Social Icons

Pages

Wednesday, October 20, 2010

ANWAR IBRAHIM DAN PUTERA SAUD : IKON HOMOSEKS ISLAM ??? BETUL KER???


Baru-baru ini, seorang Putera Arab Saudi, Putera Saud Abdulaziz bin Nasser al Saud telah didakwa membunuh salah seorang khadamnya, dalam satu serangan homoseksual ganas di sebuah hotel di Britain. Juri dalam mahkamah jenayah London Old Bailey mendapati Putera tersebut bersalah kerana membunuh Bandar Abdullah Abdulaziz di Hotel Landmark, London pada 15 Februari. Putera itu menghadapi hukuman penjara seumur hidup.

Di Malaysia, kita ada seorang bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang menghadapi pendakwaan atas jenayah homoseks kerana memaksa pembantunya mengadakan hubungan homoseksual dengannya. Homoseksual adalah satu jenayah di Malaysia dan aktiviti homoseksual atas paksaan atau rogol, tentulah adalah jenayah yang lebih serius.

Hari ini kita melihat Homoseksual, Biseksual, Lesbian dan Transgender ada di mana-mana. Mereka berusaha keras untuk menyatakan kewujudan mereka walaupun di kalangan umat Islam dan di negara Islam. Mereka cuba untuk menyatakan hak mereka untuk mengamalkan seks songsang.

Islam dan Kristian, kedua-duanya menegaskan bahawa seks songsang adalah satu dosa.

Di dalam Islam, ia adalah salah satu dosa besar di mana Rasulullah S.A.W. tidak akan mengaku orang yang melakukannya sebagai umatnya.

Tiada perdebatan lagi sama ada homoseksual adalah diterima dalam Islam kerana di dalam Al-Quran telah tertulis bagaimana Allah S.W.T. menghantar Nabi Lut A.S untuk memberi amaran kepada penduduk Sodom dan Gomorra berkenaan dosa mengamalkan homoseks.

Penduduk di situ sudah jauh tenggelam dalam dosa dan enggan mendengar nasihat Nabi Lut A.S.

Kerana kedegilan dan kesombongan mereka, Allah S.W.T telah mengirim dua malaikat untuk menyamar sebagai manusia bagi melindungi dan membawa Nabi Lut A.S ke tempat selamat sebelum menghancurkan Bandar Sodom dengan gempa bumi yang dahsyat yang akhirnya menimbus kesemua penduduk yang engkar itu jauh ke dalam tanah.

Penulis percaya Putera Arab tersebut dan juga Anwar Ibrahim sedia maklum mengenai kisah kaum Lut ini. Putera tersebut adalah penutur bahasa Al-Quran dan Anwar Ibrahim pula kononnya adalah Muslim sejati.

Tetapi, ini tidak bermakna mereka tidak boleh berbuat salah.

Penulis teringatkan kisah yang diberitahu oleh sepupu Anwar suatu ketika dahulu. Katanya, dia masih ingat pada hari di mana ayahnya, Allahyarham Suleiman Palestine begitu marah terhadap Anwar dan melarang Anwar memijak kaki ke rumah mereka.

Suatu hari, Suleiman Palestine telah mempersoalkan tindakan Anwar memberi khutbah di masjid sedangkan dia tidak layak. Anwar menjawab bahawa itulah cara terbaik untuk mendapat sokongan Melayu dalam politik.

Jawapan Anwar bagaikan satu tamparan kepada orang tua tersebut yang mula sedar bahawa Anwar akan menjadi musuh paling bahaya kepada bangsa dan negara. Beliau kemudiannya mengharamkan Anwar menjejakkan kaki ke rumahnya lagi.

Sepupu Anwar ini amat berat untuk mengakui mempunyai pertalian kekeluargaan dengan Anwar.

Menjadi seorang homoseks sudah cukup teruk, dan memaksa, merogol dan menyiksa orang lain dalam perlakuan tersebut adalah tidak berperikemanusiaan.

Tetapi tidak ada yang dapat menandingi perlakuan mengkhianati negara demi membela perlakuan tersebut dan mengelak pendakwaan. Apatah lagi sehingga mempermainkan agama sendiri.

Jika ada anugerah untuk yang manusia paling jahat, tentu Anwar sudah memenanginya.

Putera Saudi itu mungkin seorang homoseks, membuat gangguan seksual, merogol dan membunuh.

Tetapi, Anwar bukan sahaja homoseks, dia juga biseksual, membuat gangguan seksual, merogol, korup, pembohong dan pengkhianat.

Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menghentikan kegilaan kebebasan seks songsang. Kelihatannya para pejuang kebebasan ektrem ini semakin lantang menyatakan hak mereka di seluruh dunia.

Kita mengiktiraf hak mereka sebagai manusia, tetapi kita tidak boleh mengiktiraf kegilaan seksual mereka sebagai hak. Kita harus bersama-sama menyelamatkan generasi masa depan dari dipengaruhi dan dimanipulasi oleh para ekstremis ini.

Seks songsang mungkin kelihatan seperti masalah terpencil secara dasarnya di negara ini, tetapi sebenarnya ia sudah semakin merebak dan mula menjengukkan diri dengan penganjuran program Seksualiti Merdeka tempoh hari.

Golongan ini semakin menonjolkan diri dengan harapan mereka akan diterima dan Anwar akan dibebaskan akhirnya.

Tetapi, mereka lupa satu perkara, seperti yang dinyatakan tadi, Anwar bukan sahaja bersalah kerana mengamalkan homoseks, dia juga bersalah kerana membuat gangguan seksual terhadap pembantunya, kalaupun tidak dianggap sebagai merogol dan berbagai-bagai kesalahan lagi.

Tetapi, Anwar masih bernasib baik kerana tidak ada nyawa yang melayang ketika kegilaan gerakan reformasi 1998 melanda, atau dia juga akan didapati bersalah kerana mengakibatkan kehilangan nyawa orang lain sepertimana Putera Arab Saudi itu.

SUMBER www.malaysia-instinct.com


RENUNG-RENUNGKAN LAH...


POST BT WAYNE...

4 comments:

melanau blogger said...

salam perjuangan,
link saya mohon dipaut juga. terima kasih

kontolan said...

teruja sungguh aku membaca posting bro ni...anwar..anwar...bertaubatlah...

Anonymous said...

1m Malaysians accept 100-storey Mega Tower{facebook]

Guys,Support Us And Spread This Page To Your Friends! Ur Effort is much appreciated=)

Anonymous said...

Tahniah..anda bercakap menegnai Islam..tapi anda lupa hukum Islam. Kalau nk tuduh orang yang melakukan zina atau homo pun..syaratnya kena ada 4 saksi lelaki yang boleh dipercayai..bukan saksi yang boleh dibeli. Kalau tidak jadi fitnah..maka fitnah juga hukumnya lebih teruk dari membunuh. Putera saud bersalah kerana membunuh, bukan kerana homo..wlaupun itu dianggap penyebabnya. Tapi, anwar belum lagi didapati berslaah..tapi ramai hakim2 yang dah ja\tuhkan hukuman. Bukan saya nk pertahan kan sesiapa..tapi kalau kita lihat betul2 dengan hati dan fikiran yang terbuka.. anda pasti rasa ada yang tidak kena. Ada pegawai dan menteri yang melakukan seks songsang..tapi tiada tindakan undang2 diambil..tapi..anwar..diserang habis-habisan walaupun x ada bukti yang betul2 boleh dipercayai pun. Renung2kan

 
 
Blogger Templates