Social Icons

Pages

Tuesday, November 16, 2010

UMNO MASIH KETINGGALAN ????

saya tertarik dgn 1 nota di FB, saudara Anuar mohd Nor berkenaan dengan UMNO masih ketinggalan.sebenar nya apa yang ketinggalan ??? Di sini saya lampirkan balik apa yg ditulis oleh beliau agar dapat kita kongsi dan jd kan renungan bersama :

Semasa Tsunami politik BN/UMNO 2008, jangkaan perkara itu akan berlaku amat meleset sekali. UMNO sendiri tidak menduga perkara itu akan berlaku namun kesannya memberi tamparan yang hebat pada UMNO. Maka alasan kenapa keputusan itu tidak seperti kebiasaan untuk BN bila berdepan dengan pilihan raya di buat. Berbagai-bagai sebab dan kemukakan. Berbagai-bagai alasan dikatakan punca mengapa PRU 12, BN/UMNO hampir tewas. Namun dalam segala rumusan itu, segala kajian dan segala alasan adakah BN/UMNO sudah sedia berubah? Adakah jawapan kepada Tsunami politik 2008 diambil kira untuk diatasi agar BN/UMNO tidak terikat dengan kekalahan yang lebih teruk pada PRU 13 akan datang.

Reformasi – juga adalah salah satu cadangan yang timbul dalam UMNO berdepan dengan sebab dan punca kemelesetan pada PRU 12. Reformasi UMNO dikatakan perlu maka keghairahan berlaku menyahut slogan perubahan dalam UMNO. 1 Malaysia adalah gagasan baru, dilihat penting untuk perpaduan dan dikatakan mampu menarik undi kaum lain terhadap BN/UMNO. Masalah dalaman UMNO dan UMNO yang tidak dapat mengikut trend pengundi muda turut dikatakan mempunyai masalah lantas perubahan mahu dan sedang dilaksanakan dalam merangka perubahan dalam UMNO yang melibatkan beberapa peruntukan dalam parti dan sistem pemilihan dalam UMNO, budaya rasuah politik mahu dihapuskan dengan mengenakan tindakan terhadap beberapa ahli mengenai isu ini, media alternatif mahu dirancakkan maka timbul beratus ribu manusia dalam Face Book dan kerancakan blog dan laman web. Semua dilihat dapat memenuhi dan menangani apa yang menjadi punca kekalahan atau kemelesetan undi dalam BN/UMNO. Namun persoalan masa ditanya, adalah UMNO ketinggalan lagi atau sudah pulih dari masalah yang dilanda? Adakah langkah-langkah UMNO semakin positif untuk mengembalikan kedudukan UMNO dari sudut penerimaan pengundi khususnya pengundi muda? Adakah reformasi UMNO sudah berjaya dilaksanakan? UMNO perlu mengkaji dengan lebih terperinci mengenai penerimaan ini kerana suara-suara di luar masih belum boleh menceriakan UMNO.

RENUNG-RENUNG KAN LAH

POST BY WAYNE...

No comments:

 
 
Blogger Templates