Social Icons

Pages

Monday, October 18, 2010

AHLI PKR DAN PAS DIGESA HENTI SOKONG ANWAR ??? KENAPA PULAK ??? ANWAR KAN BAGUS ???




Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor menggesa pemimpin dan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta Pas supaya berhenti memberikan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tegasnya, langkah itu perlu dilakukan memandangkan hari ke hari semakin jelas kepincangan peribadi yang dilakukan oleh Penasihat PKR tersebut.

''Atas nama Allah dan akidah Islam saya seru mereka supaya meninggalkan Anwar.

''Tidak perlu lagi menyokong beliau berikutan semakin banyak bukti mengenai perlakuan beliau yang memungkinkan beliau tidak layak disokong sebagai pemimpin,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah pada program Selamatkan Selangor Darul Ehsan Ke-2 (SSDE2) di Dewan Bunga Kertas TTDI Jaya di sini, malam tadi.

Turut menyampaikan ceramah di majlis itu ialah Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Satim Diman, Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan dan penceramah bebas, Rosdi Long.

Mohamad Ezam berkata, dua laporan polis yang dibuat oleh dua pembantu Anwar baru-baru ini sudah membuktikan bahawa Penasihat PKR itu tidak layak disokong sebagai pemimpin.

''Saya tidak tahu apa lagi yang pemimpin dan ahli PKR serta Pas tunggu, semuanya sudah jelas bukan sahaja melalui laporan polis berkenaan malahan keterangan oleh doktor pakar di mahkamah dalam perbicaraan kes liwat Anwar telah memberi petunjuk yang jelas siapa Anwar sebenarnya,'' katanya.

Ezam juga membidas, tindakan Dewan Pemuda Pas Pusat yang mengadakan demonstrasi bagi membantah konsert Adam Lambert yang dikatakan gay tetapi menyokong Anwar sebagai salah seorang pemimpin pakatan pembangkang.

''Dengan pelbagai bukti yang semakin jelas mengenai perlakuan Anwar, kalau mereka mempunyai prinsip Pas, perlu menangguhkan dulu sebarang hubungan dan kerjasama dengan Anwar kerana ia membabitkan persoalan akidah sebagai seorang Islam,'' katanya.

SUMBER UTUSAN

haha...Bila lah nak habis cerita pasal PKR ni...Tak habis habis berita berkaitan kes DSAI ni keluar dan ada saja yang terbaru. Nampaknya orang dalam PKR sendiri yang melalang.last-last 60 orang menghantar memorandum,Dan yang utama pulak mereka ni semua MELAYU. Nasib buruk menimpa melayu pengkhianat bangsa/pemimpin sendiri.apa pun DSAI,tolong lah bertaubat..kalau tak nahas ko nanti..



POST BY WAYNE...

No comments:

 
 
Blogger Templates