Disebalik bantahan dari beberapa pihak termasuk parti politik terhadap perlaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sebenarnya,jika kita sedikit berlapang dada pasti dari sudut tertentu dapat melihat kebaikannya.Di pihak keselamatan jalanraya,persoalan nyawa manusia seringkali menjadi prioriti pertimbangan mereka,untuk menyelamatkan nyawa bermakna perlu ada pemantauan,pendidikan dan pengajaran.Dengan adanya kamera-kamera AES di pelbagai lokasi tertentu termasuklah di kawasan yang sering berlaku kemalangan,sedikit sebanyak mampu mengurangkan kadar kemalangan akibat pemanduan laju dan cuai oleh sesetengah pengguna jalanraya.Itu salah satu sebab yang membawa kepada kewujudan AES.
Manakala di pihak pengguna jalanraya,ramai dikalangan kita selesa memandu laju kerana ia lebih menjimatkan masa sesuai dengan kehebatan kenderaan yang di bawa.Lebih laju ia dipandu lebih pendek masa dibazirkan di atas jalanraya.Akan tetapi bila tiba-tiba disaman,persoalan wang ringgit pula lebih menghantui kepala.Persoalan risiko nyawa melayang atau berlakunya kecederaan akibat kemalangan membabitkan diri atau orang lain hanya sesekali sahaja menjadi perkiraan.Ini hakikat.Selain itu,bukankah selama ini sebahagian kita sering merungut kemarahan dengan dakwaan kewujudan kegiatan rasuah membabitkan segelintir anggota polis terutama sekali di sekatan-sekatan jalanraya ???
Cuba kita renung sejenak,bukankah dengan adanya AES maka interaksi pengguna jalanraya dengan polis trafik akan dapat diminimakan,dengan demikian peluang untuk berlakunya rasuah dapat dikurangkan.Sekalipun dengan adanya AES tak semestinya kesalahan rasuah membabitkan anggota trafik serta kadar kemalangan maut akan jatuh hingga angka kosong, setidak-tidaknya satu yang pasti ia dapat mengurangkannya. Betul tak pembaca Badut Rakyat ???
RENUNG-RENUNGKAN
2 comments:
soal asas yg perlu dititik beratkan ialah menghapuskan keraguan rakyat, walaupun tidak sampai ke level 0. pertama, apa justifikasi jpj menyerahkan kpd pihak swasta bagi pemasangan aes? rakyat tetap berpendapat penguatkuasaan peraturan dan undang2 adalah t/jwb pihak kerajaan. sekiranya t/jwb ini diambil alih pihak swasta, proses yg kononnya mendidik akan bertukar kpd menyakau. kedua, adakah justifikasi berdasarkan perangkaan dari jpj yg meletakkan sesuatu kawasan itu layak utk ditempatkan kamera aes atau 100% pilihan pihak pengendali swasta tersebut? persoalan ini perlu dirungkaikan dgn segera. ketiga, adakah langkah2 awal dgn tujuan mendidik itu telah dilaksanakan oleh pihak yg berkait?. contohnya papan tanda amaran terdapatnya memantauan kamera aes dihadapan. ini tetap penting agar hasrat murni pihak jpj tidak dtafsirkan sebagai memerangkap pemandu. sebenarnya ada lg beberapa perkara yg berkait aes ini masih bersarang dlm kepala. tunggulah dulu. bukan apa, dulu sewaktu pelaksanaan pengajaran subjek sains & math dlm bahasa inggeris d sekolah, ada pihak yg tiba2 jd jutawan krn dpt kontrak membekal komputer dan makmal. tak mustahil benda ini berulang. solah mat hasan wajib menjwb...
usin..... simple jerk.... kenapa nak lepaskan pada pihak swasta... senang je jawapannya.... kita pandang pada TM, Maxis, Astro.... kenapa perlu ada contractor pemasangan.... kenapa ada contractor penyelenggaraan.. mudah je... untuk mengurangkan kos dari segi man power... dan sesuatu alat bila kita beli... kan ada tempoh waranti... so dari situ jugak dapat megelakkan berlakunya waranti void andai kakitangan JPJ lakukan kesilapan... pada saya satu lagi perkara... andai anda semasa kecil tidak melakukan kesalahan... tak kena rotan dengan ibubapa anda... so sama je.. andai anda mematuhi undang2 jalan raya anda tak kena saman...so tak ada la duit disakau oleh orang lain...kenapa nak perlu ada papan tanda menyatakan adanya kamera AES andai dah ada papan tanda had limit kelajuan... so kalau dah terpampang 90... kenapa nak 100... tak payah bazir duit nak buat papan tanda baru... sedangkan papan tanda kelajuan dah terpampang...so x timbul jpj memerangkap rakyat.. sebab papan tanda had kelajuan dah ada...pada saya x semestinya tempat berlaku kemalangan saja perlu dipasang aes... dimana2 pun boleh... sebab undang2 jalan raya tertakluk dimana saja selagi anda diatas jalan raya.... saya pernah ke germany... di sana benda ini juga diguna pakai.. so pada saya simple je... undang2 dah ada... patuh je... x kena saman... its simple and easy...
Post a Comment