semalam Datuk Seri Najib Telah pergi ke Sarawak.banyak blog PAKATAN yang mengatakan Beliau pergi ke sarawak kerana membincangkan berkenaan dengan pilihanraya yang semakin hampir.sebenarnya ramai yang silap kerana sesi pertemuan dengan 62 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Sarawak bukan disebabkan faktor pilihan raya negeri yang semakin hampir.
laporan dari UTUSAN melaporkan menurut Perdana Menteri,sesi pertemuan itu adalah program biasa yang dilakukan dari semasa ke semasa dalam usaha kerajaan meningkatkan kemampuan khidmat wakil rakyatnya supaya lebih berkesan, sekali gus menaikkan imej kerajaan BN.Menurutnya lagi,perjumpaannya dengan semua ADUN tersebut adalah untuk mendapatkan gambaran keadaan di kawasan masing-masing supaya Kerajaan Pusat dengan kerjasama kerajaan negeri dapat menentukan khidmat kepada rakyat dengan lebih berkesan dan bermakna.
''Ada beberapa perkara yang dibangkitkan oleh mereka (ADUN) membabitkan bidang kuasa Kerajaan Pusat dan ada juga di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.Jika digabungkan usaha antara kedua-dua Kerajaan Pusat dan negeri, maka saya percaya banyak masalah rakyat dapat kita selesaikan," katanya pada sidang akhbar.
Terdahulu Datuk Seri Najib meluangkan masa kira-kira tujuh jam melakukan sesi pertemuan dengan 62 ADUN BN Sarawak secara tertutup bermula pada pukul 11.30 pagi semalam.Setiap seorang diberi tempoh tiga minit untuk menyampaikan laporan serta masalah kawasan masing-masing kepada Perdana Menteri.
Kumpulan pertama yang menemui Perdana Menteri ialah ADUN Opar,Ranum Mina,ADUN Tasik Biru,Datuk Peter Nansian Ngusie,ADUN Tanjung Datu,Tan Sri Adenan Satem,ADUN Pantai Damai,Dr. Abdul Rahman Junaidi dan ADUN Demak Laut,Datuk Dr. Abang Abdul Rauf Abang Zen.
Datuk Seri Najib berkata,menerusi pertemuan tersebut,beliau dapat melihat semua ADUN di negeri ini mengetahui keadaan dan permasalahan yang dihadapi oleh rakyat di kawasan masing-masing.Katanya,mereka telah membuat beberapa cadangan secara lisan dan hampir semua membawa cadangan secara bertulis malah ada yang melakukannya dalam bentuk laporan lengkap kepadanya.Bagaimanapun, jelas beliau, bukan semua yang dicadangkan atau hasrat rakyat yang disampaikan menerusi wakil-wakil rakyat tersebut boleh diselesaikan dalam tempoh singkat.
''Kita lihat projek prasarana seperti jalan dan elektrik umpamanya, ia memerlukan tempoh masa tertentu untuk kita selesaikan segala-galanya dan melaksanakannya.Namun, apa yang penting, ada peningkatan yang jelas dan ketara dari setahun ke setahun," katanya.
Dalam pada itu, Datuk Seri Najib memberitahu,dalam pertemuan berkenaan juga tidak berlaku ADUN yang cuba melobi supaya dicalonkan semula pada pilihan raya negeri akan datang, namun sebaliknya ada yang menawarkan untuk tidak dicalonkan.Ditanya jumlah ADUN yang menawarkan untuk tidak bertanding lagi, Najib hanya menyambut soalan itu dengan ketawa tanpa mendedahkan jumlahnya.
Sementara itu, mengenai perkembangan terkini misi membawa keluar rakyat Malaysia di Kaherah,Datuk Seri Najib berkata,beliau belum mendapat laporan lagi memandangkan sehari suntuk mengadakan sesi pertemuan dengan ADUN BN Sarawak.Bagaimanapun,katanya,beliau dapat pengesahan berhubung dua penerbangan yang ditawarkan oleh anak kepada Raja Abdullah iaitu Putera Turki.
''Jadi,dua pesawat itu telah disahkan dan saya akan menyampaikan butir-butirnya kepada yang berkenaan nanti," katanya.

KEPADA SEMUA TOLONG JANGAN FIKIR PRU 13 TAHUN INI.CUBA ANDA FIKIR SEMUA PRU 12 2008.BERKEMUNGKINAN PRU 13 PADA TAHUN 2012 ATAUPUN 2013 ITUPUN PALING LAMBAT.APA PUN KITA BOLEH BERSEDIA DARI SEKARANG UNTUK MENGHANCURKAN PIHAK PAKATAN YANG SELALU PANDAI BERJANJI TAPI BILA TIBA MASANYA SATU BENDA PUN TAK DI KOTAKAN...
No comments:
Post a Comment