KOTA BHARU - Ketokohan Tengku Razaleigh Hamzah di Gua Musang terbukti dan mampu menarik sokongan lebih 90 peratus masyarakat Orang Asli.
Ketua Pemuda UMNO Gua Musang, Bazlan Baharuddin berkata, penerimaan masyarakat Gua Musang Tengku Razaleigh (Ku Li) digeruni Pas yang kini mula tidak senang apabila nama beliau dicalonkan untuk bertanding di kawasan tersebut.
“Apa yang jelas, masyarakat selesa dengan peranan yang dimainkan Ku Li di Gua Musang, malah saya percaya sokongan Orang Asli akan bertambah sekiranya beliau dicalonkan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Daftar pemilih terbaru yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan seramai 1,889 ataupun 16 peratus masyarakat Orang Asli di Galas layak membuang undi pada pilihan raya kecil 4 November nanti.
Difahamkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, Ku Li yang memenangi kerusi parlimen Gua Musang mendapat 70 peratus undi dari masyarakat Orang Asli di kawasan tersebut.
Semalam, Penasihat Pilihan Raya Pas Galas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata Orang Asli adalah salah satu lima dari senarai yang ada untuk dicalonkan dalam pilihan raya kecil itu.
Galas adalah antara tiga DUN dalam parlimen Gua Musang. Kerusi tersebut kosong selepas kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Pas, Che Hashim Sulaima, 46, pada 27 September, kerana barah usus.
Allahyarham memenangi kerusi tersebut dalam pilihan raya umum 2008 dengan mengalahkan Mohd Saufi Deraman dari Barisan Nasional (BN), dengan majoriti 646 undi.
Dalam pada itu, Bazlan yakin pelantikan Ku Li sebagai Pengarah Pilihan Raya Galas, merancakkan lagi jentera pilihan raya UMNO sekali gus menguatkan keyakinan ahli untuk mengembalikan kerusi itu kembali ke tangan Barisan Nasional (BN).
“Apa yang jelas, beliau (Ku Li) merupakan individu yang berpengaruh di semua peringkat dan saya percaya orang Gua Musang menanti kepulangannya yang dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya BN,” katanya.
SUMBER DARI SINAR HARIAN...
komen aku..apa pun aku yakin orang asli akan menerima UMNO dan BN skaligus mendapat kemenangan di DUN GALAS..cukup2 lah PAS janji macam-macam kat orang asli tapi hasil yang di janjikan tak ada....
POST BY WAYNE...
No comments:
Post a Comment