Naib Presiden UMNO,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah mencabar Nik Aziz dengan pendirian Nik Aziz kerana telah bersetuju dengan cadangan Anwar menjadi kan Kit Siang menjadi TPM.
nampak nya berita pasal Nik Aziz ni dah tersebar luas sampai luar negara.betul ker ??? mana tak nya,belum pernah cina jadi TPM,nak sibuk-sibuk bersetuju jadi kan Kit Siang.persoalannya,ada ker dalam perlembagaan mengatakan selain melayu boleh jadi TPM.yang saya tahu PM dan TPM hanya melayu,kecuali Timbalan Menteri dan lain-lain.
Zahid Hamidi berkata dalam sidang media semalam selepas merasmikan majlis penutup Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat Kementerian Pertahanan di Wisma Pertahanan."PAS perlu berani membuat keputusan itu jika pendiriannya sama seperti Mursyidul Am parti tersebut yang bersetuju dengan cadangan Ketua Pembangkang,Anwar untuk melantik Kit Siang ke jawatan berkenaan.Kalau PAS berani terima fatwa politik Nik Abdul Aziz itu,mereka perlu menjadikannya sebagai dasar parti kerana kita mahu melihat reaksi orang Melayu secara keseluruhannya termasuk ahli Pas sendiri".
laporan dari UTUSAN menyebut menurut Ahmad Zahid,jika Pas tidak berani menyahut cabaran berkenaan,seluruh ahli dan pucuk pimpinan parti itu harus menentang pandangan Nik Abdul Aziz kerana jika kenyataan sebegitu dibiarkan,ia akan menimbulkan pelbagai tafsiran yang tidak menguntungkan khususnya di kalangan orang Melayu.Sebelum ini Ahmad Zahid telah mendengar Anwar turut tawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Presiden Pas,Datuk Seri Abdul Hadi Awang,Exco kerajaan negeri Kelantan,Datuk Husam Musa dan juga beberapa tokoh lain.Ahmad Zahid berfikir kalau Anwar menjadi Perdana Menteri,mungkin ada lima timbalan beliau.Mengenai desakan pelbagai pihak supaya Majlis Raja-Raja Melayu menarik balik gelaran Datuk Seri kepada Anwar ekoran tindakannya 'memerangi' konsep ketuanan Melayu, Ahmad Zahid berkata, perkara itu perlu diserahkan kepada kebijaksanaan sultan sendiri.
adeh,5 TPM.gila ker apa,sampai 5 TPM.mana ada dibuat dalam sejarah sampai 5 TPM.apa pun sapa nak melayu jadi TPM kita kena lah berusaha untuk menawan kembali PRU 13.saya dengar ura-ura mengatakan tahun PRU 13.KALAU BETUL LAH,KITA KENA SIAP SEDIA DARI SEKARANG..
POST BY WAYNE...
4 comments:
Apa salahnya Orang Cina Menjadi TPM dan Menteri Kewangan di Malaysia ini.Dari segi demokrasi dan logikal politik mereka-mereka lah yang menguasai Ekonomi diMalaysia nie.Orang Melayu apa ADA lagipun jumlah MP MP Melayu Isle pun dah tinggal berapa kerat aje.Siapa yang kuasai ekonomi dia yang akan menguasai politik seperti kaum Yahudi DiAmerika.
mimpi je la ko melor45 nak ber TPM kan si kitsang tu kehkehkeh
Janganlah terlalu taksub dengan bangsa. nanti mati x ditanya kau bangsa apa? yang ditanya kau Islam ke kafir? Kau solat 5 waktu cukup? sebab terlalu pentingkan bangsa, Melayu jadi no.1; buang anak, merempit,hisap dadah dsb. insaflah....
Tu la kalu melayu dah buang anak dan merempit melepak, hisap dadah dsbnya...apa peranan kita dalam membantu menyelesaikan persoalan tersebut?apakah dengan membuang melayu dan membiarkan bangsa lain menduduki kepimpinan negara maka semua gejala tersebut akan lupus dari bangsa melayu?kenapa kita tidak sama-sama membantu mencari jalan penyelesaian perkara tersebut? Apakah kita telah benar-benar perpegang kepada firman ALLAH S.W.T " Bertolong-tolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan janganlah kamu bertolong-tolong dalam perkara kemungkaran".fikir-fikir kan lah
Post a Comment