Social Icons

Pages

Tuesday, November 16, 2010

GEMPAR !!! UMNO MENGAKU AKAN TUMBANG DALAM PRU13 !!!

"Berikut adalah perdebatan yang berlaku antara FB Gabotmetal Shah Alam dengan wakil UMNO dalam forum. mykmu. Jelas bahawa ahli UMNO(Mussolini) sendiri mengakui kemungkinan tumbangnya BN dan UMNO dalam PRU13 nanti. Tujuan wakil UMNO ialah untuk memperli PAS tetapi dia gagal menyedari congakan politiknya menunjukkan UMNO akan menjadi pembangkang. Semoga petikan di bawah turut menjadi renungan kepada pro-UMNO dalam TKO.

Mussolini wrote:

mai kita buat andaian secara realistik kerusi majoriti melayu/bumiputera ada lebih kurang 130 kerusi dipihak BN calon akan diwakili oleh UMNO atau PBB (sarawak sahaja) PR pulak sama ada PKR atau pas.maksimum kerusi yang akan pas tandingi ialah 65 kerusi...iaitu 50% 130 kata la prestasi UMNO teruk gila,cuma menang 40% kerusi majoriti melayu.pas/PKR pulak hebat gila menang 60% kerusi majoriti melayu

60% daripada 130 = 78 kerusi 40% daripada 130 = 52 kerusi

78 kerusi yang pas/pkr menang tu secara pukoi rata setiap parti menang 39 kerusi bayangkan kalo UMNO teruk gila pon prestasi,maksimum yang pas akan dapat cuma 39 kerusi lebih kurang.UMNO yang teruk gila ada 52 kerusi

DAP akan dapat 85-90% kerusi majoriti kaum cina.kerusi majoriti cina ada lebih kurang 80 kerusi 85% daripada 80 kerusi = 68 kerusi

kerusi PKR dan DAP mungkin aakan bertambah sebab depa ada calon bukan Islam yang boleh diletak dikawasan campuran (mixed constituency)

so lagu mana pas nak jadi ketua dalam PR kalo DAP ada 68 kerusi kesimpulannya,jika UMNO kalah teruk sekalipon,pas tetap hanya jadi macai/barua kepada DAP saja

Berikut adalah ulasan Gabotmetal Shah Alam (dalam forum mykmu) untuk congakan politik wakil UMNO yang dikatakannya secara realistik.

Sekarang Gabotmetal Shah Alam jawab bacaan politik mosolini ini. Harap jadi perhatian semua forumer UMNO. Sebenarnya mosolini telah menjawab, soalan yang ditambah oleh webmaster iaitu "boleh ke?" dan ditambah artikel Gabotmetal Shah Alam dengan gambar kartun sekali. Jawapan Gabotmetal Shah Alam ialah:

Congakan politik di atas adalah tepat. Jelas mosolini mengakui tentang kekalahan BN dan kemenangan Pakatan Rakyat. Itulah situasi yang tersirat dari topik thread Gabotmetal Shah Alam. BN akan kalah. UMNO akan jadi pembangkang. Ini dirumuskan oleh mosolini wakil UMNO sendiri.

Mampukah MP UMNO bertahan sebagai pembangkang. Kalian yakin? Lazimnya, pihak pembangkang yg melompat kepada parti pemerintah. Itulah senarionya. Ini bermakna akan berlaku nanti MP UMNO melompat kpd PAS atau PKR. Mungkin bermula dengan 2 atau 3 MP. Mungkin terus bermula dengan 10 atau 15 MP. Kalau bermula dengan 2 atau 3 orang pun, jejak langkah itu pasti akan dituruti, ya akan dituruti sehingga Gabotmetal Shah Alam tak bayangkan berapa orang akan tinggal dalam UMNO.

UMNO tak mampu hidup sebagai pembangkang. UMNO tidak pernah mengalami hidup sebagai pembangkang. Pemimpin UMNO tak akan mampu hidup tanpa projek dan kemewahan. Faktor lain ialah MP UMNO yg prihatin akan cuba menguatkan suara dan kuasa Melayu dalam PR. Sah mereka akan melompat. anda percayalah cakap saya. Malah ahli serta penyokong UMNO akan beralih arah kepada PAS atau PKR. Cawangan demi cawangan UMNO akan bubar. anda percayalah cakap saya. Sebab itulah saya mengajak penyokong dan ahli UMNO mengalih sokongan dari sekarang.

Wahai sahabatku dalam UMNO, renungkanlah kata-kataku dengan bijaksana. Tolak sekejap emosi kalian. Kini tiba kita bersatu dalam PAS.bukan maksud saya masuk PAS tp bersatu... JIka PAS/PKR gagal melaksanakan misi dan visinya, bukan sahaja anda, saya sendiri akan menghumbankannya ke Laut China Selatan dan Selat Melaka. Kuasa rakyat kuasa keramat. Ini erti demokrasi.


POST BY WAYNE...

No comments:

 
 
Blogger Templates