Seramai 3,007 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan bagi memastikan proses Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang berjalan lancar.Ketua Polis negeri,Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata,selain itu,pihaknya turut menyediakan 40 kenderaan pelbagai guna (MPV), enam balai bergerak,sebuah helikopter dan beberapa kemudahan logistik lain."Pegawai dan anggota kita akan mula ditempatkan di DUN Tenang bermula 13 Januari ini dengan 939 orang sebelum ditingkatkan sehingga 2,380 orang sepanjang tempoh berkempen.Jumlah itu akan bertambah sehingga 3,007 pegawai dan anggota pada hari pembuangan undi demi memastikan kelancaran proses pilihan raya berkenaan,"katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri,di sini hari ini.
Pilihan Raya Kecil DUN Tenang diadakan selepas wakil rakyatnya, Datuk Sulaiman Taha,59,meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis pada 17 Disember lalu.Pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Sulaiman mempertahankan kerusi DUN Tenang dengan menewaskan calon Pas, Mohd. Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 22 Januari ini sebagai hari penamaan calon manakala pembuangan undi pada 30 Januari.Sementara itu, Mokhtar berkata, empat permit ceramah yang dipohon Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini sempena pilihan raya kecil berkenaan ditolak polis.Beliau berkata, permit itu tidak diluluskan selepas meneliti dan mengambil kira banyak faktor terutamanya aspek keselamatan.
"Sehingga kini kita hanya menerima empat permohonan iaitu tiga daripada Pas dan satu lagi PKR," katanya Mokhtar pada masa sama memberi amaran akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang cuba menimbulkan kekecohan pada kempen pilihan raya tersebut."Saya minta semua pihak jangan melanggar peraturan kerana kami tidak teragak-agak mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak atau parti yang cuba buat kecoh," katanya.
SUMBER DARI UTUSAN MALAYSIA
KEPADA SEMUA POLIS YANG BERTUGAS DI DUN TENANG,JAGA KESELAMATAN DI SANA YER.SAYA DAPAT RASAKAN YANG SUASANA TEGANG AKAN BERLAKU DI DUN TENANG.
POST BY WAYNE...
No comments:
Post a Comment