Social Icons

Pages

Tuesday, February 22, 2011

KENYATAAN TENGKU ZAFRUL TERHADAP TAN SRI ISA ADALAH PERIBADI ???


Kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Investment Bank Bhd,Tengku Datuk Zafrul Tengku Abdul Aziz berhubung pelantikan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai Pengerusi Felda baru-baru ini kononnya merupakan pandangan peribadi.adakah ini dikatakan pandangan peribadi ataupun Tengku Datuk Zafrul Tengku Abdul Aziz ini tidak menyukai Tan Sri Isa kerana Tan Sri Isa di sukai oleh rakyat dan Felda selalu membantu rakyat ????


sila lihat kenyataan di bawah

Ketua Eksekutif Kumpulan Maybank,Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata,kehadiran Tengku Zafrul pada forum berkenaan adalah atas kapasiti peribadi dan bukannya mewakili organisasi tersebut.

“Beliau sudah memaklumkan kepada saya tentang perkara tersebut dan saya yakin Tengku Zafrul sudah menghantar surat permohonan maaf kepada Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad,” katanya selepas mengumumkan keputusan kewangan separuh pertama 2011 kumpulan perbankan tersebut di sini hari ini

Dalam satu forum baru-baru ini,Tengku Zafrul mengeluarkan kenyataan bahawa pelantikan Mohd. Isa sebagai Pengerusi Felda telah memberi isyarat yang salah kepada pasaran sehingga menyebabkan kebimbangan pelabur.

Kritikan terhadap Mohd. Isa yang dilakukan oleh Tengku Zafrul dan Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Datuk Dr. Zainal Aznam Mohd. Yusof dalam satu forum anjuran sebuah badan pemikir tempatan dengan bersandarkan alasan,imej bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu pernah tercalar dengan isu rasuah.Berikutan kritikan itu,pelbagai pihak telah mendesak Tengku Zafrul supaya meletakkan jawatan dan ia dilihat seolah-olah mempertikai keputusan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak.Jelas Abdul Wahid, surat permohonan maaf itu telah ditulis selepas forum tersebut bagi menjernihkan suasana.

SUMBER UTUSAN

KALAU PERIBADI TAKKAN LAH NAK MELAWAN DAN MEMPERTIKAI KUASA YANG DIBERI OLEH DATUK SERI NAJIB KEPADA TAN SRI MOHD ISA ???

ADAKAH TAN SRI MOHD ISA TAK PERNAH LAKUKAN TUGAS BELIAU SEBELUM INI ???

INGAT,SEMUA MANUSIA TAK PERNAH LEPAS DARI MELAKUKAN KESILAPAN,SEKIRANYA ANDA SERING MENUNJUKKAN KESALAHAN KEPADA ORANG LAIN,ADA LAGI 4 JARI MENUJU KEPADA ANDA

RENUNG-RENUNGKAN LAH...

3 comments:

Anonymous said...

Saudara BR
Tolong beritau Wahid CEO Maybank , jangan buat alasan bodoh untuk Zafrul hanya kerana nak jaga nama Maybank. INi satu alasan yang bukan saja tak jujur tapi nak perbodohkan rakyat. Dan kena ingat, kita tak bodoh. Zafrul adalah dari golongan network berpaksikan anak muda yang berjaya membolos diri kedalam kumpulan GLC yang dipercayai PM , rangkaian yang berkiblatkan mentor di luar negara dan akan menjahanamkan Perdana Menteri.

Yang bodoh orang yang letak Zafrul di jawatan nya dan orang sekeliling Perdana Menteri yang di perbodohkan hanya kerana keluarga dia ada nama. Kalau nak sangat jaga nama, tolong lah CEO Wahid since kau yang bertanggung jawab letak Zafrul di posisi tinggi itu, kau turut sama letak jawatan.

Sepatutnya Wahid, kau perlu mintak maaf samalah , kau dan Zafrul patut siang siang dah letak jawatan. Tapi integriti tinggi gitu itu hanya berlaku di Jepun. Sini, orang macam kamu akan mencengkam jawatan sampai jari tu terpaksa di umpir untuk lepaskan jawatan kamu.

Ini bukan perkara kecil nak selesai dengan minta maaf. Zafrul bukan 'kecil' macam kita , bukan rakyat biasa macam kita. Dia di beri keistimewaan. Kita di paksa sanjung dia sebagai anak muda yang sukses. Tapi dia muntah kat kaki kita.Dia muntah kat muka Isa samad. Dia dan Zainal Aznam yang lupa daratan tu.Zainal aznam lupa siapa yang iktiraf dia semula, bila dia hilang dalam lautan VIP yang menghadapi sindrom tarikh lupus.Yang mengendeng mahu di iktiraf.

Berapa kali PM nak biarkan dirinya diperbodohkan? Kuat ke pengaruh Zafrul ni hingga CEO Wahid pun nak kena bantu sokong dia.

Kalau dia buat pendapat peribadi dan bisnes dia peribadi ,lantak dia lah. Tapi tipikal anak muda yang sukses hanya kerana ada pertalian dengan orang atasan dan patron nya Perdana Menteri. Dia lupa dia bukan berada di puncak sukses kerana kebolehan nya.

Sekarang dah terbukti dia sebenarnya kebudakkan , immature, tak professional, tak bertanggung jawa, tak beretika dan tak berhak di beri kepercayaan untuk meneraju badan komersial penting yang ada kaitan kerajaan. Kebodohan dan kekurang matangan Zafrul ini tipikal dengan anak anak muda yang di beri pangkat tinggi dan penghormatan ,hanya kerana orang yang berkepentingan kata ' oh dia pandai , saya suka dia, mak dia sekian sekian dan adik mak dia menteri, bapak dia raja dan bulshit bulshit'. Pergi mampus . Apa yang Raja Nong Cik tu dah buat? Menteri Wilayah paling bodoh. Memang kerusi BN di wilayah akan hancur kerana pak turut yang tak ada idea ni.

Sekarang jelas sekali orang macam Zafrul membuktikan PM sendiri boleh buat keputusan salah meletak dia di sana. Minta maaf? itu jalan mudah! Tapi ini bukan kemudahan untuk seorang yang di beri tanggung jawab besar menjaga kepentingan kerajaan dan komersial. Disini perkataan dan peribadi tak boleh digunakan lagi. Sebab itu sepatutnya jangan bukak mulut kalau tak pandai. Kalau nak buat pandangan peribadi sila lepaskan tanggung jawab di Maybank. Berani ? Atau nak makan dua dua. Tipikal anak muda yang laparkan sukses dan kuasa tapi pemalas.

Kesilapan Zafrul akan di ulang kerana dia bodoh, ego melebih, dan akan di pergunakan. Kalau tak nyahkan dia sekarang , PM akan menyesal sebab orang macam Zafrul boleh hancurkan kredibiliti bukan saja kerajaan dan sistem perbankan , serta boleh menjatuhkan organisasi seperti Felda.

Tapi lebih buruk dari itu, rangkaian sabotaj senyap nya boleh menjatuhkan Perdana Menteri. Dan ramai lagi anak muda yang telah diberi kepercayaan tinggi dan penting macam Zafrul. Tiba masanya nanti mereka lah senjata yang makan Tuan . Mereka menjadi catur dalam satu rangkaian dan akan jatuhkan Perdana Menteri.

Anonymous said...

KAN DAH PECAH SATU LAGI RAHSIA PERIBADI. JADI DIO NI ANAK SEDARO RAJA NONGCHIK, MENTERI WILAYAH.

Anonymous said...

Wahid tu pun patut undur diri dan letak semua jawatan...Ko dah lupa ker Wahir apa yang ko buat pada TM. Yang ko pegi jual TMI dan dah jadi Axiata pulak sekarang ni pasal apa? Bukankah TMI tu hasil penat lelah staff TM untuk menubuhkan dan menjayakannya. Si Celcom kucing kurap pun mentang-mentang dah sihat dan kuat setelah kena ubat TM Touch bukan main berlagak lagi....UNDUR LAH WAHID!!!!!!!!

 
 
Blogger Templates