Social Icons

Pages

Saturday, April 19, 2014

BREAKING NEWS !!! SURAT TERBUKA UNTUK #USTAZDON DIDEDAHKAN !!!


Bismillahirrahmanirrahim.Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 

Salaam a’laikum warah matullahi wabarakatuh. 

Ke hadapan Ostad Don Daniyal yang dihormati,moga anda dan keluarga berada di bawah lembayung kasih sayang dan rahmatNya, InshaAllah. Wahai Ostad, Baru-baru ini seantero Tanah Melayu gempar dengan dua dakwaan anda : 

1. Bani Tamim itu merujuk kepada Tanah Melayu 
2. Fatwa Syaikh Ali Jumaah tentang halalnya darah ikhwan itu benar 

Saya tidak mahu mengulas panjang perkara nombor satu itu, memandangkan sudah ramai cerdik pandai dan tokoh-tokoh agama menegur dan mengkritik anda untuk itu.InshaAllah saya yakin ostad dapat menerima teguran-teguran yang dilontarkan dengan baik dan berlapang dada.Cuma saya masih ternanti-nanti sekiranya ada video atau rakaman suara anda yang meminta maaf dan menarik balik kenyataan itu.Sekiranya ada bolehlah sesiapa letak pautannya pada ruangan komen post ini. 

Wahai Ostad, 

Tujuan surat ini ditulis adalah untuk bertabayyun dengan anda,sepertimana yang diseru oleh anda sendiri.Secara spesifiknya tentang dakwaan anda yang nombor dua itu.Untuk rekod,jujur saya sendiri tidak mendengar dan melihat video youtube Anda yang sudah menjadi viral itu.Saya hanya berkesempatan untuk menonton video balas anda,yang menjawab kritikan dan teguran orang ramai tentang dakwaan anda yang sungguh liar itu.Itu pon tak sempat nak habis.Maka tulisan ini banyak berdasarkan komen-komen dan tulisan yang saya baca di alam maya,juga borak-borak dan cakap-cakap mereka yang pernah menonton video itu dengan mata kepala mereka sendiri.Oleh sebab itu,saya mohon maaf awal-awal,andai ada perkara-perkara yang disebutkan di sini tidak tepat dan tersasar daripada apa yang anda maksudkan.Untuk mengelakkan kontroversi dan daripada berlaku tidak adil kepada anda, apa yang akan saya tuliskan akan bersifat lebih umum dan meluas.Harapnya begitulah. 

Wahai Ostad, 

Sebelum itu,ingin saya jelaskan di sini,betapa saya amat menghormati anda.Anda merupakan figure agama yang amat diminati masyarakat.Anda sentiasa menjadi rujukan dan ikutan masyarakat dek besarnya pengaruh anda dalam kalangan mereka.Malah saya sendiri pernah mendengar ceramah anda secara langsung suatu ketika dahulu.Jujur,saya amat terhibur dan kagum dengan perkongsian yang anda berikan.Apatah lagi anda berceramah ketika itu dengan memakai kot sepasang,lengkap dengan cermin mata hitam.Fuh.Anda adalah manifestasi bahawa untuk menjadi seorang ostad,tidak semestinya perlu sentiasa memakai serban dan jubah.Dengan pendekatan anda ini,anda telah berjaya menarik minat ramai anak muda untuk lebih dekat dan selesa dengan agama.Bukan anak-anak muda sahaja, malah makcik-makcik juga.

Eh.Oleh sebab itu,topi saya untuk anda.Bukan semua tokoh agama berjaya mencapai status dan kejayaan seperti yang anda kecapi sekarang.

Wahai Ostad,

Namun kebenaran tetap kebenaran.Meski pahit,saya wajib menegakkannya.Saya menulis ini dengan penuh sedar bahawa saya mengambil risiko yang besar untuk ditempelak dan dikritik habis-habisan oleh para peminat anda.Saya sanggup mengambil risiko itu.Mungkin sudah banyak teguran dan kritikan yang ostad terima tentang isu ini.saya tidaklah berniat untuk menambahkan lagi beban dan keserabutan pada anda.Namun saya merasakan,perlu untuk saya menyuarakan pendapat dan pandangan saya selaku wakil kepada ramai anak muda yang tidak bersetuju dengan kenyataan anda itu. Ok perasan la pulak bila masa kau orang lantik saya jadi wakil kan.Eheh.Saya bukanlah apa-apa.Bukan juga siapa-siapa jika hendak dibandingkan dengan anda.Saya hanyalah seorang insan yang masih lagi hingusan dan bertatih untuk menjadi seorang hamba yang diredhaiNya.

Saya tiada sijil agama dari mana institusi pengajian.Juga tidak pernah mendapat tauliah untuk memberikan ceramah agama. Yang saya ada hanyalah ilmu-ilmu yang saya perolehi dari bulatan gembira dan konferens riang yang saya hadiri.Juga kadang-kadang tu adalah bertalaqqi ilmu dengan seorang dua ostad yang saya kenali.Dan sudah tentu,banyak juga ilmu dan pengetahuan yang saya perolehi daripada bacaan-bacaan yang saya lakukan.Selain itu,saya bukanlah seorang tokoh agama pada pandangan mata masyarakat. Namun itu tidak bermakna saya tidak berhak untuk menyuarakan rasa hati dan pendapat saya. Apatah lagi dakwaan dan tuduhan anda itu amat berat dan dekat dengan diri saya. 

Wahai Ostad,

Dengan bersetuju malah menyokong fatwa yang dikeluarkan oleh Syaikh Ali Jumaah yang menghalalkan darah ikhwan dan sesiapa sahaja yang menentang kerajaan di Mesir,anda telah membuat suatu kesilapan yang besar.Sebagai seorang figure yang berpengaruh dalam masyarakat, anda telah memberi isyarat bahawa darah seorang Muslim itu halal apabila dia menentang kerajaan yang memerintah. Entahlah, mungkin ada hadith-hadith atau ayat-ayat al-Quran yang membenarkan hal tersebut, tetapi jika mahu diikutkan dengan ilmu saya yang seciput ini, hasil daripada pembacaan yang saya tidak seberapa ini, darah seorang Muslim itu amat tinggi nilainya di sisi Allah, malah lebih bernilai lagi daripada Kaabah di Mekah itu! 

“…bahawa barangsiapa membunuh seseorang, bukan kerana orang itu membunuh orang lain, atau bukan kerana berbuat kerosakan di muka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh semua manusia.”

[al-Ma'idah, 5:32] 

Sedangkan nyawa bukan Islam pon diangkat martabatnya oleh Islam, apakan lagi nyawa kita sesama Muslim. 

“Ketika itu kami berada di tempat ibadah bukan Islam, lalu dilalukan di hadapan kami jenazah bukan Islam. Maka kami berdiri.Dikatakan kepada kami bahawa itu ialah mayat seorang majusi.Maka kami berkata kepadanya, “Sesungguhnya pernah dilalukan di hadapan Nabi SAW seorang jenazah bukan Islam, lalu Nabi SAW berdiri. Dikatakan kepada Nabi SAW bahawa itu adalah jenazah Yahudi, maka baginda berkata kepadanya, “Bukankah ianya juga adalah insan yang bernyawa.” 

[Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim] 

Wahai Ostad, 

Kalaupon benar ikhwan dan mereka yang menentang kerajaan itu adalah golongan bughah,takkanlah bunuh itu adalah satu-satunya solusi yang ada? Adakah darah dan nyawa saudara sesama Islam itu begitu rendah harganya, hanya kerana mahu menegakkan sebuah kerajaan yang zalim? Dan jika benar Syaikh Ali Jumaah itu seorang ulama’ yang adil dan mulia, mengapa dia tidak mengeluarkan fatwa yang sama ketika puak-puak tamarrud merancang makar-makar untuk menjatuhkan Presiden Mursi..?? Maaf, tapi saya langsung tidak boleh menerimanya apabila hujah anda untuk menyokong hujah Ali Jumaah adalah kerana dia pernah bermimpi bertemu Rasulullah SAW dan kononnya, baginda lah yang mengarahkan agar dilakukan pembantaian kejam dan zalim terhadap penyokong Mursi dan penentang kerajaan al-Sisi. 

Aduhai Ostadku. 

Agaknya sebab itulah,pengasas Ikhwanul Muslimin,Almarhum Imam Hassan al-Banna datang dengan Usul 20nya, di mana pada Usul 3,dinyatakan dengan jelas: 

“Iman yang benar, ibadah yang sahih dan mujahadah mengandungi cahaya dan kemanisan yang diberikan Allah ke daalam hati hambaNya yang dikehendaki. Namun ilham, lintasan hati, kasyaf dan mimpi bukanlah dalil hukum syarak dan tidak diambil kira kecuali jika tidak bercanggah dengan hukum-hukum dan nas-nas agama.” 

Usul ini amatlah relevan kerana rupa-rupanya di zaman ini, memang wujud ramai golongan yang mendakwa bermimpi itu dan ini untuk menjustifikasikan tindakan atau rancangan mereka yang terang tang tang menyalahi syarak! Menggunakan hujah mimpi untuk kepentingan diri sendiri! Lahawla wala quwwata illa billahil ‘alliyil adzim. Dr. Asri Zainul Abidin juga telah menjawab isu ini di dalam penulisannya. Anda bolehlah membacanya di sini. Tak cukup dengan Dr. Asri, Syaikh Yusuf al-Qardhawi juga pernah menempelak fatwa Ali Jumaah itu. Kritikan Syaikh Yusuf Qardhawi, seorang ulama’ kontemporari ulung di era moden ini terhadap kecurangan Syaikh Ali Jumaah boleh dibaca di sini. 

Wahai Ostad, 

Berkaitan dengan isu salafi dan wahhabi ini, saya mahu bertanya kepada anda.Jika benar lah ahli ikhwan itu ramainya terdiri daripada golongan salafi dan wahhabi,mengapa di Mesir itu mereka tidak sertai sahaja parti Salafi an-Nur, yang sememangnya sudah terang lagi bersuluh merupakan jemaah dan perkumpulan golongan Salafi? Adakah mereka itu musuh dalam selimut, api dalam sekam, gunting dalam lipatan dalam pertubuhan Ikhwanul Muslimin? Sungguh,saya tidak dapat mengotakkan fakta itu.Lucu sekali apabila difikirkan,selama ini geng-geng salafi sering menuduh ikhwan sebagai ahli bidaah. Di satu pihak pula, geng-geng tarikat sufi menuduh ikhwan sebagai salafi dan wahhabi. Yang untung siapa? Musuh-musuh Islam yang menyaksikan perbalahan sesama Muslim ini dengan penuh riang gembira dan keterujaan sambil makan popkon panas perisa karamel masin. Saya hanya mampu menggeleng kepala. 

Wahai Ostad, 

Poinnya adalah,anda adalah seorang figur yang disegani oleh ramai orang dan sebahagian besar daripada masyarakat di Malaysia ini.Anda bertanggungjawab dengan apa yang anda katakan, apatah lagi apabila ia memberi pengaruh yang besar kepada sudut pandang dan perspektif mereka. Dengan mengatakan ikhwan itu wahhabi,anda secara efektifnya juga telah melabel semua orang yang menyertai bulatan gembira (Baca: Usrah) itu juga wahhabi. Itu adalah satu tuduhan berat yang tidak boleh diterima akal. Dan disebabkan oleh anda yang cukup berpengaruh itu, tidak mustahil sekiranya ada orang yang akan lari dan menolak ajakan-ajakan untuk menyertai bulatan gembira kerana takut dilabel sebagai salafi dan wahhabi. Aduhai. Oleh sebab itu saya katakan di awalan tadi, tuduhan/dakwaan anda itu amat berat dan sangat dekat dengan saya dan saya yakin, berat dan dekat juga dengan ramai lagi orang di luar sana. Anda menyeru agar asatizah dan ramai orang di luar sana untuk bertabayyun dengan anda. Bagaimana pula sikap anda dengan ikhwan? Apa mereka tidak layak untuk mendapat tabbayun daripada anda? Adakah anda sudah meneliti fakta-fakta yang ada, membuat kajian dengan terperincinya, sebelum membuat tuduhan yang semberono yang sebegitu rupa? 

Wahai Ostad, 

Izinkan saya menutup penulisan ini dengan sepotong hadith : “Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau diam.”

[Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim] 

Harapnya anda dapat menerima teguran ini dengan baik dan berlapang dada.Tidaklah ada niat lain saya menulis ini melainkan sebab rasa hormat dan kasih saya kepada anda fillah. Moga anda dapat merenungi kembali dakwaan dan kata-kata anda yang menimbulkan kontroversi itu. Dan sekiranya perlu, saya amat berharap anda dapat menarik kembali kenyataan anda itu dan membuat permohonan maaf kerana sungguh, anda telah mengguris banyak hati dan perasaan di luar sana. Dan sekiranya saya telah mengguris hati atau perasaan anda atau keluarga, saya memohon maaf sesungguhnya. Bukan untuk mencari populariti. Bukan juga untuk mendamba publisiti. Cuma saya tahu ramai yang tidak bersetuju dengan pendapat anda yang satu ini dan saya merasakan perlu untuk saya menyampaikannya. Moga Allah ampunkan dosa-dosa saya, anda dan kita semua, biidznillah. Sekian, terima kasih.

Yang benar, 
Inche gabbana 
Angel Pakai Gucc

surat ini dihantar dari Email khas untuk Ustaz Don.Sila beri surat ini kepada beliau

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

8 comments:

Anonymous said...

Penulis pening lalat. Kalau pun bani tamin tu bukan tanah melayu, cakap directlah dgn ustaz don.

Anonymous said...


Nampaknya makin ramai si KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRPELIWAT, termasuk MENYAMAQ sbg. umat Islam atau guna nama Melayu/Islam serta bahasa/pakaian Islam (sebut Kalimah ALLAH lagi), sedg. MENGAMOK mcm. ANJING KURAP GILA!
Mereka sedang mensasarkan Ustaz Don - yg. menarik ramai anak muda Islam/Melayu - jadi sgt. dibenci MUSUH Islam/Melayu - spt. mereka membenci Ustaz Kazim dan Ustaz Dr. Fathul Bari!

Lepas tu puak KAPIRSYAITAN ni siap nak MENGKAPIRkan umat Islam pula!

Dani BETINAPENJILATPKRPELIWAT tu baik cepat BERAMBOS balik ke Australia- bukankah dia dan keluarga nak pindah sana?

Aku syak makin ramai ejen Barat-ZIONIS dan ejen mereka dr. si KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRPELIWAT, terutamanya menggunakan wanita 'cantik' menyamaq sebg. umat Islam termasuk masuk Islam/pakai tudung, termasuk menggoda dan kahwin dgn. pemimipin politik dan hartawan Islam/Melayu kita - utk. menghasut mereka membenci UMNO dan menjadi pula si Melayu-LIBERAL-PENJAHANAM-ISLAM/umatnya! Tengok sajalah perangai yg. Islam-mcm-dah-melayang PKRPELIWAT-no-1! Tengok sajalah perangai yg. Islam-mcm-dah-melayang PKRPELIWAT-no-1 atau mana-mana si tua jadah, yg. masih ke kelab malam!

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

Anonymous said...

Akhir zaman akan ada ramai ustaz,tukang ulas,lebai dan ahli sufi palsu
yang masing-masing mahu tunjuk kepandaiannya walhal mereka itu lemah dan agama dipolitikkan dan juga islam akan berpecah menjadi 75 barisan ,cuma 1 sahaja yang benar....wallahhualam

Anonymous said...

Saya menyeru anak anak muda supaya fokus ke bidang lain selain bidang agama kerana bidang ini sudah saturated. Terlampau ramai ostat2 nanti susah cari makan.

Anonymous said...

OI anon 6.01 & 7.10pm, nampaknya makin ramai si ekoq-ekoq PENGGANASBANGKAIBABI Red Bean yg. ditaja puak SYAITAN Barat-Zionis dan DAPBANGKAIBABI, termasuk MENYAMAQ guna nama Melayu/Islam, pakaian & bahasa Islam (sebut Kalimah ALLAH lagi), sedg. MENGAMOK mcm. ANJING KURAP GILA!

Lepas tu puak SYAITAN ni siap nak MENGKAPIRkan umat Islam pula!

PI MAMPOS lu punya ekoq kat KANDANGDAPBANGKAIBABI yg. BODOH mcm. KERBAU!

FORENSIC PATHOLOGY said...

"BREAKING NEWS !!! SURAT TERBUKA UNTUK #USTAZDON DIDEDAHKAN !!!"

Kepada penulis surat terbuka, mohon dedahkan identiti anda. Anda hendak Ustaz Don bertanggung jawab dengan kenyataan beliau, maka adalah adil jika anda juga dipertanggung jawabkan dengan surat terbuka/kenyataan anda. Usah menyorok dibelakang nama samaran atau anonymous sekiranya ikhlas untuk bermuzakarah mencari kebenaran. Semoga semua yang ikhlas bermuzakarah dalam pos ini diberi pahala yang tak terhingga oleh Allah SWT. Ameen yaRabbal Alameen.

Anonymous said...

saya cadangkan penulis, p lah tuntut ilmu dulu...menuntut ilmu wajib,dan janganlah tuntut ilmu "sekerat-sekerat" atau mengambil ilmu yang dirasakan sesuai dengan pendapat sendiri sehaja.ataupun berjumpalah sendiri dengan ustZ Don,Tak payah buat surat terbuka...

Anonymous said...

Bani Tamim??? yang biasa kita dengar Bani Hashim..Bani Umaiyah dll...Bani Tamim ini adalah dari umat akhir zaman yang memegang sungguh-sungguh iman, islam dan ehsan yang sempurna seumpama Rasullullah...saya rasa ok je kalau benar Bani Tamim itu adalah Bani Tanah Melayu..orang Melayu pun bukannya 'cokia' sangat sampai kita nak malu mengatakan kita ni kelompok manusia agong seperti bangsa-bangsa lain. Telah terbukti ramai orang Melayu yang menjadi wali ALLAH sejak dari dulu sampai sekarang..jadi di mana silapnya Ustaz Don mengatakan Bani Tamim dari Tanah Melayu ????? silapnya..beliau menceritakan perkara perjalanan kerohanian dan kesufian ini kepada umum secara terbuka..sepatutnya perkara ini diceritakan kepada yang ahli sahaja. Macam tu la juga kisah Israk dan Mikraj..bukan semua orang boleh terima walaupun datang dari kalam Rasullullah SAW sendiri...so tak payahlah nak marah Ustaz Don sebab itu dia pendapat sahaja. Kita pun ada pendapat sendiri juga...tak begitu?????

 
 
Blogger Templates