Social Icons

Pages

Sunday, January 09, 2011

GEMPAR !!! KHALID GAGAP MENAFIKAN BEKAS SUK DAN KSN MEMAKLUMKAN KEPADANYA !!!


Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim @ Gagap menafikan bahawa bekas Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor Datuk Ramli Mahmud dan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan memaklumkan kepadanya mengenai pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai SUK yang baru.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar,Faekah Husin berkata sebaliknya KSN telah menyerahkan senarai nama calon SUK kepada Sultan Selangor melalui Ramli tanpa memaklumkannya kepada Abdul Khalid.

"Menteri Besar menegaskan bahawa beliau telah dibelakangkan dalam semua urusan penyerahan nama ke Istana sebelum 17 Dis,2010 dan cara ini ternyata tidak menepati prosedur serta membelakangkan Menteri Besar selain mengetepikan amalan telus dan profesional.Begitu juga maklumat dari KSN diserahkan kepada Ramli dan beliau tidak memanjangkan kepada Menteri Besar," katanya dalam kenyataan media di Shah Alam Semalam.

Pada Jumaat,Ramli dalam satu kenyataan berkata beliau telah menyenaraikan lapan nama yang layak dipertimbangkan untuk mengisi jawatan SUK dan senarai nama itu telah dipersembahkan kepada Sultan Selangor serta salinannya turut diberikan kepada Menteri Besar dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),kira-kira tiga bulan sebelum beliau bersara.

Bernama melaporkan Faekah berkata perkara itu terbongkar apabila pada 21 Dis lepas, Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani telah menghantar surat kepada Setiausaha Sulit Menteri Besar dengan mengepilkan surat bertarikh 10 Dis 2010 yang beliau hantar kepada Ramli berkenaan perkenan Sultan Selangor melantik Mohd Khusrin sebagai SUK.Beliau berkata antara 10 hingga 21 Dis lepas, Ramli telah menghadiri dua Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, dua mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) dan majlis persaraan beliau tetapi dalam kelima-lima pertemuan itu Ramli tidak pernah menyebut bahawa Sultan Selangor telah memberi perkenan kepada Mohd Khusrin.

"Justeru, kenyataan KSN dan Ramli bahawa Menteri Besar telah dimaklumkan sebelum 21 Dis ternyata salah. Tidak juga terdapat surat berkaitan dengannya sama ada dari KSN mahupun dari Ramli," katanya.

Sehubungan itu,Faekah berkata Menteri Besar berharap KSN dan amnya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan sanggup bekerjasama untuk mencari penyelesaian terbaik dalam masa terdekat.

"Tidaklah perlu memanjangkan perkara ini dengan menimbulkan isu lain kononnya Menteri Besar terlewat menghantar nama dan sebagainya.Menteri Besar percaya hanya dengan bertindak secara profesional serta jujur pada amalan,isu ini boleh diselesaikan," katanya.

MENAFIKAN PULAK.APA CITA NI ??? ADAKAH FAEKAH PUN JADI MANGSA JUGA KER SURUH TUTUP MULUT DAN MENGATAKAN SEBEGITU ??? APA PUN TAK PERLU SAYA ULAS PANJANG-PANJANG.ANDA TAHU APA YANG TERJADI SEBENARNYA,SIAPA YANG TAK PUAS HATI TENTANG SUK BARU,SIAPA YANG BENAR DAN SEBAGAINYA !!!

POST BY WAYNE...

3 comments:

Mordecai Kucai said...

Takkan undang undang atau perlembagaan telah terlupa akan kuasa Sultan dan Menteri Besar dan turutannya.

Sultan terserah padanya samada ingin memberi tahu atau tidak. Tidak wajib padanya.

Menteri Besar wajib memberitahu Sultan perkembangan penting Negeri.

Dalam hal ini soal memberitahu atau tidak kepada MB tidak wajib kepada Persekutuan dan Sultan. Itu antara Persekutuan dan Sultan. Patutkah Sultan dan MB menerima maklumat yang berkaitan kuasa sultan keatas SUK secara serentak?

Siapa yang lebih Sultan dari Sultan.

Menurut perlembagaan Negeri MB langsung tiada kuasa keatas perlantikan SUK Selangor. Oleh itu Sultan dengan budi bicara dan sangka baik menyampaikan maklumat itu kepada MB. Sultan boleh juga tidak perlu menyampaikannya kerana ianya bukan urusan MB.

Ini bukan isu. Ini perkara yang menghabiskan masa. Kalau faham tingkat tingkat kuasa pemerintahana negeri pasti tiada kekeliruan disini.

cekodokmasin said...

Dia org nak SUK dari DAP kot???

Mordecai Kucai said...

Nak gasak duit cari pembiayaan untuk pilihanraya. Kan ni lembu paling gemuk sekali dalam Malaysia. Negeri paling maju.

 
 
Blogger Templates