Social Icons

Pages

Sunday, January 30, 2011

PRK TENANG !!! SELAMAT MENGUNDI !!!




Setiausaha Agung UMNO,Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyeru masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang khususnya para pengundi agar melaksanakan amanah sebagai pengundi dan merealisasikan impian bersama Barisan Nasional (BN).Katanya,semua jentera BN telah melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan lancar sepanjang hari berkempen dan hari mengundi adalah kemuncak yang akan menjadi penentu kepada apa yang ingin dicapai.

“Pengundi perlu bijak membuat penilaian dan jangan mudah diperbodohkan oleh mana-mana parti kerana terbukti hanya BN yang mampu menjadi teraju pentadbiran negara,” katanya kepada UMNO-Online.

Ujarnya,BN telah membuktikan bahawa ia bukan sahaja berupaya dan mampu memerintah negara dengan cekap dan berkesan tetapi juga melaksanakan amanah dengan adil dan saksama tanpa mengira bangsa atau agama.

“Sebelum mengundi, nilailah dahulu agar tidak tersalah membuat pilihan hanya kerana terpengaruh dengan dakyah pembangkang. Fikirlah calon mana yang lebih berwawasan berdasarkan kredibiliti mereka, parti mana yang berkemampuan, pilihlah kemajuan untuk masa hadapan dan undilah demi keselesaan, kesejahteraan dan keamanan.”

Satu Impian. Satu Harapan. Satu Malaysia. Pilihlah BN

SUMBER DARI UMNO ONLINE

No comments:

 
 
Blogger Templates