Seramai 41 penduduk Kampung Tualang Hulu,Danan mengambil keputusan meninggalkan perjuangan mereka bersama PAS selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti itu yang gagal membela nasib dan kebajikan rakyat.Mereka kemudiannya menyerahkan borang permohonan keahlian UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh,Zawawi Othman yang dijemput ke rumah salah seorang penduduk terbabit semalam.
laporan dari UTUSAN menyebut Zawawi ketika ditemui pada majlis tersebut berkata,keputusan keluar dari parti Pas itu dibuat dengan kerelaan hati mereka, tanpa paksaan atau sogokan daripada mana-mana pihak.
"Mereka mempunyai kesedaran untuk bersama kita (UMNO) yang sentiasa membuka ruang kepada ahli-ahli Pas atau mana-mana pihak yang ingin berjuang demi agama, bangsa dan negara," katanya.
Hadir sama pada majlis penyerahan borang keahlian UMNO itu ialah Pengarah UMNO Dewan Undangan Negeri (DUN) Selising,Tuan Mustapa Tuan Mat; bekas calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selising,Hashim Ismail dan Ketua Pemuda UMNO Pasir Puteh, Aminuddin Mohamad.Zawawi berkata,kesedaran 41 penduduk kampung berkenaan mungkin kerana jemu dengan sikap pemimpin PAS yang hanya tahu menabur janji,tetapi tidak menunaikannya termasuk meneliti keperluan yang benar-benar diperlukan oleh rakyat.Beliau berkata,sejak kebelakangan ini bilangan ahli Pas yang menyertai UMNO semakin meningkat termasuk dalam kalangan mereka yang tidak berpuas hati terhadap tindakan kerajaan negeri memberikan tanah kepada bukan pemastautin di negeri ini untuk mengusahakan projek pertanian dan kemudian menamakan projek itu sebagai ladang rakyat.
"Labanya diterima oleh kerajaan negeri, rakyat pula yang disenaraikan sebagai peserta ladang rakyat hanya menerima nikmat sedikit manakala pajakan tanah yang diberikan kepada pihak berkenaan adalah terlalu lama. Ia seolah-olah menggadai khazanah negeri. Inilah yang menimbulkan kemarahan rakyat," katanya.
Menurutnya, bekas ahli dan penyokong Pas yang tidak fanatik terhadap perjuangan parti itu juga turut sedar bahawa UMNO juga sebuah parti Islam dan parti politik Melayu yang banyak membela nasib serta kebajikan rakyat.Zawawi berkata, gelombang perubahan rakyat sejak kebelakangan ini memberi gambaran baru dan keyakinan kepada UMNO untuk menebus kembali tampuk pentadbiran negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
"Tidak mustahil tanah ladang rakyat yang diberi pajak dalam tempoh yang terlalu lama akan dipulangkan kembali kepada rakyat Kelantan untuk diusahakan sendiri sebagai ladang komersil sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya menawan negeri ini dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.
POST BY WAYNE...
1 comment:
Berita seperti ini tak sepatutnya di gembar gemburkan kerana ianya akan menunjukkan berapa ramainya ahli Pas sehingga sudah berpuluh ribu(kalau ikut lapuran akhbar) telah keluar parti..tapi parti tersebut masih lagi berkuasa di Kelantan dan di tambah pula dgn Kedah.Jdi saya sarankan cukup cukup lah pakai modal basi ini untuk menunjukkan betapa kuatnya kita.Kalau di lihat perkembangan semasa,UMNO terlalu kekurangan ahli yg berkalibar sehingga kita terpaksa menggunakan orang2 seperti YB Zul,YB Wee C kiong,YBH Ezam,YB Zahrin,bukan dari kalngan kita dsb untuk bercakap.....Kita tidak tahu dimanakah letaknya kesetiaan orang2 ini kerana selalu berubah ubah pendirian mereka.Jadi daripada kita berseronok dapat menarik ahli pati lain kita hendaklah memperkuatkan semangat daya juang ahli2 kita dgn menonjolkan pemimpin pelapis ataupun pemimpin yg sedia ada.Kalau kita selalu mengharapkan orang lain berlawan untuk kita ianya di anggap bacul dan dayus sedayus dayus nya.
Post a Comment