Social Icons

Pages

Tuesday, October 12, 2010

UMNO MAHU JATUH KAN KU LI ??? BIAR BETUL ???



GUA MUSANG –UMNO disifatkan parti yang tidak mempunyai dasar apabila sanggup memilih calon yang hanya boleh menang dalam pilihan raya sahaja tanpa memikirkan ia mampu mengabaikan prinsip parti.

Exco Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri, Dr Mohd Fadzli Hasan berkata, Pas tidak menyentuh soal calon memandangkan semua layak untuk menjadi calon sama ada mereka Orang Asli, Cina mahu pun India.

Menurutnya, terdapat banyak pihak berpendapat Pas takut dengan pelantikan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, ditambah desas desus yang mengaitkan beliau akan dicalonkan.

“Kita tetap menghormati Ku Li, (namun) kita tidak takut, sebab kita tidak lawan Ku Li, tapi kita melawan ideologi UMNO, tetapi disebabkan UMNO letakkan Ku Li di barisan hadapan, kita nak buat macam mana.

“UMNO memilih Ku Li mungkin kerana kemenangan semata-mata, atau mungkin ada konspirasi sama ada hendak menjatuhkan Ku Li,” katanya kepada Sinar Harian selepas menyampaikan Dividen Ladang Rakyat kepada 250 masyarakat Orang Asli di Markas Pas, di Bandar Lama, di sini.

Mohd Fadzli yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemuning berkata, pada PRK Galas, UMNO melihat Ku Li boleh membawa kemenangan kepada mereka sehingga sanggup menunggu kepulangannya beliau dari luar negara.

Namun katanya, umum mengetahui sebelum ini UMNO telah mengetepikan Ku Li tetapi kini dijulang semata-mata mahu kemenangan berpihak kepadanya.

“Bagi kita, dia seorang (Ku Li) negarawan, anak raja dan politik veteran yang pernah mencabar bekas Perdana Menteri, tapi UMNO tetap mencalonkan Ku Li,” katanya.

Mohd Fadzli berkata, UMNO sanggup membuat apa sahaja demi mahu menang walaupun tindakan itu seolah-olah menjatuhkan martabat Ku Li.

SUMBER DARI SINAR HARIAN...

komen aku senang jer....diaorg ni sebenarnya takut KU LI dicalonkan dan menggeletar nak menghadapi pilihanraya,macam2 lah lepas ni diaorg janji...orang asli akan di beri janji kosong..sebenar nya aku terkejut dengan kenyataan Husam Musa (Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan) yang bersedia memilih calon dari kalangan Orang Asli bertanding dalam pilihan raya.Walaupun Pas tahu mustahil,mereka tetap memainkan perasaan masyarakat itu dengan harapan kosong.tp itu stail diaorg..so kita tgk lah nanti ada kah PAS atau BN akan menang dalam pilihanraya PRK DUN GALAS...


POST BY WAYNE...

No comments:

 
 
Blogger Templates