Social Icons

Pages

Wednesday, December 29, 2010

PANAS !!! ANWAR MEMANG PATUT KENA TINDAKAN DISIPLIN !!!

Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan menegaskan,beliau bukan individu yang sepatutnya dikenakan tindakan disiplin oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR),sebaliknya pemimpin yang seharusnya menerima nasib itu ialah Ketua Pembangkang,siapa lagi kalau tak Anwar Ibrahim.

Menurut Gobalakrishnan,Penasihat PKR itu sepatutnya dikenakan tindakan berkenaan kerana meminggirkan masyarakat India di negara ini apabila menutup Kuil Siva di Bukit Gasing,Petaling Jaya.

"Jika tindakan disiplin mahu dikenakan, ia seharusnya dikenakan ke atas Anwar kerana menutup Kuil Siva, malah sepanjang 12 tahun lalu beliau hanya memperkukuhkan kepimpinan orang Melayu dan Cina dalam parti manakala masyarakat India dipinggirkan.Tindakan disiplin juga perlu dikenakan terhadap Exco Selangor, Dr. Xavier Jeyakumar kerana menggunakan gangster pada pemilihan PKR baru-baru ini," katanya

menurut laporan dari UTUSAN MALAYSIA menyatakan Gobalakrishnan melalui laman sosial Twitter mengecam dan mengkritik kepimpinan Anwar dan Timbalan Presiden,Azmin Ali sejak hujung minggu lalu.Ekoran tindakannya itu,Naib Presiden PKR yang baru, N. Surendran melahirkan kekecewaan terhadap sikap Gobalakrishnan sambil menggesa beliau menghentikan serangan ke atas parti tersebut serta-merta.

Semalam,Setiausaha Agung PKR,Saifuddin Nasution Ismail berkata,pihaknya akan mempertimbangkan tindakan disiplin ke atas Gobalakrishnan ketika mesyuarat Biro Politik parti itu awal bulan depan.Pertimbangan itu kata Saifuddin,ekoran tindakan Ahli Parlimen Padang Serai itu yang dilihat mula memberontak dengan kecaman-kecaman pedas terhadap kepimpinan parti itu.

Gobalakrishnan berkata,beliau tidak mengecam PKR sebaliknya mahu menyedarkan kepimpinan parti tersebut yang bukan sahaja tidak telus malah tidak menghormati rakyat.

"Kita dapat lihat dalam pemilihan parti baru-baru ini hanya mereka yang rapat dengan beliau (Anwar) dilantik mengisi jawatan-jawatan dalam parti.Sepatutnya ada pertimbangan sewajarnya bagi masyarakat India dalam parti memandangkan mereka terdiri daripada 40 peratus ahli. Adalah jelas Anwar mengamalkan pendekatan pisah dan perintah," katanya.

Menurutnya,PKR merupakan sebuah parti demokratik tetapi prinsip tersebut diamalkan dengan sikap pilih kasih oleh Anwar.

"Jadi, sudah sampai masa untuk saya bercakap mengenai ketidakadilan.Saya telah melakukan banyak pengorbanan demi memperbaiki kehidupan rakyat khususnya masyarakat India," katanya.

Mengenai kenyataan Anwar yang menyuruhnya menyertai Barisan Nasional jika beliau mahu berbuat demikian, jelas Gobalakrishnan, ia diucapkan Anwar yang marah kepadanya pada waktu itu.

"Saya terlupa apa yang saya cakap kepada Anwar, tetapi ketika itu dia marah lalu mengeluarkan kenyataan sedemikian," katanya.


DAH TAHU PARTI TU TAK ADIL KENAPA LAH DUDUK LAGI DALAM PARTI TU.APA LAGI GOBALA,KELUAR LAH DARI PARTI TU,HABIS CERITA.ANWAR CAKAP JER LEBIH DAN PANDAI BERLAKON TAPI DIA TAK AKAN BUAT APA PUN UNTUK PARTI.

POST BY WAYNE...

No comments:

 
 
Blogger Templates