Social Icons

Pages

Wednesday, August 17, 2011

AYUH KITA BANTU !!! GADIS HILANG SELEPAS KELUAR KELAS TAMBAHAN !!!



Azizan Hassan (kiri) bersama isterinya,Shahrizad Shafian menunjukkan gambar anak gadis mereka yang hilang,Ameerah Asha Azizan di pejabat kosmo di Kuala Lumpur.

Kedatangan Ramadan kali ini disambut dengan hiba oleh Azizan Hassan dan isterinya,Shahrizad Shafian,apabila anak perempuan mereka menghilangkan diri sejak 12 Ogos lalu.Menurut Shahrizad,anak mereka,Ameerah Asha Azizan,tidak pulang ke rumah selepas menghadiri kelas tambahan di Sekolah Menengah Puchong Utama 1.Sharizad memberitahu,sebagai ibu dia amat bimbangkan keselamatan anak gadisnya kerana dia sebelum ini tidak pernah bersendirian di luar rumah tanpa ditemani ahli keluarga.

“Kali terakhir saya jumpa dia ialah semasa dia mahu ke sekolah Jumaat lepas. Dia beritahu akan pulang lewat sedikit sekitar pukul 4 petang kerana perlu menghadiri kelas tambahan.
Namun pada pukul 5.30 petang dia menghubungi saya memberitahu bahawa dia lewat sebab tidak ada bas dan hari hujan,” ujarnya ketika datang ke pejabat Kosmo.Bagaimanapun,pasangan itu mula bimbang apabila sehingga pukul 6.30 petang,Ameerah Asha masih tidak pulang ke rumah di Puchong.Menurut Shahrizad,mereka telah keluar mencari Ameerah Asha di sekitar sekolah dan juga hentian bas namun tidak berjaya dan telefon bimbitnya gagal dihubungi sehingga kini.

“Tidak ada sesiapa nampak dan tahu di mana dia berada termasuk guru dan rakannya,” katanya.


Shahrizad memberitahu,anak sulung daripada dua beradik itu merupakan seorang yang lemah lembut dan sangat menghormati ibu bapa.

“Dia juga seorang yang sangat menepati waktu dan akan menghubungi saya sekiranya dia terlewat pulang,” katanya.

Ujarnya,Ameerah Asha bakal menduduki ujian percubaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 5 September ini dan merayu orang ramai agar membantu mencari anaknya.
Mereka yang mempunyai maklumat mengenai remaja itu boleh menghubungi Azizan di talian 013-7743477 atau Shahrizad (012-6430432)

SEKIRANYA ANDA NAMPAK ADIK AMEERAH AISHAH !!!

SILA HUBUNGI ENCIK SHAHRIZAD !!!

KERJASAMA ANDA AMAT DI HARGAI !!!

2 comments:

Anonymous said...

Kita tolak tepi soal politik dan bantu dengan ikhlas untuk mencari adik ini...

Anonymous said...

budak2 dah x selamat.....kemungkinan di perlukan untuk pemujaan. Kalu d USA sudah beribu2 kanak2 hilang.

Sekiranya kita berpegang kepada Islam....kanak2 pompuan atau laki tak keluar dari rumah tanpa sdr2 terdekat atau penjaga.

Kalu jenayah culik n pembunuhan masih berleluasa.....kita wajib berHATI 2

FedUp

 
 
Blogger Templates