Social Icons

Pages

Showing posts with label PERIHATIN.... Show all posts
Showing posts with label PERIHATIN.... Show all posts

Sunday, April 22, 2012

EKSKLUSIF !!! JIKA ANDA SAYANG ANAK ANDA !!! WAJIB BACA ARTIKEL INI !!!



Semua ibu bapa PERLU mengikis sikap acuh tak acuh terhadap keselamatan anak-anak mereka.Tanggungjawab ibu bapa bukan sekadar membesarkan anak-anak dengan menyediakan makan minum dan tempat berteduh, tetapi juga meliputi memberikan perlindungan kepada mereka.Ancaman terbesar bagi kanak-kanak ialah kecederaan selain daripada penyakit.

Di Malaysia,kecederaan adalah di antara punca utama kematian kanak-kanak di bawah umur 14 tahun.Kunci utama untuk memastikan keselamatan anak-anak kita adalah untuk menjangka kehadiran situasi bahaya dan bukannya hanya bertindak selepas kejadian yang tidak diingini berlaku.Keselamatan anak-anak anda boleh diberi perhatian dari beberapa aspek. Pertama, pada aspek kanak-kanak itu sendiri, dari segi bahagian ruang di rumah dan juga apabila berlakunya kecemasan yang tidak diingini.

Pada ruangan kali ini kita akan menyentuh tips-tips panduan keselamatan pada kanak-kanak dan juga aspek keselamatan yang harus ada di setiap rumah.

Aspek Kanak-Kanak

Untuk aspek kanak-kanak,perkara yang harus kita awasi adalah dari segi pemakanan, alat permainan dan juga pergerakan mereka.

Pemakanan

Susu ibu boleh mengelakkan jangkitan penyakit.Terdapat banyak kelebihan susu ibu yang harus anda ketahui. Ibu yang menyusu dinasihatkan untuk mengelakkan pengambilan arak dan dadah jika tidak diarahkan oleh doktor. Bagi ibu yang menyusu anak dengan susu botol, pastikan anak tidak ditinggalkan bersendirian atau tidur dengan botol susu di dalam mulut untuk mengelakkan kejadian tercekik. Bancuhkan susu baru setiap kali anak ingin menyusu. Panaskan susu di dalam bekas berisi air panas dan uji suhu susu dengan titiskan susu di pergelangan tangan (untuk memastikan susu tidak terlalu panas untuk diminum).

Puting/pacifier adalah tidak digalakkan kerana boleh merosakkan barisan gigi. Bagi kanak-kanak yang menggunakan puting (pacifier), pastikan pelindung puting mesti cukup besar supaya tidak tertelan oleh anak. Jangan benarkan anak anda berjalan, berlari atau bermain ketika ada makanan dalam mulutnya.

Alat Permainan

Elakkan alat-alat mainan yang berikutnya :

Berbucu tajam atau mempunyai kemasan yang kasar.
Bertali melebihi 30 sentimeter.

Mempunyai bahagian kecil yang boleh ditanggalkan supaya anak-anak tidak masukkannya dalam mulut.

Mempunyai tangkai atau pemegang yang panjang yang boleh dimasukkan ke dalam mulut atau mencucuk mata.

Diperbuat daripada bahan yang mudah pecah atau koyak.

Mempunyai bulu atau rambut panjang yang boleh menyebabkan alahan.
Mempunyai enjin atau kipas yang berputar.

Pergerakan Kanak-kanak

Ubah ketinggian tilam katil bayi ke aras terendah apabila bayi mula berdiri. Ubahsuai juga ketinggian palang atas katil bayi supaya dia tidak boleh memanjat keluar.Alat bantuan berjalan kanak-kanakadalah berbahaya. Anda dinasihatkan supaya jangan menggunakannya. Dengan alat ini, bayi boleh bergerak dengan lebih laju dan mencapai barang-barang di sekelilingnya.Bayi mendapat kebolehan untuk bergerak sebelum dia bersedia dan ini menyebabkan bayi lebih cenderung untuk mendapat kecederaan serius. Penggunaan alat bantuan berjalan tidak akan membantu kanak-kanak belajar berjalan dengan lebih cepat atau pantas.Apabila anak-anak sudah mula memahami,terdapat 15 peraturan keselamatan utama yang boleh anda ajar kepada anak-anak:

Jangan cuba mengambil apa-apa jika tidak sampai dengan memanjat kerusi atau meja.Minta bantuan orang dewasa.

Jangan lari atau main apabila ada makanan dalam mulut atau memegang benda tajam dalam tangan.

Kemaskan alat permainan kamu supaya orang lain tidak terpijak dan jatuh.

Jangan buka tingkap sendiri. Jangan menjenguk keluar dari tingkap yang terbuka.

Jangan duduk atau berdiri di tempat yang tinggi dari lantai.

Jangan berlari-lari atau bermain di tangga.

Pengang palang apabila turun atau naik tangga dan jangan sekali-kali menggelongsor turun dari palang.

Pastikan tali kasut kamu sentiasa diikat dengan kemas.

Jangan cuba mengangkat atau membawa terlalu banyak benda dalam satu masa.

Jangan bermain atau meletakkan beg plastic ke kepala.

Jangan masuk ke dapur jikat tidak ada orang dewasa bersama.

Jangan bermain dengan wayar langsir ayaty bidai. Ia boleh menjerut leher dah menyebabkan kamu tercekik.

Jangan sentuh cawan, bekas atau periuk yang mempunyai cecair panas di dalamnya.

Jangan sekali-kali bermain dengan api, mancis atau lilin.

Jangan lompat ke dalam air atau pergi berenang seorang diri.

Kemudian jangan lupa juga untuk mengajar anak anda menggunakan telefon. Supaya sekiranya berlaku kecemasan,mereka boleh melaporkan kepada pihak yang bertanggungjawab. Ajar anak-anak anda bahawa nombor kecemasan hanya didail apabila berlaku kecemasan SAHAJA.

Sekira boleh, terapkan kepada anak-anak anda menghafal nama penuh mereka, alamat rumah dan juga nombor telefon. Sekiranya mereka sudah boleh membaca, tuliskan nota berikut dan lekatkan berhampiran telefon. Makanya sekiranya berlaku kecemasan, kanak-kanak sepatutnya sudah boleh memberikan maklumat tersebut.

Aspek Ruang Rumah

Untuk aspek ruang rumah, kita harus memastikan bahagian-bahagian utama rumah berada dalam keadaan yang tidak mengancam keselamatan kanak-kanak. Beberapa tips untuk anda memastikan keadaan setiap ruang rumah anda sentiasa selamat.

Bahagian Ruang Tamu

Tutup dan kunci pintu ke arah tangga dan hadang tangga dengan pagar.
Terdapat banyak bucu yang tajam di dalam ruang tamu seperti meja dan rak. Gunakan penghalang bucu atau kain berpad untuk mengelakkan kecederaan di kepala, lebam dan benjol.
Jika anda mempunyai meja kaca, salut bahagian kaca dengan plastik kejap bagi mengelakkan kaca dari pecah dan melukai anak sekiranya berlaku kemalangan.

Bahagian Dapur

Simpan peralatan tajam supaya tidak boleh diambil oleh anak.
Wayar bergantung dari peralatan elektrik seperti pengisar dan periuk nasi adalah berbahaya. Sorokkan dengan penutup wayar atau pita
pelekat.

Biasakan diri supaya memusingkan pemegang atau tangkai periuk ke dalam, berjauhan dari hujung meja. Jangan sekali-kali makan, minum,bawa atau menyediakan makanan atau minuman panas sambil mendukung bayi.

Buang beg plastik dengan serta merta. Tebuk lubang dan ikat sebelum anda membuangnya. Atau, simpan beg plastik di tempat yang selamat.Selain lemas, kanak-kanak juga boleh tercekik jika termakan cebisan plastik yang kecil.

Bahagian Ruang Bilik Tidur

Gunakan selak keselamatan atau penutup tombol pintu bagi menghalang kanak-kanak dari terperangkap di dalam almari.

Jauhkan katil bayi, katil dan perabot dari tingkap. Pasang jeriji di tingkap atau penghalang supaya ia tidak boleh dibuka melebihi 10 sentimeter.

Jika anda menggunakan katil dua tingkat,jangan benarkan kanak-kanak berusia kurang dari 6 tahun tidur di tingkat atas. Jangan benarkan kanak-kanak bermain di atas katil dua tingkat.
Pastikan ada jalan keluar jika berlaku kecemasan seperti kebakaran. Anda mesti adakan satu jeriji tingkap yang boleh dibuka.Tetapkan tempat berkumpul bagi keluarga jika berlaku kecemasan.

Bilik Air

Pastikan pintu ke bilik air dan tandas sentiasa tertutup.

Jangan benarkan anak pergi ke bilik air atau tandas bersendirian. Sentiasa pastikan anak ditemani orang dewasa.

Jangan sekali-kali tinggalkan anak bersendirian di dalam besen mandi atau sebarang bekas berisi air seperti baldi, kolam atau tandas walaupun untuk seketika. Kanak-kanak boleh lemas di dalam air berukuran kurang daripada 2.5 cm.

Gunakan alas getah atau tuala sebagai alas di dalam besen mandi supaya bayi tidak tergelincir.

Jangan letakkan peralatan elektrik berdekatan sinki, besen mandi atau tandas.

Tuang dan kosongkan bekas berisi air dengan serta-merta selepas menggunakannya bagi mengelakkan kanak-kanak lemas. Letakkan besen dan baldi di tempat yang tidak boleh dicapai supaya anak tidak mengisikannya dengan air. Bekas yang berisi air seharusnya ditutup setiap waktu.

Malang tidak berbau. Anda sebagai ibu bapa kenalah sentiasa berjaga-jaga dan mengambil prihatin terhadap hal-hal sebegini walaupun pada mata kita, ia nampak remeh tetapi sekali ia terjadi kepada anak kita barulah kita sedar langit ini tinggi atau rendah.

Sumber http://psipum.org

Sunday, April 08, 2012

EKSLUSIF AND HOT VIDEO !!! BAHAYA DADAH DALAM DIRI !!! WAJIB TONTON !!!


artikel kali ini yang saya akan membawa keinsafan dalam diri saya serta kepada semua pembaca.ketika saya melihat video ini,saya sedih melihat anak-anak melayu yang terlibat gejala seperti ini.apa pun kepada pembaca pakatan haram,tolong jangan salahkan UMNO.ini bukan masa nya anda nak salah kan sesiapa.ini adalah salah diri sendiri.sekiranya kalau kita adalah tekanan dengan masalah,adakah ini yang kita buat ??? memang benar apa yang di kata kan oleh Datuk Dr Hasan Ali.di malaysia bahkan di seluruh dunia kita menghadapi masalah akidah.akidah tu tak semestinya murtad sahaja,tapi masalah sosial yang melanda seperti minum arak,masalah dadah dan sebagainya.Alhamdulillah,selama saya hidup di muka bumi ini,saya tak pernah sentuh benda-benda ini.



KEPADA PEMBACA !!!

BAGI TAHU KAWAN ANDA YANG MENGHADAPI SEMUA INI !!!

HENTIKAN SEMUA INI !!!

KALAU ADA TEKANAN BERDOA KEPADA ALLAH !!!

HANYA ALLAH SAHAJA YANG BOLEH BANTU !!!

JANGAN IKUT NAFSU !!!

SYAITAN BERADA DI MANA SAHAJA !!!

UNTUK MELEMAHKAN AKAL KITA !!!

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, March 21, 2012

HOT NEWS !!! SITI NURFATIHAH HILANG !!! TOLONG SEBARKAN MAKLUMAT INI !!!


Kes penculikan,pembunuhan dan simbah asid yang semakin menjadi jadi sejak kebelakangan ini menyebabkan ramai wanita Malaysia takut untuk keluar rumah.Seperti kelmarin,gadis berusia 15 tahun,Siti Nur Fatihah Mahadi yang diculik selepas balik dari kedai berdekatan dari rumahnya.Ketika itu dia bersama dua lagi adiknya yang masing masing berusia 11 tahun pergi ke kedai untuk membeli kad prabayar telefon yang bernilai RM 5.

Semasa pulang,sebuah kereta Honda berwarna ungu gelap yang dipandu seorang wanita bersama dua lagi lelaki tiba tiba berhenti di hadapan mereka dan merentap Siti Nur Fatihah masuk ke dalam kereta. Malaysia, mari kumpulkan sejuta doa agar gadis ini selamat dari bahaya. Amin...Sesungguhnya Allah itu bersama dengan orang orang yang teraniaya.

Laporan Dari Berita

‘Baby…tolong kakak,’ jerit seorang remaja perempuan berusia 15 tahun sebelum dipercayai diculik tiga individu termasuk seorang wanita ketika dalam perjalanan pulang selepas membeli kad prabayar bersama dua adiknya kira-kira 100 meter dari rumahnya di Taman Tas, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3 petang itu,Siti Nur Fatihah Mahadi,pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan di sini, diseret ke dalam sebuah kereta Honda berwarna ungu gelap yang berhenti di depan kedai berkenaan sebelum memecut meninggalkan kawasan itu.

“Kakak menjerit kepada Muhammad Syahmi ‘Baby..tolong kakak’ sebelum dia dan saya cuba menyelamatkan kakak dengan menarik tangannya sekuat hati,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

TOLONG SEBARKAN MAKLUMAT INI !!!

KERJASAMA ANDA AMAT DI HARGAI !!!

SEMOGA SITI NUR FATIHAH DALAM KEADAAN SELAMAT !!!

AMIN....

Tuesday, March 13, 2012

VIDEO TRAGEDI BANJIR DI KAMPUNG LEMBAH JAYA UTARA AMPANG TERSEBAR !!!



Barisan Nasional Negeri Selangor memberikan dan menyalurkan bantuan segera kepada mangsa-mangsa banjir di Kampung Lembah Jaya,Ampang sebagai permulaan bagi meringankan beban mangsa banjir di kawasan ini.

Timbalan Pengerusi UMNO Negeri Selangor,Datuk Seri Noh Omar berkata,Beliau menyediakan 2000 nasi bungkus kerana difahamkan rumah-rumah di sekitar Kg Lembah Jaya,Ampang.ini kerana Penduduk masih tidak boleh masak sendiri memandangkan dapurnya hanyut,rosak,makanan pun tidak ada,maka bantuan ini diharap dapat meringankan beban mereka.





KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

KEPADA PEMIMPIN PAKATAN DI SELANGOR !!!

DI MANA ANDA ???

TUNAI KAN JANJI ANDA !!!

KEPADA RAKYAT MALAYSIA !!!

ANDA BOLEH MENILAI SENDIRI SITUASI INI !!!

RENUNG-RENUNGKAN

Tuesday, March 06, 2012

KEPADA RAKYAT MALAYSIA !!! SUHAILA INGIN BANTUAN DARI ANDA !!!


SUHAILA sebelum ini merahsiakan apa yang dihadapinya.Bila sakit menyerang,dia lebih suka berkurung dalam bilik.Apabila kerap bersembunyi berjam-jam,kami semua mula menyedari ada sesuatu yang tidak kena,Dan saya pula pada awalnya hanya menganggap Suhaila hanya seng­gugut setiap kali datang bulan.Tetapi apabila mendapati setiap bulan Suhaila menanggung sakit sampai menangis,saya bawa dia jumpa doktor.

Pada awal pemeriksaan, doktor mengesahkannya sebagai kencing kotor.Tetapi,kesakitan yang ditanggung Suhaila membuatkan saya nekad mendapatkan khidmat pakar.Kata pakar,anak saya perlu dibedah segera kerana ada ketumbuhan.Tetapi apabila pembedahan dilakukan,doktor terperanjat apabila mendapati Suhaila mempunyai dua rahim dan satu buah pinggang.Doktor menasihatkan saya membawa Suhaila ke hospital kerajaan supaya kes ini dapat dirujuk di sana.

Bagi mengurangkan rasa sakit, Suhaila diberikan ubat tahan sakit. Setiap hari pula, Suhaila perlu diberikan ubat perancang kehamilan, bagi mengelakkannya datang haid.Mendapat maklumat daripada seorang teman tentang pakar perubatan di Hospital Universiti Sharjah, Dubai berjaya melakukan pembedahan kepada seorang kanak-kanak perempuan 13 tahun, yang mempunyai kes sama seperti Suhaila, hati ibu ini berbunga riang.

Sebagai ibu saya sentiasa berfikiran positif.Walaupun tahu ada risikonya, tetapi saya yakin dengan kuasa ALLAH. Segalanya akan berjalan lancar, dan anak saya akan sembuh seperti sedia kala.Lebih baik saya mencuba daripada tidak melakukan apa-apa untuk Suhaila.

Setelah menjalani dua pembedahan, rahim Suhaila kini semakin membesar. Jadi, pembedahan segera perlu dilakukan. Namun dana untuk membiayai pembedahan Suhaila yang dijadual 22 Mac ini belum mencukupi.Saya masih buntu memikirkan kaedah bagi mendapatkannya sebelum berlepas ke Dubai 19 Mac ini.

Pembedahan segera perlu dibuat bagi menyelamatkan nyawa anak saya.

Hasil sumbangan orang ramai, tiket kapal terbang untuk kami berdua sudah dibeli. Ada pelbagai pihak yang akan mempertimbangkan sumba­ngan bagi meringankan beban tanggungan kos pembedahan itu, namun jumlahnya masih tidak cukup.Pastinya ada yang berta­nya mengapa perlunya pembedahan di luar negara. Kes Suhaila masih baru dalam sejarah perubatan negara. Jadi di sini belum ada kepakaran.

Pihak hospital memak­lumkan, kajian terhadap penyakit ini memakan masa sebelum pembedahan membuang rahim yang gagal berfungsi itu boleh dilakukan. Kelewatan membuat pembedahan hanya akan mendedah­kan Suhaila kepada risiko.Bagaimanapun, saya kini berdepan dengan masalah mendapatkan surat sokongan daripada hospital bagi mengesahkan penyakit yang dihadapi Suhaila. Ketiadaan surat itu menyebabkan bantuan dana membiayai kos perubatannya terbantut.

Sebelum ini, Lembaga Zakat Selangor akan mempertimbangkan dana RM35,000 bagi membiayai pembedahan Suhaila, namun masih belum diputuskan kerana ketiadaan surat sokongan daripada hospital kerajaan.

Saya sangat berharap kekangan mendapatkan surat sokongan daripada hospital dapat disegerakan bagi menye­lamatkan nyawa Suhaila.

Tolonglah! Permu­dah­­­kan­­­l­­ah usah saya ini.Bantulah saya selamatkan nyawa Suhaila!

Bagi yang ingin membantu sumbangan boleh berbuat demikian menerusi

AKAUN MAYBANK MILIK HANITA: 112101581281

IBU KEPADA SUHAILA...

KEPADA ANDA YANG PERIHATIN !!!

MARI KITA BANTU SUHAILA !!!

WALAUPUN RM1 ITU PUN SUDAH BERMAKNA BAGI MEREKA !!!

Saturday, December 10, 2011

HOT NEWS !!! TABUNG BANTUAN RAKAN MEDIA SOSIAL KEMALANGAN !!!


Dipetik dari : www.1agenda.org.my

Assalamualikum dan Salam 1Malaysia kepada semua rakan-rakan Media Sosial.

Saya merasa terpanggil untuk membuat kenyataan ini bagi memberi sokongan kepada sahabat Penggiat Media Sosial kita, lihat gambar, (nama beliau dirahsiakan) yang kemalangan semalam.

Kemalangan turut melibatkan isteri beliau yang turut cedera patah kaki. Kedua mereka sekarang ditempatkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

Sesuai dengan objektif penubuhan 1AGENDA yang berhasrat membantu rakan media sosial yang ditimpa musibah, 1AGENDA ingin melancarkan Tabung Bantuan Ikhlas.

Tabung ini dibuka mulai sekarang sehingga 17 Disember 2011 jam 12.00 malam.

Semua sumbangan bolehlah disalurkan ke akaun :
PERTUBUHAN AGENDA SOSIAL MEDIA 1MALAYSIA
No. AKAUN: 1066 40000 500 Affin Islamic Bank

Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan saya di blackberry PIN 23451F67, twitter @ZulAzharCha, facebook ZUL AZHAR CHA atau email ke zulazharcha@ymail.com.

1AGENDA amat berharap agar sumbangan kecil dan tidak seberapa ini dapat membantu keluarga beliau. Semua sumbangan perlu makluman penyumbang dan sila berbuat demikian ke alamat media interaktif saya.

Sekian. Terima kasih dan Wassalam

Zul Azhar b. Cha
Yang Di Pertua

Monday, November 14, 2011

AIR ASIA !!! EVERYONE CAN FLY !!! EVERYTHING IS FLYING !!!


Pengalaman menaiki Air Asia memang mengujakan.Harga tiketnya memang murah selain daripada pramugari yang seksi dan cun menambah ghairah menemani perjalanan.Disebalik semua keindahan tersebut,terdapat caj yang perlu ditanggung oleh penumpang.

Bagi bagasi yang melebihi 7kg,penumpang akan dikenakan caj tambahan.Pengalaman saya yang pertama mengajar saya untuk lebih bijak dilain kali.saya membayar RM45 untuk muatan bagasi sedangkan sepatutnya boleh mengelak dengan membawa sebagai 'hand carry luggage'.akhirnya saya berjaya mengelakkannya ketika di dalam perjalanan pulang.

Tiada hidangan percuma disediakan semasa di dalam penerbangan walaupun segelas air putih. Segalanya harus dibayar bagi menepati ciri-ciri tanggungjawab korporat juga menebus jenama tambang murah.Untuk mendapatkan harga diskaun,makanan hendaklah ditempah dan dibayar terlebih dahulu.Harga makanan di atas penerbangan sekitar 3kali ganda harga biasa.Jangan terkejut sekiranya penerbangan sering tertunda.Itu adalah biasa sementelahan pula tambangnya murah.

Kesimpulannya,Air Asia adalah perkhidmatan tambang murah tempatan terbaik.Setiap orang mampu terbang.Begitupun,rancanglah perjalanan anda dari jadual hingga makanan dan jangan lupa 'second option' sebagai plan 'B' sekiranya perjalanan tertunda.

Selamat terbang.

Sunday, October 30, 2011

MANGSA LIWAT TIKAM PELIWAT ???


GAMBAR HIASAN

Seorang pekerja landskap diperintah menjalani hukuman penjara maksimum 20 tahun oleh Mahkamah Rayuan atas tuduhan pindaan menyebabkan kematian tanpa niat membunuh seorang model sambilan yang cuba meliwatnya,tujuh tahun lalu.Mahkamah berpendapat wujud provokasi secara mengejut pada hari kejadian di mana mangsa cuba meliwat tertuduh ketika sedang tidur.

Ismawi Ishak,sebelum ini disabit dan dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar pada 28 Sept tahun lepas kerana membunuh Mohamad Azhary Mohamed Osman, 26, di rumah mangsa di Jalan Anggerik 1/7, Bandar Aman Jaya, Sungai Petani, Kedah, antara 12.01 tengah malam dan 7.17 pagi, 4 Mei, 2004.Bagaimanapun,Ismawi terlepas tali gantung apabila panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Abdul Malik Ishak membenarkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman mati.

Bernama Melaporkan,Panel tersebut,yang turut dianggotai oleh Hakim Datuk Azhar Ma'ah dan Datuk Mohtaruddin Baki, kemudian meminda tuduhan daripada Seksyen 302 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 304(a) Kanun yang sama atas kesalahan menyebabkabn kematian tanpa niat membunuh.Mahkamah kemudian memerintahkan Ismawi menjalani hukuman penjara itu mulai tarikh tangkapan pada 9 Mei, 2004.

Dalam keputusannya,Abdul Malik berkata pakar patologi memberi keterangan bahawa berdasarkan 27 kesan luka akibat tetakan dan tikaman ke atas mangsa, boleh disifatkan ianya adalah serangan berupa hilang kawalan kerana terlalu marah.

Semasa kejadian, perayu yang berusia 19 tahun dikatakan menumpang tidur di rumah mangsa apabila mangsa menanggalkan seluar tertuduh dan menyentuh tubuh serta cuba meliwatnya dan perbuatan itu telah menimbulkan kemarahannya.Terdahulu,peguam Ismawi yang dilantik oleh mahkamah,K Vikneswaran menggesa mahkamah meminda tuduhan itu kerana ia bukan pembunuhan yang dirancang tetapi sebaliknya anak guamnya hilang pertimbangan dan marah apabila mangsa cuba meliwatnya.Bagaimanapun,Timbalan Pendakwa Raya, Siti Rafidah Zainuddin berkata kesan luka ke atas mangsa sudah cukup membuktikan niat Ismawi untuk membunuh mangsa.

TERINGAT KES ANWAR DAN SAIFUL !!!

BILA NAK SELESAI NI ???

DAH BANYAK BUKTI YANG MENYEBABKAN ANWAR IBRAHIM SAH LIWAT SAIFUL !!!

Friday, October 28, 2011

HOT NEWS !!! SENJATA BARU TERCIPTA UNTUK MENGHADAPI PEROGOL !!!


NEW DELHI: Wanita di bandar raya ini tidak lama lagi boleh mengatasi sesiapa yang cuba menyerang mereka dengan hanya menekan satu butang telefon untuk meminta tolong kepada pelbagai pihak, termasuk ahli keluarga dan polis.Butang itu juga menghidupkan penggera di laman sesawang sosial mangsa.

Polis berkata, satu daripada setiap empat kes rogol di India berlaku di New Delhi.Biasanya,mangsa ditarik ke dalam kereta dan dirogol beramai-ramai ketika kenderaan itu dipandu sebelum mangsa dicampakkan ke tepi jalan.Data polis India menunjukkan, berlaku satu kes rogol bagi setiap 18 jam.Namun,melalui kemudahan Fight Back itu,wanita boleh menghantar mesej kecemasan berserta lokasi tepat kepada lima pihak, termasuk polis.Perkhidmatan itu akan dilancarkan bulan depan. Pengasas bersama Whypoll yang pencipta aplikasi itu, Hindol Sengupta, berkata keselamatan wanita menjadi isu besar di India.

“Wanita dicabul dan diganggu di mana-mana saja dan kami percaya aplikasi pertama di Asia ini membantu mereka menjadi lebih selamat,” katanya. – Reuter

AGAKNYA BILA BENDA ITU SAMPAI DI MALAYSIA ???

ELOK SANGAT TU UNTUK MENGHADAPI PEROGOL !!!

Thursday, October 06, 2011

LELAKI KOMA TERTUSUK PISAU POTONG RUMPUT !!!


Abdul Wahab terlantar di Hospital Sultanah Bahiyah selepas cedera di kepala dan tertusuk bilah pemotong rumput di Kampung Tok Tambak,Alor Setar,Kedah.

Seorang lelaki koma apabila bilah pisau mesin pemotong rumput yang sedang ditukarnya patah lalu melantun dan tertusuk di kepalanya, selepas dia dipercayai tersilap tertekan suis mesin berkenaan dalam kejadian di rumahnya di Kampung Tok Tambak, Tunjang.Kejadian berlaku kira-kira jam 7.10 malam ketika Mohd Abdul Wahab Mat,dikatakan sedang menukar bilah pisau mesin pemotong rumput yang baru dibelinya sehari sebelum itu dengan pisau yang berbentuk cakera sebesar piring.

Berita Harian Melaporkan Mangsa dikatakan menukar bilah mata pisau berkenaan pada malam itu sebagai persediaannya untuk memotong rumput di sawah pada keesokannya.Abang mangsa, Mohamad Nor,berkata adiknya yang masih bujang dan mengambil upah kerja kampung, dipercayai tertekan suis mesin pemotong rumput berkenan menyebabkan pisaunya itu patah apabila terkena lantai simen.Katanya,serpihan bilah pisau itu yang terpelanting kemudian tertusuk di bahagian atas dahinya.Ketika kejadian hanya mangsa serta ibunya,Chik Ali dan bapanya,Mat Don, berada di rumah dan mereka berdua terkejut apabila mangsa menjerit sebelum pengsan di ruang tamu rumah.

"Dia baru saja membeli mesin pemotong rumput berkenaan dan menukar bilah matanya sebagai persediaan untuk memotong rumput di sawah pada keesokannya.Dia mungkin tertekan suis mesin pemotong rumput itu menyebabkan pisau pemotong itu berputar dan patah apabila terkena lantai.Sebaik bapa dan ibu mendapati Abdul Wahab terbaring berlumuran darah, mereka terus mengambil kain serta menekap kepala adik yang luka kerana darah terlalu banyak keluar sebelum dibawa ke hospital menaiki ambulans dengan mata pisau itu masih melekat di kepalanya," katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB),semalam.

Abdul Wahab yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSB dilaporkan kritikal dan tidak sedarkan diri. Doktor sudah menjalankan pembedahan bagi mengeluarkan mata pisau yang tertusuk di kepalanya sehingga menembusi otak mangsa.Katanya, doktor memaklumkan adiknya itu perlu menjalani pembedahan susulan kerana masih ada serpihan mata pisau itu terbenam dalam kepalanya.


MOGA ABDUL WAHAB SEMBUH !!!

AMIN...

Wednesday, September 28, 2011

WANITA EMAS MATI DI BUNUH DENGAN KEJAM !!!


ANAK S. Danaletchemee terduduk sedih dan terpaksa ditenteramkan oleh salah seorang saudaranya selepas mengetahui ibunya dibunuh kejam di rumah mereka di Semenyih.

Sekumpulan penjenayah bertindak kejam apabila tanpa belas kasihan mencampak seorang wanita warga emas ke dalam kolah air selepas menikam dan memukul mangsa sampai mati dalam kejadian samun di sebuah rumah di Kampung Pasir Baru,Jalan Sungai Lalang,Semenyih Semalam.Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, suspek yang dipercayai lebih daripada seorang sempat membersihkan kesan darah di atas lantai dan pada senjata yang digunakan untuk membunuh mangsa bagi mengelak perbuatan mereka dikesan.Suspek mengambil kesempatan memasuki rumah mangsa,S. Danaletchemee yang berusia 64 tahun,semasa wanita warga emas itu tinggal bersendirian,manakala seorang anak lelaki,menantu serta tiga cucunya masing-masing keluar bekerja dan bersekolah.

Utusan Melaporkan Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata,kejadian pembunuhan itu disedari anak lelaki mangsa yang tinggal bersamanya apabila pulang ke rumah pada pukul 11 pagi.

“Tiba di rumah, anak lelaki mangsa terkejut mendapati keadaan dalam rumah mereka berselerak dan menemui ibunya sudah tidak bernyawa dalam kolah air di bilik mandi.Polis yang menjalankan siasatan menemui satu kesan tikaman di leher dan hentakan di dahi mangsa yang disyaki menjadi punca kematiannya,” kata Ab. Rashid kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata,anggota polis forensik yang menyiasat tempat kejadian pula menemui masing-masing sebilah parang dalam bilik air dan pisau dalam laci yang dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa.Menurutnya, kedua-dua senjata tersebut tiada kesan darah dipercayai sudah dicuci oleh suspek, malah penjenayah turut membersihkan kesan-kesan darah yang berlumuran di atas lantai.Katanya,mangsa dibunuh di bilik tengah sebelum mayatnya diseret ke bilik air dan dicampak dalam kolah.

“Kita tidak menolak kemungkinan suspek terlibat dalam jenayah ini adalah individu dikenali oleh mangsa kerana tiada kesan pecah masuk dan pergelutan berlaku di rumah tersebut,” katanya.

Beliau memberitahu, semasa insiden pembunuhan berlaku, sekumpulan pekerja kebetulan sedang membuka khemah di hadapan rumah mangsa tetapi mereka mendakwa tidak menyedari kejadian itu.Ab. Rashid berkata, setakat ini, pihaknya belum dapat mengenal pasti barang-barang yang dilarikan suspek dari rumah terbabit kerana semua ahli keluarga mangsa tidak boleh memberi keterangan disebabkan terlalu sedih dan terkejut.Beliau berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh dan orang ramai mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Supritendan Hirdawati Isa melalui talian 03-87362222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Sementara itu,seorang menantu kepada Danaletchemee, M. Murugun,ketika ditemui memberitahu, keluarganya juga mengesyaki suspek yang membunuh ibu mertuanya adalah individu dikenali dan mungkin pernah datang ke rumah itu semasa mereka mengadakan kenduri kesyukuran bagi meraikan seorang anak saudaranya pada Sabtu lalu.

Friday, September 23, 2011

POLIS SUDAH KENAL PASTI SUSPEK YANG MEMPERKOSA DAN MEMBAKAR MAYAT !!!



GAMBAR HIASAN

Polis mengesahkan suspek dalam kes bunuh dan bakar seorang remaja wanita di Jalan Bukit Belacan,Ampang pada 5 Sept lepas cuba memperkosa mangsa selepas hajatnya untuk menyambung kembali hubungan percintaan mereka ditolak.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata siasatan mendapati suspek berang selepas mangsa Nurul Awatif Syakir Yang berumur 19 tahun,seorang pelajar Maahad Tahfiz Al-Tijarah di Selayang enggan meneruskan hubungan mereka.Beliau berkata suspek dipercayai mengambil tindakan nekad membunuh mangsa sebaik permintaanya itu ditolak.

"Laporan bedah siasat telah diperoleh.Polis juga sudah mendapatkan perintah sambung reman sehingga 27 Sept ini sebelum mengambil tindakan seterusnya," katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor semalam.

Bernama Melaporkan,pada 5 Sept lepas mangsa dilapor hilang oleh anggota keluarganya setelah tidak pulang selepas keluar rumah pukul 8.30 malam sehari sebelum itu.Pengecaman mayat mangsa dilakukan anggota keluarganya melalui cebisan baju kurung berwarna hijau serta sepasang anting-anting yang dipakai gadis itu sebelum menuntut mayat itu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) kira-kira pukul 11 pagi hari yang sama.Pada 12 Sept polis menahan seorang lelaki berusia 19 tahun yang merupakan pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan di pusat pengajiannya yang terletak di Seri Iskandar,Perak bagi membantu siasatan kes itu.

Thursday, September 15, 2011

PENYAMUN RESTORAN MAMAK SHAH ALAM DI TANGKAP POLIS !!!



Polis telah menangkap lapan lelaki termasuk dua pelajar tingkatan lima dan dua pengawal keselamatan dipercayai terlibat dalam kegiatan samun bersenjata di dua restoran 24 jam di Shah Alam,baru-baru ini.Suspek ditahan kurang 24 jam selepas menyamun sebuah restoran di Seksyen 24, Khamis lalu.Ketua Polis Selangor,Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata,susulan itu,satu unit khas ditubuhkan dan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek dapat dikenal pasti.

“Kira-kira jam 11 malam,seorang lelaki ditahan di Pangsapuri Rimba Jaya diikuti tujuh lagi di lokasi sama dan Rawang. Mereka berumur 17 hingga 27 tahun dan kami yakin kes ini dapat diselesaikan segera,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Selangor, semalam.

Sh Melaporkan Menurutnya,polis turut merampas,motosikal curi,topi keledar dan jaket digunakan suspek serta sebuah komputer riba kecuali parang dan pisau yang digunakan ketika rompakan.Sementara itu, dalam kejadian pertama,28 Ogos lalu,suspek bertopi keledar dan bersenjatakan parang serta pisau menyerbu masuk ke restoran di Seksyen 15, kira-kira jam 3.30 pagi.

Kejadian itu, dirakam melalui CCTV dan telah dimuat naik ke YouTube.



Dalam rakaman itu,lebih lima suspek meluru masuk dan mengacu parang ke leher seorang wanita yang sedang bersahur bersama kelurganya.Suspek turut mengacukan senjata ke arah pelanggan lain, merampas komputer riba dan beg tangan seorang wanita.Menerusi rakaman CCTV pelbagai sudut di restoran itu, kira-kira 10 pelanggan termasuk kanak-kanak panik berlari keluar dari restoran terbabit.Visual turut mendapati, perompak itu, turut melarikan mesin wang di kaunter pembayaran.

Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata,polis sedang mengesan seorang lelaki,S Veeramuthu berumur 19 tahun berasal dari Kapar,bagi membantu siasatan.Beliau berkata, semua suspek ditahan reman sehingga esok untuk siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Wednesday, August 17, 2011

AYUH KITA BANTU !!! GADIS HILANG SELEPAS KELUAR KELAS TAMBAHAN !!!



Azizan Hassan (kiri) bersama isterinya,Shahrizad Shafian menunjukkan gambar anak gadis mereka yang hilang,Ameerah Asha Azizan di pejabat kosmo di Kuala Lumpur.

Kedatangan Ramadan kali ini disambut dengan hiba oleh Azizan Hassan dan isterinya,Shahrizad Shafian,apabila anak perempuan mereka menghilangkan diri sejak 12 Ogos lalu.Menurut Shahrizad,anak mereka,Ameerah Asha Azizan,tidak pulang ke rumah selepas menghadiri kelas tambahan di Sekolah Menengah Puchong Utama 1.Sharizad memberitahu,sebagai ibu dia amat bimbangkan keselamatan anak gadisnya kerana dia sebelum ini tidak pernah bersendirian di luar rumah tanpa ditemani ahli keluarga.

“Kali terakhir saya jumpa dia ialah semasa dia mahu ke sekolah Jumaat lepas. Dia beritahu akan pulang lewat sedikit sekitar pukul 4 petang kerana perlu menghadiri kelas tambahan.
Namun pada pukul 5.30 petang dia menghubungi saya memberitahu bahawa dia lewat sebab tidak ada bas dan hari hujan,” ujarnya ketika datang ke pejabat Kosmo.Bagaimanapun,pasangan itu mula bimbang apabila sehingga pukul 6.30 petang,Ameerah Asha masih tidak pulang ke rumah di Puchong.Menurut Shahrizad,mereka telah keluar mencari Ameerah Asha di sekitar sekolah dan juga hentian bas namun tidak berjaya dan telefon bimbitnya gagal dihubungi sehingga kini.

“Tidak ada sesiapa nampak dan tahu di mana dia berada termasuk guru dan rakannya,” katanya.


Shahrizad memberitahu,anak sulung daripada dua beradik itu merupakan seorang yang lemah lembut dan sangat menghormati ibu bapa.

“Dia juga seorang yang sangat menepati waktu dan akan menghubungi saya sekiranya dia terlewat pulang,” katanya.

Ujarnya,Ameerah Asha bakal menduduki ujian percubaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 5 September ini dan merayu orang ramai agar membantu mencari anaknya.
Mereka yang mempunyai maklumat mengenai remaja itu boleh menghubungi Azizan di talian 013-7743477 atau Shahrizad (012-6430432)

SEKIRANYA ANDA NAMPAK ADIK AMEERAH AISHAH !!!

SILA HUBUNGI ENCIK SHAHRIZAD !!!

KERJASAMA ANDA AMAT DI HARGAI !!!
 
 
Blogger Templates