Social Icons

Pages

Showing posts with label MASHITAH.... Show all posts
Showing posts with label MASHITAH.... Show all posts

Monday, June 25, 2012

EKSKLUSIF !!! DR MASHITAH IBRAHIM MENGHENTAM PAS KAW-KAW !!! WAJIB BACA !!!


Tahun ini genap satu dekad Dokumen Negara Islam.Ketika dilancarkan Presiden Pas,Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada November 2003,ia dicanangkan sebagai “usaha serius menangani kegagalan akal manusia” berhubung pelbagai masalah dalam negara.Dokumen ini kononnya merangkumi semua aspek negara Islam berasaskan al-Quran dan Sunnah,yang disediakan tenaga pakar Pas.Dokumen ini diterbitkan sebagai reaksi kepada cabaran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kritikan seorang wakil Pemuda Pas terhadap kepimpinan parti di muktamar ke-49.

Selama puluhan tahun Pas menuduh kerajaan sebagai sekular,Perlembagaan Persekutuan sebagai jahiliah,mahkamah sebagai toghut dan Umno sebagai “kafir berikat” kerana hubungannya dengan parti MCA dan MIC dalam Perikatan-Barisan Nasional.Cerdik pandai Pas mengambil masa dua tahun setengah menyediakan dokumen 53 muka surat ini atau purata sebulan untuk menyiapkan 1.8 muka surat.Sepuluh muka surat pertama dihiasi tiga ayat al-Quran mengenai kerajaan, bersifat umum dan boleh diguna pakai sesiapa.Empat muka surat selanjutnya ialah kata-kata aluan Abdul Hadi.

Mukadimah pula lima muka surat menjelaskan ideologi Pas. Isi sebenar cuma 32 muka surat, terbahagi kepada empat bahagian : tasawur (gambaran) negara Islam, dasar utama pemerintahan, ciri-ciri utama dan beberapa polisi umum negara Islam.Dari segi ilmu,perbincangan dalam dokumen ini sangat tohor, tidak ilmiah dan terlalu umum untuk dijadikan panduan.Penghasilannya bagai melepaskan batuk di tangga.Allahyarham Prof Datuk Dr Syed Hussein Alatas berpendapat isi buku ini bagaikan khutbah biasa selain penjelasan yang banyak berselindung, banyak kesalahan bahasa dan lebih cenderung menimbulkan kekeliruan daripada penerangan.Sebaik sahaja diterbitkan,dokumen ini menerima pelbagai kritikan. Paling lantang ialah pucuk pemimpin DAP. Karpal Singh kata,“langkah mayat dia dulu” jika Pas mahu wujudkan negara Islam.

Lim Kit Siang berkata,dokumen ini tidak boleh diterima langsung kerana bercanggah dengan Perlembagaan dan manifesto bersama Barisan Alternatif 1999. Ia juga bercanggah dengan prinsip demokrasi, hak asasi,pluralisme, hak wanita dan modenisme.Kit Siang tuduh Pas tidak boleh dipercayai kerana bersikap ‘lidah bercabang”.Jaminan Pas tidak meneruskan perjuangannya membentuk negara Islam diisytiharkan Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat di Persidangan Gereja-Gereja Malaysia di Petaling Jaya pada Mei 2000 dan Naib Presiden ketika itu Datuk Mustafa Ali dalam wawancara BBC pada September 2003.

Kit Siang menarik perhatian mengenai perbezaan kandungan dokumen ini dalam versi bahasa Melayu dan Inggeris satu cubaan Pas untuk memberi mesej berbeza kepada pengundi Melayu-Islam dan pengundi bukan Melayu-bukan Islam.Pemimpin veteran DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, partinya tidak akan menyokong hasrat Pas menubuhkan negara Islam kerana ia hanya senjata Pas berebut agenda agama dengan Umno.Dokumen Negara Islam bersifat superfisial, kurang substance dan Malaysia tidak boleh dikuasai pemerintahan ala Ayatollah Khomeini, tegasnya.Pemimpin sekutu termasuk Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah dan Dr Syed Husin Ali jelas tidak selesa dengan pendirian Pas.Mereka mengeluarkan kenyataan akhbar menghormati hak Pas tetapi menegaskan bahawa “sebarang perubahan sistem perundangan dan pengenalan undang-undang hudud perlu mendapatkan sokongan majoriti rakyat.”

Tahun ini sepatutnya Pas meraikan sambutan tahun ke-10 dokumen ini diterbitkan kerana ia hasil cerdik pandai Pas mengenai matlamat perjuangannya.Namun, semua orang tahu Pas hari ini sudah banyak berubah dari segi prinsip,cara dan asas perjuangan politiknya.Yang penting bukan lagi negara Islam tetapi kuasa semata-mata.Buku kecil ini pun tidak boleh didapati lagi, baik di pasaran mahupun pejabat Pas. Saya percaya pemimpin Pas sendiri lebih senang jika isu dokumen ini dikuburkan saja.Ia sudah diganti dengan buku lain iaitu perihal negara berkebajikan yang sudah pun saya ulas dalam ruangan ini.Sama-samalah kita tengok apa jadi buku negara berkebajikan ini, adakah nasibnya seburuk Dokumen Negara Islam ???

Oleh DR Mashitah Ibrahim

RENUNG-RENUNGKAN

Saturday, March 31, 2012

APA MAKSUD SEBENAR NEGARA BERKEBAJIKAN PAS ??? WAJIB BACA !!!


Seperti Dokumen Negara Islam terbitan Pas sedekad lalu dan dikecam kerana terlalu ringkas dan kabur untuk menerangkan konsep dan pelaksanaan sebuah sistem pemerintahan negara, buku Pas mengenai negara berkebajikan juga bagaikan melepas batuk di tangga.Buku ini tidak komprehensif,tiada kajian mendalam dan tidak praktikal.Banyak kenyataan bersifat umum dan abstrak.Ada bab hanya tiga atau empat perenggan sahaja.Tiada contoh spesifik atau data sokong hujah berhubung dasar ekonomi dalam negara berkebajikannya.Malah,banyak bahagian dalam buku ini adalah pernyataan dasar dan langkah yang sudah dilaksanakan oleh kerajaan BN,seolah-olah Pas tidak nampak apa yang berlaku di negara ini sejak 56 tahun lalu.

Sebahagian besar buku adalah himpunan ayat-ayat Quran dan penjelasan cetek mengenai istilah asas. Diketengahkan usul al-Fiqh seperti maqasid al-syariah dan siyasah al-shar’iyyah tetapi tidak digariskan apakah cabaran strategik yang akan dihadapi negara, atau kaedah penjanaan sumber pendapatan negara untuk berbuat kebajikan kepada rakyat.Pas membezakan konsep negara berkebajikan mereka daripada welfare state seperti yang wujud di Barat dan kebajikan dilaksanakan kerajaan BN.Bezanya ialah pada penambahan imbuhan ‘ber’ merujuk pemimpin yang baik dan amalan kebajikan. Antara ciri pemimpin baik disebut dalam buku ini ialah alim, bertaqwa dan berintegriti, menegakkan amal makruf dan nahi mungkar.Tapi malangnya, seperti juga kes-kes lain ‘ikut saya cakap, jangan ikut saya buat’,ramai pemimpin Pas sendiri tidak memiliki ciri-ciri yang mereka gariskan.

Dalam bukunya,Pas menyatakan untuk menjadikan orang Melayu teras dalam pembangunan negara. Kenyataan ini mengelirukan kerana pendirian Pas sebelum ini ialah tidak bangga menjadi Melayu, mahu menghapuskan hak keistimewaan Melayu dan menolak Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berjaya membangunkan kelas menengah Melayu dan membantu membasmi kemiskinan tegar.Jika kedudukan sosioekonomi orang Melayu-Islam di Kelantan hendak dijadikan ukuran, konsep berkebajikan seperti yang disebut boleh dikatakan tidak wujud. Masalah asas seperti bekalan air bersih, kemiskinan, kurang kemasukan pelaburan asing serta protes rakyat mengenai hal tanah masih berlarutan walaupun Pas memerintah 22 tahun. Inilah juga negeri yang mencatat kes cerai yang tinggi dan pengidap HIV paling ramai di Malaysia. Sepatutnya, konsep berkebajikan ini dipraktikkan di Kelantan dahulu. Namun, bilangan orang Kelantan yang meninggalkan negeri itu untuk mencari rezeki di negeri-negeri lain melebihi 700,000. Ini hakikat.

Pas juga lahirkan hasrat ganti Umno. Ini mustahil berlaku selagi Pas tidak mampu letak bilangan calon yang lebih ramai daripada PKR atau DAP dalam pilihan raya umum. Manakala Umno memimpin BN, Pas menjadi pengikut dalam Pakatan Rakyat. Manakala Umno adalah parti terbesar dalam BN, Pas adalah parti terkecil dalam pakatan pembangkang.Pas hanya kuat di Kelantan, tidak di negeri lain. Kerana itulah, kebajikan orang Melayu-Islam di Pulau Pinang tidak dapat dibela oleh Pas. Kerajaan negeri pimpinan DAP telah hentikan sambutan Maulidur Rasul, menghalau peniaga Melayu, mengeluarkan kenyataan hina umat Islam, malah mahu menjual tapak masjid namun pemimpin Pas bersikap diam. Di Selangor, pemimpin Pas yang mahu menegakkan kedaulatan agama, menentang Exco DAP dalam urusan penjualan arak dan mempertikai pengeluaran lesen rumah urut dipecat oleh parti itu. Jika begini, bolehkah Pas diharap memerintah negara yang menjaga kebajikan orang Melayu-Islam?

Rakan politik Pas ialah DAP yang memperjuangkan konsep Malaysian Malaysia berorientasi sosialis-demokrat, bukan negara berkebajikan. Konsep DAP menolak hak keistimewaan orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Jika konsep DAP dilaksanakan, jurang sosial dan kekayaan antara kaum akan melebar dan menjejaskan perpaduan nasional. Adakah negara berkebajikan Pas menerima pakai konsep Malaysian Malaysia anjuran DAP ini? Jika tidak, beranikah Pas mengisytiharkan pendirian ini.

Satu lagi rakan kongsi politik Pas ialah PKR, yang memperjuangkan faham liberal dan pluralis. PKR mahu jadi parti pelbagai kaum, dan tidak bertunjang kepada Melayu-Islam sebagai teras. PKR dan DAP anggap perjuangan Pas adalah rigid, sempit dan tidak mungkin dapat dilaksanakan dalam realiti politik Malaysia lalu mengembangkan fahaman liberalisme dan pluralisme ke dalam Pas sehingga meminggirkan pengaruh ulama. Dalam konteks negara berkebajikan Pas, adakah fahaman liberalisme dan pluralisme juga diterima pakai? Nampaknya, konsep negara berkebajikan Pas satu lagi janji pembangkang.Umum tafsir ia strategi Pas sesuaikan diri dengan pakatan menjelang PRU13.

Oleh Dr Mashitah Ibrahim

Sunday, March 04, 2012

ISU KHALWAT BADRUL AMIN !!! APA JAWAPAN DR MASHITAH IBRAHIM ???


Penangkapan Ahli Mahlis Pimpinan Tertinggi PKR,Badrolamin Baharon yang dituduh berkhalwat dengan isteri orang di Kuantan minggu lalu adalah kesinambungan krisis moral yang membabitkan ramai pemimpin pakatan pembangkang.Gelaran ustaz dan orang kuat Anwar Ibrahim tidak menjadikan beliau kebal; malah dilaporkan dibelasah sebelum diserah kepada Jabatan Agama Islam Pahang.

Mengikut laporan,beliau mempertahankan diri dengan beri alasan cuba membantu isteri yang lari daripada suami kerana ingin menyelesaikan krisis rumah tangga. Mungkin benar, mungkin tidak. Beliau kini direhatkan sebulan sementara kesnya disiasat.

Berlakunya penangkapan ini dalam waktu persiapan pilihan raya umum tidak lama lagi pasti meletakkan pakatan pembangkang dalam keadaan tertekan. Mereka perlu lakukan damage control, apatah dengan pelbagai krisis yang dihadapi di Kedah (pemberontakan ahli Exco Pas terhadap Menteri Besar), Selangor (skandal curi pasir dan longgokan sampah) dan Pulau Pinang (diskriminasi terhadap orang Melayu dan projek kroni). Kewujudan Pas yang berpuak-puak di Kelantan serta perkelahian antara parti komponen Pakatan Rakyat di Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan, Johor dan Perak benar-benar menguji persediaan pembangkang menghadapi PRU ke-13 nanti.

Apa pun, kes Badrul Amin mengingatkan kita kepada Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang juga pernah ditangkap berkhalwat dengan isteri kawannya sendiri di Kota Bharu kira-kira 12-13 tahun lalu. Ketika itu beliau Ahli Parlimen Kubang Kerian. Ketika ditangkap, isteri kawannya berada di dalam bilik hotel, manakala Mohamad Sabu hanya memakai tuala. Beliau dibicarakan di mahkamah Kelantan tetapi akhirnya dibebaskan.

Tidak kurang hebatnya cerita Adun Pas Selising ditumbuk seorang lelaki di stesen keretapi Wakaf Bharu beberapa tahun lalu kerana disyaki berzina dengan isteri orang dalam gerabak keretapi. Khabarnya kes ini terpaksa diselesaikan sendiri oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Penyokong parti pembangkang diketahui sering menyimpan rahsia keburukan pemimpin-pemimpin mereka, terutama berkaitan skandal seks, projek atau rasuah. Mereka cuba menonjolkan imej baik dan maksum. Namun, adakala bagai menutup bangkai dengan nyiru.
Skandal membabitkan bos Badrolamin – Anwar Ibrahim – berlarutan 20 tahun. Dua kali dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan liwat, beliau dibebaskan atas sebab-sebab teknikal. Namun, majoriti rakyat, terutama mereka yang mengenali beliau secara rapat, tahu latar belakang dan orientasi seksnya.

Semasa diberi peluang menjawab tuduhan salah laku seks di mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada 2 September 1998, Anwar menzahirkan kemarahan dengan menumbuk meja. Beliau tidak menjawab tuduhan, malah pusing cerita mengatakan bahawa beliau juga boleh berkonspirasi menjatuhkan Presiden parti dengan menghantar wanita kepada Tun (ketika itu Datuk Seri) Mahathir Mohamad. Maksudnya, beliau diperangkap.

Turut menuduh beliau ketika itu ialah Mohamad Sabu, yang memberinya gelaran Anwar al-Jub***. Namun,bila Mat Sabu sendiri terbabit dengan skandal seks, dia ikut cara Anwar, iaitu menuduh Umno telah memerangkapnya.Tidak mengejutkan Ustaz Badrul Amin juga juga akan menuduh Umno dalang dalam kes khalwatnya.

Presiden Pas sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pernah dikaitkan dengan skandal membabitkan anak dara kira-kira 10 tahun lalu. Beliau dikatakan mengambil gadis itu untuk dijadikan isteri ke-3. Beliau menafikan. Begitu juga dengan bekas Speaker DUN Kelantan, yang dikatakan bernikah dengan wanita lewat 20-an dari Kemboja bernama Haseena sekitar waktu yang sama, tanpa pengetahuan isteri pertamanya. Perkahwinan bekas Adun Pas Melor dengan wanita Kemboja yang berakhir dengan perceraian mendapat liputan media secara meluas kerana kesnya berlarutan beberapa tahun di mahkamah. Dilaporkan bekas isterinya menuntut pampasan RM3 juta kerana mengetahui Adun Pas itu mampu serta memiliki harta yang banyak.

Rakyat jelata tidak seharusnya terpengaruh dengan gelaran ustaz atau lebai hatta tuan guru daripada kalangan pemimpin parti pembangkang. Ataupun terpegun dengan jubah yang labuh, serban yang tinggi atau janggut yang panjang. Hakikatnya mereka adalah ahli politik yang boleh tergoda dengan wanita dan memiliki nafsu seperti orang lain. Mereka juga boleh terpalit dengan dosa walaupun pada waktu yang sama menuduh orang lain kafir.

Sumber Dr Mashitah Ibrahim

Wednesday, December 01, 2010

MAZHAB MESTI DI AWASI !!!

Kerajaan sedang mengawasi untuk memastikan tidak wujud sebarang unsur penghinaan terhadap perkara khilaf antara empat mazhab Islam berikutan kedatangan ramai Muslim dari luar negara.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, kerajaan sudah mengarahkan supaya aduan segera dibuat kepada Majlis Agama Islam Negeri sekiranya didapati timbul perkara yang mencetuskan fitnah dalam perkara itu.

"Misalnya,berdasarkan pentadbiran undang-undang Islam di Wilayah Persekutuan, perkara yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunah Wal Jamaah tidak boleh disebar atau diajar.Kita sedar ada perkara khilaf antara empat mazhab ini, cuma yang kita pelihara sekarang ialah supaya tidak ada unsur penghinaan ditimbulkan," katanya menjawab soalan tambahan Nasharudin Mat Isa (Pas-Bachok) pada sidang Dewan Rakyat semalam.

Ahli Parlimen pembangkang itu membangkitkan persoalan mengenai sensitiviti perbezaan mazhab berikutan kemasukan ramai pelancong, pelajar dan pemastautin beragama Islam ke Malaysia dari luar negara termasuk Iran.Sementara itu, menjawab soalan tambahan Datuk Md. Sirat Abu (BN-Bukit Katil), Mashitah berkata,kerajaan sedar timbul isu berhubung pembinaan rumah ibadat terutama di kawasan perumahan baru.

Justeru, katanya, satu garis panduan mengenai perkara itu sedang diteliti dan akan dimaklumkan kepada umum apabila rangka berkenaan selesai dalam waktu terdekat."Garis panduan ini akan dilaksanakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di mana Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut bertindak sebagai ahli jawatankuasa pelaksanaan," katanya.Bagaimanapun, Mashitah berkata, isu sensitif berkaitan agama dalam masyarakat di negara ini masih terkawal.

SUMBER UTUSAN MALAYSIA

POST BY WAYNE...

 
 
Blogger Templates