Ketua Pembangkang yang sedang berdepan pertuduhan liwat itu mendakwa, kematian bekas setiausaha politik kepada seorang Exco Selangor tersebut adalah 'kes pembunuhan yang tidak terjawab' biar pun ia sedang dibicarakan di Mahkamah Koroner.
Tidak cukup dengan itu, Anwar juga menyifatkan kematian mendiang sebagai kekejaman yang dipercayai ditujukan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) meskipun tiada sebarang bukti kematian mangsa berpunca daripada pihak ketiga.
Walhal, sebelum ini pembangkang yang mendesak siasatan rapi dijalankan termasuk menubuhkan inkues bagi mengenal pasti punca kematian, meskipun segala bukti yang ditampilkan sehingga kini menjurus kepada tindakan bunuh diri.
"Australia harus lebih jelas dalam sokongannya terhadap demokrasi. Anda (Australia) mempunyai kedudukan yang kuat di Myammar tetapi sikap itu tidak diperlihatkan dalam isu kekejaman yang berlaku di Malaysia.
"Kekejaman termasuk 'pembunuhan yang tidak terjawab' seorang aktivis pembangkang yang jatuh dari tingkat 14, menara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tahun lalu," katanya seperti yang dipetik daripada akhbar Sydney Morning Post.
Semalam, Utusan Malaysia melaporkan Anwar sewaktu ditemu bual Sky News Australia mendakwa, pengiktirafan yang diberi negara asing terhadap kemajuan Malaysia sehingga dianggap sebagai negara Islam moden adalah satu penghinaan.
Tindakan Anwar itu dipercayai merujuk kepada pengiktirafan Perdana Menteri Australia, Julia Gillard terhadap kemajuan negara semasa beliau melakukan lawatan rasmi ke Kuala Lumpur baru-baru ini dalam usahanya untuk mengukuhkan hubungan dengan Malaysia.
Anwar kini berada di Australia ketika partinya terumbang-ambing ekoran dakwaan penyelewengan dan penipuan dalam pemilihan semata-mata untuk meraih sokongan Gillard supaya memberi tekanan kepada BN yang dituduhnya mengamal rasuah serta menipu pada pilihan raya.
Pada masa yang sama, bekas Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga ingin memujuk New Zealand supaya berpihak kepadanya, selepas cubaan terdahulu untuk meraih sokongan Amerika Syarikat (AS) berhubung kes liwatnya gagal.
SUMBER UTUSAN
POST BY WAYNE...
2 comments:
cukup tak suka bila rakyat sendiri memburukkan negara sendiri. takde sifat kenegaraan langsung. betul atau salah, kena tetap sanjung negara sendiri.
Sahabat saya telah ke Indonesia baru baru ini, kebetulan ada siaran temubual diantara Si AnuWar dengan media. Saya difaham temubual tersebut disiarkan melalui parabola. Katanya lagi jika lah kita dibenarkan mempunyai parabole satelite dapat lah kita melihat betapa sikap ANuwar yang memburukkan kerajaan Malaysia malah melakukan provokasi seolah-olah dia sahaja yang betul di dunai Malaysia ini.
Sedih.... keran belum pernah saya dengar ada mana mana pemimpin negara berprinsipkan demokrasi memburukkan negara mereka walaupun kalah atau salahnya sebuah pimpinan negara . Mereka akan bertanding dan menerima keputusan rakyat ttidak seperti si penyangak Anuwar ini.
Sedar lah... umur telah meningkat berusaha berjuang bagus untuk keishatan tetapai ingat juga lah disuia begini kubur kata mari dan rumah dah kata pergi..
Post a Comment