Social Icons

Pages

Wednesday, January 12, 2011

PANAS !!! PAK LAH MENGUTUK TINDAKAN NG WEI AIK !!!


Bekas Perdana Menteri,Tun Abdullah Ahmad Badawi mengutuk tindak-tanduk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar,Ng Wei Aik ketika menyertai operasi menyita sebuah restoran nasi kandar baru-baru ini yang disifatkannya sebagai angkuh.Tun Abdullah menegaskan,walaupun pada satu tahap,Wei Aik berpandangan restoran berkenaan mungkin melakukan kesalahan tertentu,wakil rakyat DAP itu tidak sepatutnya bertindak sendirian dengan sesuka hati mencampuri urusan penguatkuasaan.


''Dulu DAP tuduh UMNO sombong,angkuh.Tetapi tengoklah,rupa-rupanya mereka yang angkuh," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Ulul Albab di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kepala Batas semalam.Turut hadir Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Seri Idris Jusoh; ADUN Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin dan ADUN Bertam, Zabariah Wahab.

laporan dari UTUSAN menyebut Ahad lalu,Restoran Syed Kassali Mohamad Aliyar di Lebuh Maccalum kecoh apabila kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang merampas kerusi,meja, televisyen serta peralatan lain yang terdapat di dalam premis tersebut.Sebelum restoran berkenaan didatangi penguat kuasa, berlaku satu kemalangan melibatkan dua buah kereta berhampiran restoran itu kira-kira pukul 10.10 malam.Sebuah kereta yang dipandu seorang wanita tua merempuh sebuah kereta lain yang dinaiki sepasang suami isteri sebelum terbabas sehingga ke kawasan kaki lima restoran berkenaan.


Tidak lama kemudian,Wei Aik bersama-sama kakitangan MPPP 'menyerbu' restoran berkenaan dan didakwa mengeluarkan kata-kata kesat termasuk berunsur perkauman kepada pemilik restoran berkenaan.Tindakan Setiausaha Politik Ketua Menteri, Lim Guan Eng itu mendapat kecaman pelbagai pihak termasuk Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) manakala Pemuda UMNO pula menyifatkan ia tidak ubah seperti perbuatan mafia.

Tun Abdullah yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas berkata,Wei Aik sepatutnya merujuk kepada pihak berkuasa bagi membolehkan tindakan penguatkuasaan dilakukan mengikut peruntukan undang-undang.

''Di mana-mana pun kita sudah ada peraturan yang ditetapkan, kena ikutlah peraturan itu. Bukan boleh bertindak dan buat sesuka hati, tindakan Wei Aik itu tidak kena cara," tegasnya.

POST BY WAYNE...

1 comment:

Anonymous said...

cakap kat Pak Lah tu...Ni takkan jadi camni kalau dia buat kerja betul bila dia jadi PM dulu...

 
 
Blogger Templates