Berikutan hujan lebat sejak semalam,SPR mungkin akan memindahkan beberapa tempat mengundi bagi PRK DUN TENANG sekiranya kawasan berkenaan dilanda banjir.
Pengerusinya,Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata,Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN itu, Md Asri Amir akan menilai dan membuat keputusan sama ada perlu atau tidak untuk memindahkan tempat-tempat pengundian yang terlibat.Hujan lebat melanda Tenang sejak beberapa hari ini, manakala Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan sekejap-kejap kadangkala lebat yang melanda beberapa kawasan di Johor dijangka berterusan sehingga Selasa depan.
"Pegawai Pengurus akan menilai keadaan melalui ketua-ketua pusat mengundi itu,sama ada kemungkinan berlaku banjir atau tidak pada hari mengundi.Jika sekiranya akan berlaku,mungkin kita akan cari tempat lain yang lebih selamat,yang lebih tinggi,tak ada banjir supaya tidak susahkan pengundi-pengundi.kita beri jaminan bahawa keputusan tersebut (memindahkan tempat mengundi) akan dihebahkan kepada orang ramai melalui media lebih awal supaya para pengundi sedia maklum mengenainya.
SUMBER BERNAMA

No comments:
Post a Comment