Social Icons

Pages

Wednesday, January 19, 2011

PRK TENANG !!! RAKYAT TERHARU KERANA DATUK SERI RAIS YATIM DATANG !!!



DUN tenang makin lama makin hangat nampaknya dengan kehadiran semua Menteri dan ini membolehkan rakyat melihat sendiri dengan jelas bahawa pemimpin yang datang semua nya adalah berjiwa rakyat.sebelum ini Perdana Menteri mengumumkan bantuan peruntukan sebanyak RM 1.6 billion bagi memajukan masyarakat Felda seluruh Negara untuk tahun 2011.peruntukan itu merangkumi pelbagai usaha menambah baik kemudahan dan keselesaan masyarakat Felda termasuk pengurusan, pinjaman, perparitan dan prasarana yang lain. Menurutnya, peruntukan besar itu sekali gus menafikan dakwaan pihak tertentu yang mengatakan Felda bankrap.

semalam pula rakyat menerima kehadiran Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim dan mereka menyatakan bahawa mereka tersentuh dengan keprihatinan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan,Datuk Seri Rais Yatim terhadap nasib dan kebajikan mereka.Mereka begitu gembira dan terharu dengan kesudian Datuk Seri Rais Yatim berkunjung ke rumah mereka untuk mendengar masalah mereka dan mencatatkan keperluan yang mereka inginkan daripada kerajaan.laporan dari BERNAMA menyebut Seorang peneroka felda,Ahmad Mohd Amin berusia 76 tahun yang menggunakan kerusi roda sejak sembilan tahun lepas melahirkan rasa gembira dengan kunjungan Rais yang diiringi tujuh sukarelwan felda itu.

“Saya gembira betul dengan kehadirannya dan tengok mukanya pun sudah cukup,” kata bekas konstabel polis itu yang menjadi peneroka sejak 1965 kepada pemberita.

Ahmad yang kini tinggal berdua dengan isterinya,Salamiah Abdullah,berusia 59 tahun turut berterima kasih kepada Rais dan tujuh sukarelawan berkenaan yang berjanji akan membaiki tandas di rumahnya.Pada lawatan itu,sukarelawan berkenaan juga berjanji akan membantu membaiki beberapa buah rumah peneroka lain dalam tempoh seminggu ini.manakala Ko Ah Ba,berusia 59 tahun dari Kampung Baru Cina Labis bersyukur kerana Datuk Seri Rais berjanji akan membantunya mendapatkan bantuan tambahan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk anaknya Kah Ron,yang berusia 17 tahun yang menghidap Sindrom Down.

“Kah Ron hanya menerima bantuan bulanan sebanyak RM50 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan itu tidak mencukupi memandangkan dia perlu memakai lampin pakai buang,” katanya dan menurutnya dia memerlukan sekurang-kurangnya RM300 sebulan bagi menampung keperluan anaknya itu.

Pada kunjungan itu,Ah Ba berbual dengan Datuk Seri Rais dalam dialek Hakka ekoran menteri berkenaan fasih dalam dialek itu.

“Kami dari kementerian hari ini menyampaikan bantuan ihsan kepada golongan daif dan sakit tenat serta bantuan persekolahan atas semangat kebajikan 1Malaysia.Kita lakukan ini bagi mengisi tuntutan kasih sayang, keharmonian dan nilai asas kemanusiaan” kata Datuk Seri Rais kepada pemberita.

Sementara itu,semasa melawat ke Kampung Orang Asli Segamat Kecil,Datuk Seri Rais yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO menerima borang permohonan untuk menganggotai UMNO daripada 35 penduduk kampung itu yang sebelum ini merupakan anggota PKR.

“Saya terharu dengan sokongan yang diberikan masyarakat ini dan akan menyerahkan borang-borang ini kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Johor, Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman secepat mungkin,” katanya.

Kampung Orang Asli Segamat Kecil merupakan perkampungan Orang Asli Jakun dan mempunyai 583 orang penduduk dari 137 keluarga yang diketuai Tok Batin,Ariffin Noh.Katanya,kementerian turut meluluskan permintaan penduduk kampung itu bagi mendapatkan beberapa peralatan muzik bagi mempromosi aktiviti kesenian dan kebudayaan mereka.Pada lawatan ke Sekolah Kebangsaan Segamat kecil,Datuk Seri Rais menyampaikan 10 buah netbook dan 63 beg sekolah kepada pelajar sekolah itu.

INILAH PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT,SEBELUM INI PUN DATUK SERI RAIS YATIM JUGA PERNAH TURUN DI LABIS UNTUK MENGHULURKAN BANTUAN,BUKAN PILIHANRAYA SAHAJA BELIAU MENGHULURKAN BANTUAN.SIAPAKAH CALON BARISAN NASIONAL UNTUK PRK DUN TENANG ??? KITA TUNGGU MALAM INI.CALON YANG AKAN DIPILIH MEWAKILI BN MERUPAKAN SESEORANG YANG DISENANGI DAN MAMPU MENYELESAIKAN MASALAH RAKYAT

POST BY WAYNE...

1 comment:

Anonymous said...

Baik berhati hati kerana Rais tu tak lih caya kot!!!!
Badut semua terharu sampai su cawang UMNo meninggal pun bolih terlupa. Badut lu!

 
 
Blogger Templates