pihak swasta yang terlibat dengan kontrak AES sahaja.Betul atau tidak bukan lagi persoalan,kerana bila melibatkan wang ringgit ramai yang agak sensitif sekalipun sebahagian besar daripada kita sejak mengetahui kewujudan kamera di AES di sesuatu lokasi seringkali kita memperlahankan kenderaan mengikut halaju yang ditetapkan.Boleh jadi keprihatinan kita memperlahankan kenderaan berdasarkan halaju itu berlaku secara spontan,mungkin kerana takut wang ringgit melayang atau barangkali juga kerana bimbang ditimpa kecelakaan.Mana-mana satu di atas tetap betul,kerana naluri manusia agak risau jika kehilangan wang ringgit dan dari sudut lain pula ramai yang belum bersedia untuk menghuni liang lahad Atau barangkali sudah ramai pengguna jalanraya bersepakat untuk memufliskan syarikat swasta yang terlibat dengan kontrak AES,maka dengan demikian masing-masing memandu ikut peraturan halaju,boleh jadi juga begitu. 

Saban hari satu hakikat yang pasti banyak nyawa yang tidak berdosa menjadi korban di atas jalanraya.Ia boleh berlaku secara tidak sengaja atau sebaliknya,tiap kali berlakunya kemalangan maut,nyawa yang melayang tidak lagi dapat ditukar ganti.Andai berlaku kejadian tidak diingini misal kata sewaktu pulang dari bekerja,anak isteri di rumah sabar menanti namun kelibat si suami atau ayah belum kelihatan.Bila datang kenderaan polis membawa berita kematian si arwah,bayangkan betapa terkejut ahli keluarga di rumah.Malang tak berbau,itu hakikat.Kemalangan maut atau kecederaan akibat perlanggaran di atas jalanraya boleh berlaku bila-bila masa,sama ada kita telah berhati-hati dalam pemanduan atau sebaliknya.Namun setidak-tidaknya dengan adanya AES,kita dapat mengurangkan sang pemandu pelesit di atas jalanraya dan mengajar mereka untuk menghargai nyawa orang lain,sekaligus mengurangkan kadar kematian atau kecederaan akibat faktor kelajuan dan kecuaian Atau jika persoalan nyawa dan kebahagiaan kaum keluarga mahu diabaikan atas sebab apa sekalipun,mungkinkah kita perlu menunggu kadar kematian akibat kemalangan jalanraya meningkat kepada 10,000 kematian setahun barulah kita semua bersetuju untuk menyokong perlaksanaan AES.Pada masa sekarang secara purata lebih kurang 6,000 nyawa melayang setiap tahun,untuk mencukupkan angka 10,000 hanya berbaki lagi kira-kira 4,000 nyawa lagi yang perlu dimatikan.Perlukah kita menunggu angka 10,000 itu genap atau meningkat kepada 20,000 orang maut setiap tahun,barulah terdetik sekelumit kesedaran dalam hati kita untuk membantu kerajaan menurunkan angka kematian di atas jalanraya sekarang ??? Tepuk kepala tanya akal.Jika wang ringgit jadi perkiraannya,maka memandulah dengan kelajuan yang telah ditetapkan dengan demikian anda tidak perlu pening kepala membayar saman.Seandainya persoalan nyawa dan kasih sayang keluarga diutamakan,teruskan pemanduan berhemah demi orang yang tersayang.

RENUNG-RENUNGKAN
 
 
Blogger Templates