Social Icons

Pages

Monday, February 07, 2011

PENGUNDI MAHU GOBALA MELEPASKAN JAWATAN !!!


Desakan supaya Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan melepaskan jawatan sebagai wakil rakyat terus memuncak apabila sebahagian besar pengundi mengadakan demonstrasi aman di hadapan pejabatnya di hadapan Taman Kobis,Jalan Paya Besar, Lunas semalam.Demonstrasi aman yang bermula seawal jam 8 pagi turut mendesak Gobala supaya bersikap ‘gentleman’ dan profesional supaya melepaskan jawatan yang disandang oleh beliau semasa mendapat sokongan dari Pakatan Rakyat


hadir sama semalam adalah Dipertua PAS Kawasan Padang Serai,Ustaz Mohd Fauzi Tahir;Beliau berkata Gobala melompat dan lantang membantah tindakan Adun Lunas,Radzhi Salleh yang menjadi wakil rakyat Bebas.Kini apabila Gobala sendiri bercakap tidak serupa bikin, maka tunjukkan kejantanan Gobala,memang Gobala berani melepaskan jawatan.Jika benar Gobala tidak mempunyai agenda tersembunyi kenapa tak nak letak jawatan sebagai Ahli Parlimen,letak dan undur. Kita adakan pilihan raya kecil.Tengok dan lihat.Apakah Gobala akan dapat sokongan semula atau kecundang atas tiket Bebas.Beliau juga mengharapkan Gobala berani menerima cabaran ini.

Manakala Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Padang Serai,Rohaya Yusof yang ditemui turut melahirkan rasa kecewa beliau dengan tindakan Gobala mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat Bebas.

“Kami yang mendokong beliau. Kami juga yang membantu beliau untuk memenangi kerusi Parlimen Padang Serai pada tahun 2008 yang lalu. Kini beliau bukan lagi wakil rakyat yang kami sokong.Oleh itu sahutlah cabaran pengundi kawasan ini, supaya lepaskan jawatan sebagai wakil rakyat. Berikan mandat kepada pengundi kawasan ini untuk meletakkan kedudukan sebenar beliau samada masih diterima atau tidak dalam kawasan ini,” tegasnya lagi.

Para peserta penunjuk perasaan turut membawa sepanduk yang pelbagai mendesak Gobala supaya berundur.Antara sepanduk yang dibawa berbunyi ‘Jangan tipu pengundi’, ‘Jangan jadi barua politik’, ‘Padang Serai bukan hak MP bebas’, ‘MP gila wang tak layak jadi pemimpin’ dan sebagainya.Pihak polis turut membuat sekatan jalan raya berhadapan jalan masuk ke Taman Kobis, Paya Besar di mana demonstrasi aman diadakan.

ADAKAH GOBALA MENERIMA CABARAN ITU ATAUPUN GOBALA SENYAP ??? KITA TUNGGU JAWAPAN DARI GOBALA NANTI...

5 comments:

Anonymous said...

tak payah la nak adakan prk lagi. buat habiskan duit rakyat je. tp pas mmg suka perabih duir rakyat

Anonymous said...

gobala dah kena bala la tu wakakakakkakakaka

pak lah bom said...

Baru padan muka hampa semua.kah kah kah kah

Anonymous said...

PADAN MUKA PAS

Anonymous said...

Salam,

Puak2 PAS PIS PUS bodoh.. Kalau dia letak jawatan macam mana dia nak bertanding semula. Undang2 pilihan Raya tak benarkan wakil rakyat yang letak jawatan bertanding semula selama 5 tahun. Awat hampa ni bodoh tak tau undang2 ka???? tuih....

 
 
Blogger Templates