Social Icons

Pages

Friday, February 18, 2011

NIK AZIZ VS TUN MAHATHIR !!!


Nik Aziz telah bersuara pula semalam.Nik Aziz berkata kegelisahan atau dilema di kalangan rakyat pelbagai kaum negara ini termasuk orang Melayu sendiri berpunca daripada “UMNO yang menolak perjuangan berasaskan bangsa.”Sehubungan itu kata Nik Aziz lagi,akhirnya UMNO yang menyesatkan bangsa itu sendiri akibat tidak percayakan kepada kebaikan ajaran agamanya sendiri.

Menteri Besar Kelantan ini berkata,tidak timbul isu dilema Melayu atau dilema mana-mana kaum apabila persoalan bangsa dan perjuangan sesuatu kaum itu berteraskan kepada ajaran Islam. Katanya,apa yang penting diamalkan ialah semua menjadi hamba abdi kepada Allah dan sebagaimana seruan azan memanggil solat , disebutkan “Allahu Akbar”,maka yang maha besar ialah Allah bukannya Melayu atau Cina atau India.

“Sementara dalam bacaan tahyat dan salam terangkum maksud memuliakan Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad serta ucapan selamat kepada seluruh bangsa di dunia ini. Maka inilah kehebatan faedah ibadat dan muamalat yang digabung dalam solat gunanya untuk dipraktikkan dalam kehidupan manusia,” kata beliau dalam tulisan terbaru blognya



kalau macam itu video di bawah ini apa pulak ???



Pada hari yang sama kelmarin,Bekas perdana menteri Tun Mahathir sambil mengakui pengetahuan agama Nik Aziz lebih “dalam”, tetapi menggesa agar Nik Aziz berhenti daripada menyalah guna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri.

“Saya akui pengetahuan agama Nik Aziz dalam tetapi alangkah baiknya jika Nik Aziz berhenti daripada menyalahguna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri.Tidak ada sesiapa yang dapat lari daripada hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.,” itulah jawapan yang di beri oleh Tun Mahathir dalam jawapan panjang lebar menjawab tulisan Nik Aziz awal bulan ini.

kata Tun Mahathir lagi “bertaqwalah kepada Allah s.w.t. dan hentikanlah mengeliru umat
Islam di Malaysia kerana ingin menang pilihan raya.”

Awal bulan ini,Nik Aziz menjawab tuduhan Tun Mahathir ke atasnya dengan menegaskan, Umno yang selama ini “menzalimi orang-orang Melayu” dan menafikan beliau menjadi punca perpecahan orang Melayu Islam negara ini.

1 comment:

AJAI62 said...

Assalam Bro

Terbukti dan nyata orang lain juga yang disalahkannya. Dasar PAS sejak dari azali lagi.

 
 
Blogger Templates