sebelum ini kita dah tahu siapa calon untuk PAS.nampaknya calon PAS adalah wanita.ramai yang mengatakan kemungkinan calon untuk BN pula adalah perempuan.nampaknya anggapan mereka adalah salah.
calon itu adalah Penolong Pegawai Daerah Kecil Rengit,Mohd. Azahar Ibrahim bagi menggalas cabaran BN dalam Pilihan Raya Kecil DUN TENANG pada 30 Januari ini.Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin di hadapan pemimpin dan penyokong BN di Ibu Pejabat UMNO Bahagian Labis semalam.Mohd. Azahar,yang berumur 39 tahun dilahirkan di Labis dan anak kepada bekas ADUN Tenang, Allahyarham Ibrahim Daud bergiat aktif dalam beberapa pertubuhan belia tempatan.Beliau akan menentang Ketua Muslimat Pas Labis,Normala Sudirman, 39,yang dipilih parti itu sebagai calonnya.Mohd. Azahar diletakkan sebagai calon setelah diputuskan oleh Pengerusi BN,Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengambil kira kriteria-kriteria seorang pemimpin yang mampu melaksanakan amanah dengan baik.
calon BN ini merupakan anak jati Labis dan merupakan seorang tokoh yang tidak asing lagi di kalangan masyarakat setempat dan prihatin mengenai keperluan pembangunan di kawasan itu.Pilihan Raya Kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian Datuk Sulaiman Taha daripada BN pada 17 Disember lepas.Pada Pilihan Raya Umum 2008,Datuk Sulaiman menewaskan calon Pas,Mohd. Saim Siran dengan kelebihan 2,492 undi.DUN Tenang mempunyai 14,753 pengundi berdaftar terdiri 7,014 Melayu,5,766 Cina,1,780 India dan selebihnya kaum lain.
SIAPAKAH YANG AKAN MEMENANGI PRK DUN TENANG PADA 30 JANUARI INI ??? ADAKAH KERUSI ITU AKAN DIRAMPAS SEMULA OLEH BN ATAU SEBALIKNYA ??? NAMPAKNYA JENTERA-JENTERA BN HARUS BEKERJASAMA DAN HARUS BEKERJA KUAT BAGI MEMENANGI PRK DUN TENANG KERANA LAWANNYA ADALAH CALON PEREMPUAN DARI PAS.INI TIDAK MUSTAHIL SEJARAH AKAN BERLAKU SEKALI LAGI SEKIRANYA JENTERA BN LEKA.SAKSIKAN LAPORAN PRK DUN TENANG MULAI ESOK SEHINGGA 30 JANUARI HANYA DI BADUT RAKYAT
POST BY WAYNE...
No comments:
Post a Comment