Social Icons

Pages

Saturday, February 12, 2011

KERAJAAN NEGERI SELANGOR RUGI 2 JUTA !!!


disebabkan kes shuhaimi,kerajaan Negeri akan menanggung RM2 juta.sepatutnya duit itu akan di salurkan untuk rakyat tetapi di sebabkan kes shuhaimi ini,kerajaan negeri sanggup mengeluarkan duit itu kononnya menegakkan Kes Shuhaimi.


siapa Shuhaimi ini ??? adakah dia menteri besar ??? dahlah mengambil duit Kerajaan Negeri,kenapa tak mengeluarkan duit gaji ataupun duit sesiapa pun yang berdekatan dengan kamu wahai Shuhaimi ??? tahu tak kenapa saya berkata RM2 juta duit rakyat di ambil ??? kos minimum mengupah peguam sekitar RM100,000 seorang dengan kes berjalan untuk tempoh beberapa bulan.maksud saya tadi Khalid Gagap lebih rela menggunakan wang daripada dana kerajaan negeri untuk membela penderhaka sultan berbanding disalurkan untuk kegunaan rakyat.Kes ini bukan boleh diselesaikan dalam masa sehari dua,ia akan mengambil masa berbulan-bulan.Tindakan menggunakan dana tersebut yang sepatutnya untuk kepentingan serta pembangunan rakyat merupakan kelakuan tidak bermoral.Ini satu pembaziran serta penyelewengan kepada wang yang sepatutnya disalurkan kepada rakyat.


semua ini berpunca dari Khalid Gagap kerana sebelum ini Khalid memberitahu tetap dengan keputusan untuk membiayai kos perundangan Shuhaimi yang dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan menghasut,menggunakan dana kerajaan negeri.Menurut Khalid gagap pembiayaan itu akan diteruskan atas 'prinsip kebebasan bersuara' selain alasan bahawa Shuhaimi merupakan wakil rakyat yang menjalankan tugasnya sebagai rakyat Selangor.memang betullah apa yang saya selalu dengar Khalid Gagap ni Business man bukan Ahli Politik.Dia guna lah semua duit Kerajaan Negeri untuk menanggung semuanya.seolah-olah Khalid dan Shuhaimi ini menderhaka kepada Sultan dan sanggup menegakkan kain basah.

RAKYAT SELANGOR BANGKITLAH DAN SELEPAS INI PILIHLAH KERAJAAN YANG MANA LEBIH BAIK UNTUK RAKYAT DI SELANGOR

1 comment:

Anonymous said...

Betul tuan, nama saja Parti Keadilan RAKYAT, tapi guna duit rakyat untuk membela penderhaka sulatan.

 
 
Blogger Templates