Social Icons

Pages

Friday, November 12, 2010

GEMPAR !!! ANWAR TAK LAYAK JADI PEMIMPIN !!!


Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak diangkat sebagai pemimpin walaupun hanya di peringkat parti, oleh itu lebih baik beliau mengundurkan diri daripada politik.

Demikian ditegaskan oleh Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong yang berkata, kontroversi serta pergolakan PKR ketika ini jelas membuktikan Anwar gagal bertindak sebagai seorang pemimpin berwibawa serta mempunyai kredibiliti di negara ini.

''Dalam keadaan rumah tangga yang begitu bergolak, bagaimana Anwar mahu menjadi seorang pemimpin di peringkat negara. Apakah caranya beliau boleh mempengaruhi orang lain untuk menakluk Putrajaya.

''Saya kira Anwar terlalu sukar untuk menjayakan misinya itu kerana keadaan partinya yang kini cukup bergolak. Bagi saya lebih baik beliau mengundurkan diri," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau mengulas kemelut yang melanda PKR berikutan pemilihan parti ketika ini.

Terbaru, calon Timbalan Presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim menarik diri daripada pertandingan serta meletak semua jawatan dalam parti kerana mendakwa berlaku penyelewengan serta penipuan di dalam pemilihan tersebut.

Choo Keong berkata, imej PKR mula tercalar apabila berlaku kejadian ahli Parlimen parti keluar beramai-ramai apabila sedar ia bukan lagi parti yang relevan untuk rakyat negara ini.

''PKR ditubuhkan bukan untuk rakyat tetapi hanya untuk memperjuangkan nasib seorang pemimpin. Sebenarnya banyak keburukan PKR yang rakyat tidak tahu kerana ia disorok. Apa yang didedahkan di media hanya sedikit sahaja," katanya.

SUMBER UTUSAN MALAYSIA

POST BY WAYNE...

No comments:

 
 
Blogger Templates