Social Icons

Pages

Showing posts with label USTAZ DON.... Show all posts
Showing posts with label USTAZ DON.... Show all posts

Sunday, April 20, 2014

EKSKLUSIF !!! VIDEO PENUH JAWAPAN #USTAZDON KEPADA #WARDINASAFIYYAH DIDEDAHKAN !!!


Ramai yg nk tunjuk pandai,terutama nya wardina safiyyah ni.Selalunya,mereka akan cari kesilapan orang lain dan sebarkan agar ada orang lain akan menyambut.Kalau nk tegur kesalahan Ustaz Don,buatlah secara berhemah seperti mana beliau selalu sarankan dlm rancangan 30 minitnya. 

Tiada host rancangan agama yang sehebat beliau sehingga ke hari ini.Cara pengajarannya yang santai dan penuh kesungguhan ditambah dengan perasaan rendah diri dan menghormati audience.Rasa amat senang untuk difahami.saya banyak kali melihat rancangan beliau.di bawah adalah jawapan Ustaz Don kepada Wardina Safiyyah


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Saturday, April 19, 2014

BREAKING NEWS !!! SURAT TERBUKA UNTUK #USTAZDON DIDEDAHKAN !!!


Bismillahirrahmanirrahim.Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 

Salaam a’laikum warah matullahi wabarakatuh. 

Ke hadapan Ostad Don Daniyal yang dihormati,moga anda dan keluarga berada di bawah lembayung kasih sayang dan rahmatNya, InshaAllah. Wahai Ostad, Baru-baru ini seantero Tanah Melayu gempar dengan dua dakwaan anda : 

1. Bani Tamim itu merujuk kepada Tanah Melayu 
2. Fatwa Syaikh Ali Jumaah tentang halalnya darah ikhwan itu benar 

Saya tidak mahu mengulas panjang perkara nombor satu itu, memandangkan sudah ramai cerdik pandai dan tokoh-tokoh agama menegur dan mengkritik anda untuk itu.InshaAllah saya yakin ostad dapat menerima teguran-teguran yang dilontarkan dengan baik dan berlapang dada.Cuma saya masih ternanti-nanti sekiranya ada video atau rakaman suara anda yang meminta maaf dan menarik balik kenyataan itu.Sekiranya ada bolehlah sesiapa letak pautannya pada ruangan komen post ini. 

Wahai Ostad, 

Tujuan surat ini ditulis adalah untuk bertabayyun dengan anda,sepertimana yang diseru oleh anda sendiri.Secara spesifiknya tentang dakwaan anda yang nombor dua itu.Untuk rekod,jujur saya sendiri tidak mendengar dan melihat video youtube Anda yang sudah menjadi viral itu.Saya hanya berkesempatan untuk menonton video balas anda,yang menjawab kritikan dan teguran orang ramai tentang dakwaan anda yang sungguh liar itu.Itu pon tak sempat nak habis.Maka tulisan ini banyak berdasarkan komen-komen dan tulisan yang saya baca di alam maya,juga borak-borak dan cakap-cakap mereka yang pernah menonton video itu dengan mata kepala mereka sendiri.Oleh sebab itu,saya mohon maaf awal-awal,andai ada perkara-perkara yang disebutkan di sini tidak tepat dan tersasar daripada apa yang anda maksudkan.Untuk mengelakkan kontroversi dan daripada berlaku tidak adil kepada anda, apa yang akan saya tuliskan akan bersifat lebih umum dan meluas.Harapnya begitulah. 

Wahai Ostad, 

Sebelum itu,ingin saya jelaskan di sini,betapa saya amat menghormati anda.Anda merupakan figure agama yang amat diminati masyarakat.Anda sentiasa menjadi rujukan dan ikutan masyarakat dek besarnya pengaruh anda dalam kalangan mereka.Malah saya sendiri pernah mendengar ceramah anda secara langsung suatu ketika dahulu.Jujur,saya amat terhibur dan kagum dengan perkongsian yang anda berikan.Apatah lagi anda berceramah ketika itu dengan memakai kot sepasang,lengkap dengan cermin mata hitam.Fuh.Anda adalah manifestasi bahawa untuk menjadi seorang ostad,tidak semestinya perlu sentiasa memakai serban dan jubah.Dengan pendekatan anda ini,anda telah berjaya menarik minat ramai anak muda untuk lebih dekat dan selesa dengan agama.Bukan anak-anak muda sahaja, malah makcik-makcik juga.

Eh.Oleh sebab itu,topi saya untuk anda.Bukan semua tokoh agama berjaya mencapai status dan kejayaan seperti yang anda kecapi sekarang.

Wahai Ostad,

Namun kebenaran tetap kebenaran.Meski pahit,saya wajib menegakkannya.Saya menulis ini dengan penuh sedar bahawa saya mengambil risiko yang besar untuk ditempelak dan dikritik habis-habisan oleh para peminat anda.Saya sanggup mengambil risiko itu.Mungkin sudah banyak teguran dan kritikan yang ostad terima tentang isu ini.saya tidaklah berniat untuk menambahkan lagi beban dan keserabutan pada anda.Namun saya merasakan,perlu untuk saya menyuarakan pendapat dan pandangan saya selaku wakil kepada ramai anak muda yang tidak bersetuju dengan kenyataan anda itu. Ok perasan la pulak bila masa kau orang lantik saya jadi wakil kan.Eheh.Saya bukanlah apa-apa.Bukan juga siapa-siapa jika hendak dibandingkan dengan anda.Saya hanyalah seorang insan yang masih lagi hingusan dan bertatih untuk menjadi seorang hamba yang diredhaiNya.

Saya tiada sijil agama dari mana institusi pengajian.Juga tidak pernah mendapat tauliah untuk memberikan ceramah agama. Yang saya ada hanyalah ilmu-ilmu yang saya perolehi dari bulatan gembira dan konferens riang yang saya hadiri.Juga kadang-kadang tu adalah bertalaqqi ilmu dengan seorang dua ostad yang saya kenali.Dan sudah tentu,banyak juga ilmu dan pengetahuan yang saya perolehi daripada bacaan-bacaan yang saya lakukan.Selain itu,saya bukanlah seorang tokoh agama pada pandangan mata masyarakat. Namun itu tidak bermakna saya tidak berhak untuk menyuarakan rasa hati dan pendapat saya. Apatah lagi dakwaan dan tuduhan anda itu amat berat dan dekat dengan diri saya. 

Wahai Ostad,

Dengan bersetuju malah menyokong fatwa yang dikeluarkan oleh Syaikh Ali Jumaah yang menghalalkan darah ikhwan dan sesiapa sahaja yang menentang kerajaan di Mesir,anda telah membuat suatu kesilapan yang besar.Sebagai seorang figure yang berpengaruh dalam masyarakat, anda telah memberi isyarat bahawa darah seorang Muslim itu halal apabila dia menentang kerajaan yang memerintah. Entahlah, mungkin ada hadith-hadith atau ayat-ayat al-Quran yang membenarkan hal tersebut, tetapi jika mahu diikutkan dengan ilmu saya yang seciput ini, hasil daripada pembacaan yang saya tidak seberapa ini, darah seorang Muslim itu amat tinggi nilainya di sisi Allah, malah lebih bernilai lagi daripada Kaabah di Mekah itu! 

“…bahawa barangsiapa membunuh seseorang, bukan kerana orang itu membunuh orang lain, atau bukan kerana berbuat kerosakan di muka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh semua manusia.”

[al-Ma'idah, 5:32] 

Sedangkan nyawa bukan Islam pon diangkat martabatnya oleh Islam, apakan lagi nyawa kita sesama Muslim. 

“Ketika itu kami berada di tempat ibadah bukan Islam, lalu dilalukan di hadapan kami jenazah bukan Islam. Maka kami berdiri.Dikatakan kepada kami bahawa itu ialah mayat seorang majusi.Maka kami berkata kepadanya, “Sesungguhnya pernah dilalukan di hadapan Nabi SAW seorang jenazah bukan Islam, lalu Nabi SAW berdiri. Dikatakan kepada Nabi SAW bahawa itu adalah jenazah Yahudi, maka baginda berkata kepadanya, “Bukankah ianya juga adalah insan yang bernyawa.” 

[Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim] 

Wahai Ostad, 

Kalaupon benar ikhwan dan mereka yang menentang kerajaan itu adalah golongan bughah,takkanlah bunuh itu adalah satu-satunya solusi yang ada? Adakah darah dan nyawa saudara sesama Islam itu begitu rendah harganya, hanya kerana mahu menegakkan sebuah kerajaan yang zalim? Dan jika benar Syaikh Ali Jumaah itu seorang ulama’ yang adil dan mulia, mengapa dia tidak mengeluarkan fatwa yang sama ketika puak-puak tamarrud merancang makar-makar untuk menjatuhkan Presiden Mursi..?? Maaf, tapi saya langsung tidak boleh menerimanya apabila hujah anda untuk menyokong hujah Ali Jumaah adalah kerana dia pernah bermimpi bertemu Rasulullah SAW dan kononnya, baginda lah yang mengarahkan agar dilakukan pembantaian kejam dan zalim terhadap penyokong Mursi dan penentang kerajaan al-Sisi. 

Aduhai Ostadku. 

Agaknya sebab itulah,pengasas Ikhwanul Muslimin,Almarhum Imam Hassan al-Banna datang dengan Usul 20nya, di mana pada Usul 3,dinyatakan dengan jelas: 

“Iman yang benar, ibadah yang sahih dan mujahadah mengandungi cahaya dan kemanisan yang diberikan Allah ke daalam hati hambaNya yang dikehendaki. Namun ilham, lintasan hati, kasyaf dan mimpi bukanlah dalil hukum syarak dan tidak diambil kira kecuali jika tidak bercanggah dengan hukum-hukum dan nas-nas agama.” 

Usul ini amatlah relevan kerana rupa-rupanya di zaman ini, memang wujud ramai golongan yang mendakwa bermimpi itu dan ini untuk menjustifikasikan tindakan atau rancangan mereka yang terang tang tang menyalahi syarak! Menggunakan hujah mimpi untuk kepentingan diri sendiri! Lahawla wala quwwata illa billahil ‘alliyil adzim. Dr. Asri Zainul Abidin juga telah menjawab isu ini di dalam penulisannya. Anda bolehlah membacanya di sini. Tak cukup dengan Dr. Asri, Syaikh Yusuf al-Qardhawi juga pernah menempelak fatwa Ali Jumaah itu. Kritikan Syaikh Yusuf Qardhawi, seorang ulama’ kontemporari ulung di era moden ini terhadap kecurangan Syaikh Ali Jumaah boleh dibaca di sini. 

Wahai Ostad, 

Berkaitan dengan isu salafi dan wahhabi ini, saya mahu bertanya kepada anda.Jika benar lah ahli ikhwan itu ramainya terdiri daripada golongan salafi dan wahhabi,mengapa di Mesir itu mereka tidak sertai sahaja parti Salafi an-Nur, yang sememangnya sudah terang lagi bersuluh merupakan jemaah dan perkumpulan golongan Salafi? Adakah mereka itu musuh dalam selimut, api dalam sekam, gunting dalam lipatan dalam pertubuhan Ikhwanul Muslimin? Sungguh,saya tidak dapat mengotakkan fakta itu.Lucu sekali apabila difikirkan,selama ini geng-geng salafi sering menuduh ikhwan sebagai ahli bidaah. Di satu pihak pula, geng-geng tarikat sufi menuduh ikhwan sebagai salafi dan wahhabi. Yang untung siapa? Musuh-musuh Islam yang menyaksikan perbalahan sesama Muslim ini dengan penuh riang gembira dan keterujaan sambil makan popkon panas perisa karamel masin. Saya hanya mampu menggeleng kepala. 

Wahai Ostad, 

Poinnya adalah,anda adalah seorang figur yang disegani oleh ramai orang dan sebahagian besar daripada masyarakat di Malaysia ini.Anda bertanggungjawab dengan apa yang anda katakan, apatah lagi apabila ia memberi pengaruh yang besar kepada sudut pandang dan perspektif mereka. Dengan mengatakan ikhwan itu wahhabi,anda secara efektifnya juga telah melabel semua orang yang menyertai bulatan gembira (Baca: Usrah) itu juga wahhabi. Itu adalah satu tuduhan berat yang tidak boleh diterima akal. Dan disebabkan oleh anda yang cukup berpengaruh itu, tidak mustahil sekiranya ada orang yang akan lari dan menolak ajakan-ajakan untuk menyertai bulatan gembira kerana takut dilabel sebagai salafi dan wahhabi. Aduhai. Oleh sebab itu saya katakan di awalan tadi, tuduhan/dakwaan anda itu amat berat dan sangat dekat dengan saya dan saya yakin, berat dan dekat juga dengan ramai lagi orang di luar sana. Anda menyeru agar asatizah dan ramai orang di luar sana untuk bertabayyun dengan anda. Bagaimana pula sikap anda dengan ikhwan? Apa mereka tidak layak untuk mendapat tabbayun daripada anda? Adakah anda sudah meneliti fakta-fakta yang ada, membuat kajian dengan terperincinya, sebelum membuat tuduhan yang semberono yang sebegitu rupa? 

Wahai Ostad, 

Izinkan saya menutup penulisan ini dengan sepotong hadith : “Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau diam.”

[Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim] 

Harapnya anda dapat menerima teguran ini dengan baik dan berlapang dada.Tidaklah ada niat lain saya menulis ini melainkan sebab rasa hormat dan kasih saya kepada anda fillah. Moga anda dapat merenungi kembali dakwaan dan kata-kata anda yang menimbulkan kontroversi itu. Dan sekiranya perlu, saya amat berharap anda dapat menarik kembali kenyataan anda itu dan membuat permohonan maaf kerana sungguh, anda telah mengguris banyak hati dan perasaan di luar sana. Dan sekiranya saya telah mengguris hati atau perasaan anda atau keluarga, saya memohon maaf sesungguhnya. Bukan untuk mencari populariti. Bukan juga untuk mendamba publisiti. Cuma saya tahu ramai yang tidak bersetuju dengan pendapat anda yang satu ini dan saya merasakan perlu untuk saya menyampaikannya. Moga Allah ampunkan dosa-dosa saya, anda dan kita semua, biidznillah. Sekian, terima kasih.

Yang benar, 
Inche gabbana 
Angel Pakai Gucc

surat ini dihantar dari Email khas untuk Ustaz Don.Sila beri surat ini kepada beliau

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Friday, April 18, 2014

BREAKING NEWS !!! #USTAZDON MEMBELASAH #WARDINASAFIYYAH KAW-KAW !!!


sebelum ini,Wardina atau nama sebenarnya Safiyyah Fadlullah Wilmot,menggunakan media sosial menghentam Ustaz Don Daniyal dengan memuatnaik video yang telah diedit kononnya dikatakan tidak membuat rujukan terlebih dahulu sebelum membuat ceramah.semalam,Ustaz Don Daniyal tampil untuk menjawab segala tuduhan yang dilemparkan oleh Wardina Fadlullah Wilmot terhadap dirinya.Ustaz Don mengatakan adalah tidak adil dengan memuatnaik video yang telah diedit daripada ceramah-ceramahnya kemudian menggunakan video tersebut untuk menghentam dirinya.Menurut Ustaz Don, Wardina pernah membuat kenyataan supaya pemilik media sosial supaya tidak memuatnaik perkara-perkara yang dilarang melalui media sosial tetapi beliau sendiri yang melakukannya. 

"Apakah niat sebenar Wardina memuatnaik video yang telah diedit sekerat-sekerat itu kemudian menghentam saya,adakah bertujuan baik atau sebaliknya,kebiasaannya video sekerat-sekerat ini hanyalah untuk tujuan propaganda", kata Ustaz Don Wardina disarankan supaya berjumpa ustaz atau alim ulama bukannya menggunaka ustaz goggle,facebook atau twitter.Apakah video itu menjadi satu dalil kepada Wardina untuk menghentam orang lain.Ustaz Don saran supaya Wardina hadir dalam ceramahnya bukannya hanya mengambil daripada video sekerat-sekerat supaya wardina tahu sepenuhnya apa yang beliau inginkan sampaikan itupun jika beliau ikhlas.

"Siapa yang buat video sekerat-sekerat ni,apa tujuannya selain daripada untuk tujuan propaganda,jika mereka ikhlas kenapa perlu edit video tersebut.Saya juga tidak kata saya betul semua, saya manusia biasa dan semua manusia tidak sempurna tetapi ada orang yang memilih-milih dalam menghentam jika orang itu tidak dalam ahlinya atau sekutunya. Mungkin saya selalu kerap keluar di TV Alhijrah menyebabkan ada orang yang tak senang duduk.Saya Redha dan saya buat dengan penuh ikhlas". 

Ustaz Don juga hairan kenapa wardina memilih individu untuk dihentamnya,apabila kafir menghina Agama Islam kenapa Wardina diam.

"Saya tak kenal pun dengan orang yang buat video itu,tak kan saya tak buat rujukan dalam setiap ceramah saya.Sebagai seorang penceramah sudah semestinya saya membuat rujukan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang ceramah.Saya tak pernah cari pasal dengan sesiapa pun, antara bahan rujukan saya tentang Bani Tamim adalah saya membuat rujukan dengan Ustaz Badlishah.Pendapat dan teori memang ada dikalangan ulama mengikut hadis-hadis.Saya teringat satu kisah Juraij yang telah difitnah oleh seorang pelacur yang sangat cantik berkata, 'Jika kalian menghendaki, aku akan memberinya fitnah.''

Sebab utama Wardina mengecam Ustaz Don adalah kerana ada staf dalam TV Alhijrah yang tidak senang apabila ustaz Don mendapat surat jemputan ke United Kingdom dan staf tersebut mungkin ada sedikit sakit hati,kemudian staf tersebut dikatakan mengedit video itu dan meminta Wardina menghentam Ustaz Don Daniyal melalui video tersebut...Wallahualam... 

Ustaz Don Daniyal juga menasihati "kepada sesiapa yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai ceramah saya sila berjumpa dengan saya,saya sentiasa menerima sesiapa sahaja dan pintu pejabat saya sentiasa terbuka dan bukannya dengan melihat hanya pada video yang diedit sekerat-sekerat kerana itu merupakan propaganda untuk menjatuhkan seseorang"

Selepas ini jika ada lagi orang mempertikai ceramahnya Ustaz Don tidak akan menjawab lagi kerana ini akan mengundang pelbagai persepsi negatif.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Saturday, November 23, 2013

HOT NEWS !!! @_USTAZDON MEMBELASAH PUAK PAKATAN KAW-KAW !!!


tu dia,amik ubatt !!! 1 ayat untuk puak pakatan.saya harap anda faham maksud ini.sebelum ini PAS kata undi boleh masuk syurga.yang ni....muahahaha.malas nak ulas panjang-panjang.nanti mereka kata salah UMNO

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Sunday, January 29, 2012

HOT NEWS !!! USTAZ DON DANIAL VS USTAZ AZHAR IDRUS !!! SIAPA LAGI HEBAT ???


Ustaz Don atau nama sebenar Don Daniyal Don Bijayid baru berumur 28 tahun dan berasal dari bukit mertajam.beliau merupakan pensyarah di KUIS serta memiliki ijazah sarjana muda takhassus Qiraat dari mahaad qiraat shoubra,mesir.

Ustaz Don ini juga sedang Hot dan menjadi kegilaan remaja zaman sekarang.menjadi satu fenomena baru selepas kegilaan orang terhadap penceramah Pro Pakatan Haram Ustaz Azhar Idrus.

bahasa yang digunakan oleh Ustaz Don mudah difahami dan mudah meresap kedalam minda anak muda zaman sekarang.bukan macam Ustaz Azhar Idrus.kasar semacam samapi perkataan anjing terkeluar dari mulut dia

Penampilan ‘sempoi’ dan bersahaja Ustaz Don dalam rancangan ” Program 30 Minit Ustaz Don ” berjaya menarik rating yang begitu tinggi dan mula mengumpul ribuan peminatnya yang tersendiri. Bilangan pengikutnya di Facebook juga semakin bertambah hari demi hari


Rancangan ini mula disiarkan di kaca televisyen setiap Isnin hingga Rabu pada pukul 10.30 malam sejak Oktober lalu.

Program 30 Minit Ustaz Don ini disasarkan kepada golongan remaja dan anak-anak muda untuk mereka menimba pelbagai ilmu agama melalui rancangan bual bicara dan interaktif.

Ia memfokus dua perkara penting untuk golongan iaitu Bicara Fardu Ain dan al-Quran secara santai

LIHAT VIDEO DI BAWAH



RENUNG-RENUNGKAN
 
 
Blogger Templates