saya meminta maaf kerana artikel hari ini lambat sedikit dari biasa,saya baru sampai ke destinasi kerana jalan di semua tempat siang tadi banyak yang tutup kerana banjir di sekitar DUN TENANG.artikel hari ini mengenai YB azahar dan Datuk Ahmad Maslan.Kejayaan calon BN Mohd Azahar Ibrahim mempertahankan kerusi DUN TENANG adalah isyarat jelas bahawa rakyat selesa dan mahukan parti itu terus mentadbir kawasan tersebut,begitulah kata-kata dari Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.
laporan dari BERNAMA menyatakan Beliau berkata memandangkan BN mempunyai rekod kerja yang baik di kawasan itu,tidak mungkin pengundi akan berpaling tadah hanya kerana dakyah dan janji manis yang ditabur pembangkang.Pembangkang hanya tahu berjanji sahaja.Apa yang kerajaan sedang laksanakan juga adalah antara faktor yang membolehkan kita mencapai kejayaan dan tambahan lagi,ramai kepimpinan dalam parti kita ini diterima dan disukai rakyat.
Mohd Azahar menang dengan majoriti 3,707 setelah memperoleh 6,699 undi menewaskan calon PAS Normala Sudirman yang memperoleh 2,992 undi.Datuk Ahmad Maslan yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,berkata keyakinan rakyat terhadap program yang diperkenalkan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak seperti Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) serta gagasan 1Malaysia turut menyumbang kepada kejayaan BN.
SILA LIHAT VIDEO DI BAWAH UNTUK SIDANG MEDIA BELIAU SEMPENA KEMENANGAN CALON BARISAN NASIONAL,MOHD AZAHAR
TAHNIAH KEPADA YB MOHD AZAHAR.DI HARAP YB MOHD AZAHAR BOLEH MENYELESAIKAN MASALAH RAKYAT DI DUN TENANG,DI SAMPING ITU JUGA DAPAT MENGEMBALIKAN KEPERCAYAAN PENGUNDI CINA.
HIDUP BARISAN NASIONAL
POST BY WAYNE...
SILA LIHAT VIDEO DI BAWAH UNTUK SIDANG MEDIA BELIAU SEMPENA KEMENANGAN CALON BARISAN NASIONAL,MOHD AZAHAR
TAHNIAH KEPADA YB MOHD AZAHAR.DI HARAP YB MOHD AZAHAR BOLEH MENYELESAIKAN MASALAH RAKYAT DI DUN TENANG,DI SAMPING ITU JUGA DAPAT MENGEMBALIKAN KEPERCAYAAN PENGUNDI CINA.
HIDUP BARISAN NASIONAL
POST BY WAYNE...
No comments:
Post a Comment