Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, ini termasuk bantuan sekolah agama rakyat, subsidi pertanian dan projek pembinaan jalan kampung yang membabitkan peruntukan RM696 juta di seluruh Semenanjung.
“Daripada jumlah itu Kelantan dijangka mendapat peruntukan terbesar berasaskan keperluan berbanding dengan negeri lain,” katanya kepada pemberita ketika mengetuai kerja gotong-royong membaik pulih rumah warga emas Ghani Hussin, 75, di Kampung Teluk di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kekecewaan anggota Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaafar yang mendakwa pembentangan bajet itu langsung tidak menyentuh peruntukan bagi Kelantan.
Kamarudin berkata, ini termasuk pembinaan jalan kampung, jalan lebuh raya, pangkalan, lapangan terbang ataupun laluan kereta api tiada satu pun memberi nikmat kepada rakyat Kelantan.
Awang Adek yang juga Ketua UMNO Bahagian Bachok berkata, Kelantan turut mendapat faedah dalam projek membaik pulih 12,000 unit rumah golongan miskin dan miskin tegar di seluruh negara yang membabitkan peruntukan berjumlah RM300 juta.
SUMBER UTUSAN
aku dah agak dah,ni mesti kerja PAKATAN,sibuk bagi tahu rakyat,semua peruntukan tak dapat...padahal bajet yang di beri lebih dari negeri lain..tu pun tak bersyukur lagi..bawa-bawa lah bertaubat...terima jer rezeki yang di bagi oleh kerajaan pusat wahai juak2 PAKATAN weii...tak baik menuduh bukan-bukan..ALLAH benci tau...
PAS hanya pandai komplen tentang diri mereka dipinggir. Tapi kenapa bila beri bantu orang Asli di Gua Musang, ada pula pilih-pilih? INi orang Asli hijau dan ada orang Asli bigu.
JHEOA beri bantuan tak ada tengok2 warna bendera atau warna kulit. Semua dapat.
PAS hanya beri orang Asli yang mereka label hijau. Yang lain hanya tengok saja. Padahal orang asli telah dirampas tanah mereka, dan hutan mereka tempat hasil mahsul dah digondolkan. Tanah geran baru tak diberi dan apa cerita rancangan penempatan semula?
1 comment:
http://www.facebook.com/video/video.php?v=134756779890515&ref=share
Post a Comment