Social Icons

Pages

Showing posts with label KHUSRIN.... Show all posts
Showing posts with label KHUSRIN.... Show all posts

Thursday, February 17, 2011

KHUSRIN ANGKAT SUMPAH DEPAN KHALID GAGAP !!!


pada jam 1.30 ptg semalam berlangsungnya majlis angkat sumpah simpan rahsia Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,Datuk Khusrin Munawi depan Menteri Besar,Khalid Gagap di pejabatnya di Shah Alam

Majlis ringkas itu berlangsung di depan ahli Exco Kerajaan.Khalid berkata mulai sekarang Datuk Khusrin boleh menghadiri mesyuarat Exco.sebelum ini Khalid memberitahu wartawan Khusrin tidak dibenarkan hadir semua mesyuarat.Katanya mesyuarat Exco akan distrukturkan jadi dua bahagian.Menurut satu bahagian boleh hadir dan satu lagi tidak.

BEGINI LAH SIKAP KHALID GAGAP,SEKEJAP KATA BOLEH LEPAS ITU TAK BOLEH. INGAT DATUK KHUSRIN NI PATUNG KER APA ??? KENAPA SETIAUSAHA KERAJAAN BOLEH PERGI KE SEMUA MESYUARAT PADA ZAMAN BARISAN NASIONAL MEMERINTAH YEK ??? ADAKAH KHALID NI TAKUT GELARAN MENTERI BESAR AKAN HILANG ???

RENUNG-RENUNGKAN LAH

Tuesday, February 08, 2011

DATUK KHUSRIN MENERIMA TUGAS PERTAMA !!!


dah lama kita tak mendengar cerita berkenaan dengan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor yang baru.


semalam,langkah pertama sudah berjalan apabila Datuk Mohamad Khusrin Munawi diminta membantu menangani masalah penduduk setinggan yang mendiami tanah negeri itu.Perkara itu dimaklumkan kepada Mohamad Khusrin oleh Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim apabila kedua-dua mereka mengadakan pertemuan di pejabat Menteri Besar di Bangunan SUK.

Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar dalam satu kenyataan berkata pada pertemuan itu,Datuk Mohamad Khusrin juga diminta menyediakan laporan dari masa ke masa kepada kerajaan Selangor mengenai maklumat terkini hartanah yang dimiliki kerajaan negeri demi mengenal pasti nilai tanah terbiar dan bermasalah.Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyebut sama ada Abdul Khalid Gagap membenarkan Datuk Mohamad Khusrin mengangkat sumpah simpan rahsia di hadapannya bagi membolehkan SUK itu menghadiri mesyuarat exco dan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor.

Abdul Khalid Gagap mempertikaikan pelantikan Datuk Mohd Khusrin sebagai SUK berkuat kuasa 1 Januari lepas oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, dengan mengatakan beliau tidak dimaklumkan terlebih dahulu mengenai pelantikan itu.Berikutan itu,kerajaan Selangor yang diterajui bersama oleh Parti Keadilan Rakyat,Pas dan DAP mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor, bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam pelantikan SUK, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri,yang berada di bawah bidang kuasa suruhanjaya tersebut.Pindaan itu gagal kerana tidak mendapat sokongan majoriti dua pertiga anggota dewan.

KEPADA DATUK KHUSRIN,LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB ANDA SEBAGAI S.U.K JANGAN PANDAI BERJANJI KEPADA RAKYAT.KALAU DAH BERJANJI MESTI TUNAIKAN.

Saturday, January 08, 2011

GEMPAR !!! BEKAS SUK SELANGOR DAH BERSUARA !!!




Episod pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor nampaknya masuk cerita baru yang lebih panas jika apa didedahkan bekas SUK, Datuk Ramli Mahmud,adalah benar.

Berdasarkan pengakuan beliau,nama penggantinya disembahkan kepada Sultan Selangor serta Menteri Besar Khalid Ibrahim @ Gagap supaya kedua-dua pihak berbincang.

"Senarai ini telah disembahkan kepada DYMM Sultan Selangor, diserahkan kepada YAB menteri besar dan saya meminta beliau berbincang dengan DYMM Sultan.Dan satu salinan kepada JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) untuk pemilihan bagi memastikan SUK Selangor orang Selangor dan mempunyai pengalaman bekerja di Selangor bagi mengetahui adat kerja," katanya dalam satu kenyataan.


Laporan dari Agenda Daily menyebut Ramli berkata,beliau tidak terlibat langsung dalam menentukan Khusrin dipilih sebagai SUK Selangor malah nama bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu adalah ke lima ikut kekananan dalam senarai lapan nama yang layak.Katanya, JPA telah menyenarai pendek tiga nama dan minta disembahkan kepada Sultan seperti yang dititahkan, berdasarkan integiriti, kredibiliti dan pengalaman.

“Nama Khushrin yang teratas dan dua nama lain,”kata Ramli yang bertegas tiada kepentingan peribadi ketika mencadangkan ke semua nama tersebut bagi jawatan SUK.

Persoalannya kini apakah Khalid sudah mengetahui perkara ini sejak awal tetapi mempolitikannya atau ada pegawai beliau yang tidak peka terhadap urusan surat menyurat penting mengenai pelantikan SUK dan tidak merujuk kepada Menteri Besar itu pada masanya ??? Mungkinkah Khalid atau pejabat Menteri Besar boleh menjawab perakuan Ramli ini ???


Berikut kenyataan penuhnya Ramli:

Saya tidak terlibat langsung dalam menentukan Dato' Kushrin sebagai SUK Selangor. Saya hanya terlibat dalam menyenaraikan calon-calon yang layak dipertimbangkan berdasarkan seniority (kekananan) dan saya percaya pada seniority.Sebanyak lapan nama layak dipertimbangkan dan Dato' Kushrin adalah calon kelima berdasarkan kekananan.

Senarai ini telah disembahkan kepada DYMM Sultan Selangor, diserahkan kepada YAB menteri besar dan saya meminta beliau berbincang dengan DYMM Sultan.satu salinan kepada JPA untuk pemilihan bagi memastikan SUK Selangor orang Selangor dan mempunyai pengalaman bekerja di Selangor bagi mengetahui adat kerja. Senarai telah diserahkan lebih daripada tiga bulan sebelum persaraan saya.


Mereka semua pegawai saya dan saya tiada preference kerana saya tiada personal interest (kepentingan peribadi).JPA telah menyenaraipendek tiga nama dan minta disembahkan kepada DYMM Sultan seperti yang dititahkan, berdasarkan integiriti, kredibeliti dan pengalaman. Nama Dato' Khushrin yang teratas dan dua nama lain.

Saya telah bertanyakan senarai negeri beberapa kali daripada (exco Selangor) Dato' Hasan (Ali). Kali pertama dimaklumkan belum selesai wawancara Dato' Nordin yang bercuti dan sekali lagi dimaklumkan telah diserahkan kepada YAB Menteri Besar.Saya perpendapat perkara ini akan di bawa untuk berbincang sendiri dengan DYMM Sultan Selangor. Saya telah kemukakan tiga calon JPA kepada DYMM Sultan Selangor.

Dan DYMM Sultan telah perkenan Dato' Kushrin melalui surat kepada saya yang disalinkan keapda YAB MB. Saya telah memanjangkannya kepada JPA dan perkara ini masih embargo sehingga pengumuman dibuat oleh JPA.

Saya didakwa tidak memaklumkan kepada EXCO kerana saya kira kalau hendak pecahkan rahsia biarlah YAB menteri besar sebab beliau juga mendapat salian surat kerana sebagai YAB MB beliau biasanya kebal, manakala jika saya yang memaklumkannya dan keadaan jadi macam sekarang sudah tentu saya akan dipersalahkan dan boleh didakwa di bawah akta rahsia rasmi.Keadaan yang senyap menyebabkan saya beranggapan perkara ini telah dibincangkan oleh beliau dgn DYMM Tuanku dan tiada masalah.Manakala pengarah JAIS tiada masalah, kalau calon saya adalah Dato' Asmawi berdasarkan kekananan, the most senior (yang paling kanan).

YAB menteri besar menulis memo meminta Tuan Haji Marzuki, saya sembahkan kepada DYMM Tuanku sebagai ketua agama Islam dan Baginda telah perkenan.Saya berpendapat keadaan disebabkan communication brokedown (kegagalan komunikasi) dan juga lack of communiction (kurang komunikasi) di pihak saya dengan YAB menteri besar yang menyebabkan banyak sangat assumption (andaian) digunakan.

ANDA DAH DAPAT PENJELASAN ??? MAKNANYA SEKARANG INI KHALID GAGAP YANG BERSALAH KERANA MEMPOLITIKKAN HAL SEBEGINI.BAIK MINTA MAAF KAT SULTAN SEBELUM TERLAMBAT.NAK TANYA NI ??? KATA TAK NAK DATANG,TAPI KENAPA DATANG JUGA ??? LAIN KALI JANGAN CAKAP TAK NAK DATANG,DIAM-DIAM SUDAH LAH.TAK PERLU NAK CAKAP.JAWAPAN BERKENAAN DENGAN HORMAT SULTAN TU ADALAH JAWAPAN TAK SAHIH,SIAPA SURUH CAKAP TAK NAK DATANG.KAN DAH MALU.TENGOK MUKA PUN DAH TAHU BAHAWA KHALID NI MASIH TAK PUAS HATI LAGI TENTANG PERLANTIKAN SUK TU..APA PUN TERIMA JERLAH SUK BARU TU YER KHALID,SULTAN PUN TAK MEMIHAK MANA-MANA AHLI POLITIK.

POST BY WAYNE...

 
 
Blogger Templates