Social Icons

Pages

Saturday, February 12, 2011

PANAS !!! RAHIMI MENDEDAHKAN RAHSIA ANWAR DI LUAR NEGARA !!!


Bekas Setiausaha Sulit Anwar,Muhamad Rahimi Osman telah membuka pekung Anwar berkenaan dengan harta Anwar di luar Negara.harta Anwar ??? Anwar ada harta ker di luar Negara ??? masa kat ceramah kata tak ada duit ???


Muhamad Rahimi Osman rupa-rupanya mempunyai bukti kukuh berhubung dakwaan terhadap hubungan bekas majikannya Anwar berkenaan Harta di luar Negara dengan Amerika Syarikat (AS) khususnya pertubuhan-pertubuhan Yahudi.Beliau berkata,antaranya ialah operasi sebuah firma didaftarkan dengan nama Anwar Consulting Associate berpangkalan di Washington DC,AS yang berperanan merancang segala kegiatan dan aktiviti Anwar di luar negara.Ujar beliau,itu hanya satu pendedahan sahaja dan banyak lagi rahsia Anwar yang diketahuinya dalam konteks hubungan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut dengan pertubuhan-pertubuhan Yahudi.Muhamad Rahimi dalam ceramahnya di Kampung Jalan Kebun,Shah Alam sebelum ini mencabar Anwar mendedahkan sumber kewangan yang diperolehinya untuk mengendalikan sebuah pejabat di Washington DC yang didakwa menelan kos operasi kira-kira RM6 juta (AS$2 juta) setahun.

Muhamad Rahimi mendakwa,jumlah kos operasi pejabat itu yang didaftarkan dengan nama Anwar Ibrahim Consulting Associate adalah besar dan tidak mungkin mampu dibiaya oleh Anwar yang hanya berjawatan ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang Dewan Rakyat.Malah, Muhamad Rahimi berkata, pejabat tersebut turut mengambil lima orang pekerja yang terdiri daripada golongan muda dan ada di antaranya warga Pakistan dan Turki yang menetap di AS dengan gaji mencecah lima angka sebulan dalam mata wang AS.dokumen-dokumen itu menunjukkan bagaimana perjalanan operasi firma milik Anwar di Washington dengan pembiayaan begitu tinggi selain kewujudan hubungan secara langsung Ketua Pembangkang itu dengan pertubuhan Yahudi di luar negara.Sehubungan itu,beliau menyelar tindak-tanduk Anwar yang sewenang-wenangnya menuduh kerajaan mempunyai hubungan dengan Yahudi apabila melantik Apco Worldwide sebagai firma perunding.

Dalam pada itu Muhamad Rahimi berkata,beliau mengambil keputusan bangkit menentang Anwar selepas didapati tindakan Ketua Pembangkang itu semakin melampau terutama melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap kerajaan.

MANA NAK LARI ANWAR ??? KEBENARAN TELAH TERBUKTI YANG ANDA BEKERJASAMA DENGAN YAHUDI.SAYA MENDAPAT INFO ANWAR TELAH LARI KE LUAR NEGARA.ADAKAH ANWAR LARI KERANA TAKUT ??? KITA TUNGGU JAWAPAN ANWAR NANTI

No comments:

 
 
Blogger Templates