Social Icons

Pages

Saturday, January 01, 2011

GEMPAR !!! PEMBANGKANG SUDAH MEMULAKAN ISU PERKAUMAN DI DUN TENANG !!!


saya dapat info dari kawan-kawan di DUN tenang pembangkang nak main kan 2 isu.1 isu adalah berkenaan dengan Felda dan saman,lagi satu isu adalah perkauman.saya baru lihat UTUSAN MALAYSIA pun telah membuka ceita ini.sila baca keterangan di bawah...

MCA menjangkakan pakatan pembangkang akan memainkan isu perkauman bagi memecah undi dan meraih sokongan masyarakat Cina dan India pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada 30 Januari depan.

Presiden MCA,Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek percaya perkara tersebut akan ditimbulkan DAP terutama isu pendidikan iaitu kononnya kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mengambil berat mengenai masyarakat Cina dan India.Menurutnya, walaupun DUN Tenang dianggap kubu Barisan Nasional (BN) dan MCA, pihaknya tidak menganggap sokongan undi akan diperoleh secara automatik dan usaha berterusan akan dilakukan bagi mendapatkan sokongan masyarakat.

"Kita akan adakan sesi ceramah dan lawatan dari rumah ke rumah serta majlis perjumpaan, bukannya secara besar-besaran tetapi di kawasan yang ditetapkan.Kita mahu supaya mesej dapat sampai kepada pengundi secara berkesan tanpa perlu diheboh-hebohkan," katanya.

Hadir sama Ahli Parlimen Labis yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Chua Tee Yong serta Timbalan Pengerusi MCA Johor,Tan Kok Hong.Menurut Soi Lek yang juga Pengerusi MCA negeri, jentera parti bagi pilihan raya kecil itu sudah digerakkan beberapa hari lalu dengan Tee Yong dilantik sebagai ketua dan Kok Hong sebagai ketua penyelaras.

Katanya,dalam tempoh lima bulan lalu, MCA Johor berjaya mendaftarkan kira-kira 15,000 pengundi baru dan antara 500 hingga 600 pengundi berkenaan adalah dari kawasan DUN Tenang.Berhubung desas-desus ada pihak mahu menghadiahkan plat kenderaan 'MCA 1' kepadanya,Soi Lek memberitahu,beliau tidak tahu-menahu mengenai perkara itu dan tidak pernah dihubungi oleh mana-mana pihak mengenainya.

apapun kepada MCA ini adalah tangunggjawab anda untuk mengembalikan rakyat cina di DUN tenang,jangan cakap jer,tapi tak buat !!!

POST BY WAYNE...

No comments:

 
 
Blogger Templates