Payung! Payung! Payung!
Teriakan itu bergema di kebanyakan pusat mengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang ketika para pemilih keluar mengundi dalam keadaan hujan lebat.
Tindakan kebanyakan pemilih yang datang ke pusat mengundi dengan menggunakan payung dan baju hujan pada mulanya menimbulkan sedikit kekecohan apabila anggota pasukan keselamatan yang bertugas di pusat mengundi melarang mereka daripada membawa masuk payung ke tempat berkenaan.Ini berlaku di pusat mengundi di Dewan Serbaguna Kampung Paya Merah.
Pemilih terpaksa beratur panjang di luar pusat mengundi kerana hanya para petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menggunakan payung berlambang SPR dibenarkan membawa mereka masuk ke tempat mengundi.Melihat keadaan ini, seorang wartawan sebuah portal berita menghubungi Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff untuk mendapatkan pandangan beliau tentang perkara itu.
Abdul Aziz berkata tidak ada peraturan yang melarang pemilih daripada membawa masuk payung ke tempat mengundi selagi ia tidak mempunyai sebarang logo parti atau nama parti politik.Tidak lama kemudian,seorang pegawai SPR keluar dari pusat mengundi itu dan meminta anggota polis yang bertugas mengawal kawasan tempat mengundi berkenaan memaklumkan kepada pemilih bahawa mereka boleh membawa masuk payung ke tempat itu dengan syarat ia tidak mempunyai lambang parti politik.
Undang-undang pilihan raya tidak membenarkan sebarang benda yang mempunyai lambang parti politik yang bertanding dalam sesuatu pilihan raya kecil dibawa masuk ke kawasan sekitar 500 meter dari pagar pusat mengundi.Sementara itu,hujan lebat tidak mematahkan semangat para petugas pilihan raya daripada kedua-dua parti yang bertanding pada pilihan raya kecil ini untuk turun beramai-ramai memancing undi pada pintu masuk ke pusat mengundi.
Kebanyakan mereka menggunakan payung dan baju hujan.Ini termasuk Ketua Pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong, yang memakai seluar pendek dan sandal.
"Ini kali pertama saya berpakaian begini ketika pilihan raya kecil," katanya kepada pemberita.
Kerusi DUN Tenang kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha pada 17 Dis lepas setelah mengalami komplikasi akibat penyakit kencing manis.Kawasan ini mempunyai 14,753 pemilih berdaftar, termasuk 18 pengundi pos.Daripada jumlah itu, 47.5 peratus adalah pengundi Melayu, 39 peratus Cina, 12 peratus India dan 1.3 peratus kaum lain.Hujan sejak beberapa hari lepas menjejaskan kegiatan berkempen di Tenang.
SUMBER BERNAMA
DI BAWAH GAMBAR-GAMBAR SEKITAR TEMPAT MENGUNDI YANG DI AMBIL OLEH RAKAN-RAKAN BLOGGER
AWAL-AWAL PAGI TOK AI TELAH MENGUNDI
TOK AI BERSAMA RAKYAT
NAMPAKNYA PROSES PENGUNDIAN TELAH TUTUP.HANYA 10,133 PENGUNDI YANG MENGUNDI ATAUPUN 68 PERATUS.MALAM INI KITA TUNGGU SIAPAKAH YANG AKAN MEMENANGI PILIHANRAYA DUN TENANG ???
BARISAN NASIONAL ???
PAS ???
POST BY WAYNE...
4 comments:
salam,
saya sendiri melihat nik aziz memberi wang itu kepada orang asli (seperti dalam gambar).
orang asli ini ialah seorang mualaf, baru memeluk agama islam. dalam islam pun, kita digalakkan membantu mualaf dari segi kewangan dan sebagainya kerana apabila dia memeluk agama islam, mungkin ada tentangan daripada keluarga atau rakan atau puaknya. ini akan menyulitkan hidupnya.
pemberian wang oleh nik aziz adalah satu amalan baik di sisi islam dan adalah tidak berdosa kerana ia adalah satu tuntutan dalam usaha membantu saudara baru.
ia bukanlah satu dosa. sebagai seorang islam, saya memuji tindakan nik aziz. sebagai seorang melayu, saya bangga kerana makin ramai bukan islam, khasnya di kalangan orang asli yang memeluk islam.
cuma dari pandangan politik yang sememangnya kotor, ia satu 'dosa' yang dijatuhhukum oleh manusia.
saya penyokong kerajaan tetapi dalam hal membantu saudara baru, saya tidak mahu membuat dosa.
t kasih
Lu pe hal aji arof,
kalu iapun nak bsedekah,tunai zakat, bior le masa lain. bukan time prk .
nampak sah aji aroh jadi saksi rasuah prk.aji taubuat aji, beristaqfar manyak2 lo.
ok , aji arof saksi rasuah pilihanraya.
bila pikir balik, aku sokong jugak la kenyataan hj arof ni.
bn ni bukan semua baik dan bukan semua tak baik. pas pun bukan semua baik dan semua tak baik. umno ada yang betul, ada yang tak betul. pas pun macam tu.
kalau nak sokong umno tegak2, boleh hanyut melayu dibuatnya.
aku pun ahli umno. yang tak elok, aku tegur, yang elok aku ikut.
bloger pun macam tu. ada yang ok, ada yang hampeh!
Post a Comment