Social Icons

Pages

Thursday, November 18, 2010

GEMPAR !!! PEMIMPIN PKR MAHU JAWATAN DAN KUASA SAHAJA !!!


Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyifatkan kekecohan dalaman yang melanda Parti Keadilan Rakyat (PKR) disebabkan ‘naiwaitu’ (niat) pemimpinnya yang cuma mahukan jawatan dan kuasa.

Katanya, beliau langsung tidak hairan dengan perkembangan yang berlaku di dalam PKR termasuklah tindakan Datuk Zaid Ibrahim meninggalkan parti itu kerana ia memang dijangka berlaku terutama jika penyertaan dalam politik bukan diasaskan kepada niat berkhidmat kepada rakyat.

Menurut Shafie, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri pun merupakan bekas ahli dan pimpinan UMNO suatu ketika dahulu namun selepas tidak memiliki jawatan, beliau kini berada di luar parti berkenaan.

‘‘Mereka ini hanya berpaut kepada jawatan sahaja. Tidak ada jawatan maka tidak ada pengorbanan dan tidaklah menyertai perjuangan membela rakyat,’’ katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis korban di Masjid Pekan Semporna di sini, hari ini.

Shafie berkata demikian bagi mengulas tindakan Zaid meninggalkan parti itu kerana tidak berpuas hati dengan perjalanan pemilihan kepimpinan parti yang didakwanya dicemari unsur penipuan.

Sebelum itu, Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menunaikan solat sunat Aidiladha bersama masyarakat Semporna di masjid berkenaan.

Shafie berkata, apa yang berlaku di dalam PKR itu seharusnya menjadi iktibar kepada rakyat khususnya orang Melayu dan umat Islam supaya menjadikan perjuangan mereka bukan didasarkan kepada jawatan sebaliknya untuk berkhidmat kepada rakyat.

Sehubungan itu, beliau mengajak semua orang Melayu supaya menyertai UMNO demi perpaduan umat orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

SUMBER UTUSAN

POST BY WAYNE...

2 comments:

Anonymous said...

Memang betul, pemimpin PR mahukan jawatan PM dan lain2 jawatan menteri. Senang saja sebabnya. Supaya menegakkan semula keadilan kemartabatan Malaysia dipersada dunia.Hapuskan RASUAH, KRONI, memaruahkan semula PDRM, SPR, SPRM, badan KEHAKIMAN, mengyemarakkan semula ekonomi dan pembersihan taraf penduduk. Dibawah UMNO, indon, China, bangla, myammar. fhilipin semua dpt ic. PNB, TNB, MAS, Petronas semua untk poket kroni. Bila nak maju??? Sebab itu kami perlukan pimpinan PAKATAN RAKYAT untuk jawatan2 tersebut.

Unknown said...

lepas tu nak memusnah kan negara?

 
 
Blogger Templates