Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa),Datuk Ibrahim Ali berkata, sepatutnya wakil rakyat DAP itu perlu belajar daripada kesilapan dulu selepas menyinggung perasaan umat Islam dengan menyampaikan 'tazkirah' di dalam sebuah surau di Kajang, Ramadan lalu.
"Dia tidak boleh mengulangi perbuatan seperti itu kerana boleh membangkitkan kemarahan orang Islam dan ini melibatkan kemuliaan rumah Allah.Lebih menyedihkan saya, kerjasama yang diberi jemaah masjid itu yang majoritinya orang Pas tanpa rasa bersalah kerana tindakan itu seperti memperlekehkan kesucian agama serta umat Islam," katanya selepas majlis tahlil untuk Allahyarham Jeneral (B) Tun Ibrahim Ismail di Makam Pahlawan,Masjid Negara di sini semalam.
Datuk Ibrahim Ali berkata,menjadi tanggungjawab semua umat Islam untuk menjaga kesucian dan kemuliaan rumah Allah tanpa mengira parti.Tambahnya,Islam tidak pernah melarang orang bukan Islam masuk ke dalam masjid tetapi perlu ikut tatacara yang dibenarkan seperti bertudung dan berpakaian menutup aurat.
"Masalahnya sekarang dia berpakaian ketat dan buat senamrobik bercampur lelaki dan wanita dalam kawasan masjid tanpa sebarang pengasingan.Ini jelas Islam yang diamalkan orang Pas hanya untuk berpolitik semata-mata bukannya atas dakwah yang selalu bermain di bibir pemimpin Pas," ujarnya.
Katanya, pemimpin Pas pasti akan mempertahankan tindakan Nie Ching dengan menggunakan hujah Rasulullah SAW juga membenarkan bukan Islam masuk ke dalam masjid.
"Soalnya sekarang adakah pada zaman Rasullah SAW, mereka melakukan senamrobik di kawasan masjid atau mereka masuk untuk mendengar dakwah.Jelas sekali tindakan Nie Ching ini hanya untuk menagih sokongan ahli Pas yang buta hati kerana semua yang dilakukan sekutu mereka walaupun bertentangan dengan hukum Islam dibenarkan selagi tidak bertentangan dengan kehendak politik Pas," ujarnya.
SUMBER UTUSAN MALAYSIA
saya rasa kes ni sama dengan video di bawah.cuba anda lihat
Nauzubillah
No comments:
Post a Comment