Social Icons

Pages

Friday, February 11, 2011

NASRUDIN DAN KHALID SAMAD BERGADUH !!!


PAS Selangor menolak cadangan Ketua Pemuda PAS pusat Nasrudin Hasan at-Tantawi yang mahu melancarkan kempen membendung gejala tidak bermoral di negeri-negeri Pakatan Rakyat sempena sambutan Hari Kekasih.

Khalid Samad pulak tetap dengan pendirian dan mengatakan,Nasrudin tidak mempunyai kuasa untuk bercakap bagi pihak penguat kuasa kerajaan negeri jika undang-undang Islam dilaksanakan jabatan agama.komen Nasrudin itu mungkin pendapat sendiri dan tidak dibawa dalam mesyuarat biro politik baru-baru ini.


laporan dari MALAYSIA INSIDER menyebut Nasrudin dilaporkan berkata telah mengarahkan pihak berkuasa tempatan di Kedah,Kelantan dan Selangor untuk bekerjasama dengan polis dan Rela bagi membendung aktiviti tidak bermoral itu.

Katanya,Pemuda PAS akan bekerjasama dengan jabatan agama setiap negeri untuk memantau sambutan Hari Kekasih 14 Februari ini.Beliau berkata langkah itu diambil sebagai satu percubaan untuk membendung gaya hidup tidak sihat dan menyumbang kepada dosa.Sementara itu Ahli Parlimen Kota Raja Dr Mariah Mahmud berkata biro kebajikan parti akan mendekati golongan remaja pada Hari Kekasih bagi memberi penerangan tentang peraturan-peraturan Islam.Pendirian PAS untuk melaksanakan undang-undang Islam mendapat tentangan daripada rakyat dan juga pemimpin Pakatan Rakyat.Sebelum ini, parti Islam itu cuba untuk menghentikan penjualan minuman beralkohol di kawasan orang Islam di Selangor tapi ia mendapat tentangan daripada DAP dan pemimpin PKR.

APA CERITA NI ??? DAH BERBELIT KENYATAAN DUA INSAN PEMIMPIN PAS NI.NASRUDIN KATA NAK LANCARKAN KEMPEN.APA PUN SEBENARNYA KEMPEN MEMBENDUNG GEJALA TIDAK BERMORAL DAH LAMA PUN.TAK PERLU DI BERITAHU KAT SEMUA.ITU TUGAS MAJLIS AGAMA ISLAM DI NEGERI MASING-MASING.

No comments:

 
 
Blogger Templates