Social Icons

Pages

Saturday, February 12, 2011

GEMPAR !!! LAPAN PEMIMPIN PAKATAN PERAK MENJADI JUTAWAN SEGERA !!!



hairan bin ajaib.saya ingat hanya peniaga jer boleh menjadi Jutawan segera.pemimpin PAKATAN pun boleh jadi jutawan segera ??? dasyat sungguh Pemimpin PAKATAN ni yer ???


semalam Bekas Ketua Penerangan PKR Perak,Fauzi Muda mendedahkan terdapat lapan pemimpin kanan PKR,DAP dan Pas menjadi jutawan segera dalam tempoh 11 bulan PAKATAN pembangkang mentadbir Perak selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 pada Mac 2008.Berikutan itu Fauzi,meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat apa didakwanya berlaku penyelewengan dan salah laku dalam kepimpinan kerajaan negeri ketika itu.


Untuk tujuan itu,beliau menyerahkan nama lapan individu tersebut yang terkandung dalam laporannya kepada SPRM Perak di pejabat suruhanjaya itu pada pukul 11 pagi.Bekas Ketua Pemuda PKR Cabang Ipoh Barat,V. Subramaniam yang menyertai Gerakan kelmarin turut menemani Fauzi membuat laporan tersebut.

laporan dari UTUSAN menyebut Fauzi ketika ditemui selepas itu memberitahu,sebelum memperoleh kuasa,lapan individu terbabit termasuk seorang wanita hidup susah ibarat kais pagi makan pagi,kais petang makan petang serta tidak mempunyai pekerjaan.Tiba-tiba dalam tempoh 11 bulan pakatan pembangkang mentadbir Perak,lapan individu ini berjaya mengubah taraf dan gaya hidup.Mereka mampu membeli rumah dan kereta mewah berharga ratusan ribu ringgit, membayar hutang dan mendapat rawatan di hospital swasta yang mahal.Dari mana datangnya sumber kewangan ini.Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama lapan individu tersebut kerana telah membuat akujanji dengan SPRM agar tidak mengganggu siasatan.Menurut Fauzi,dakwaannya itu mempunyai asas kukuh dan bukannya berunsur fitnah atau dendam terhadap mereka.

"Perkara ini bukan saya sahaja yang pertikai tetapi ramai ahli dan pimpinan PKR serta pakatan pembangkang di Perak marah dengan apa yang berlaku.Saya akan mengemukakan segala bukti dan saksi yang diperlukan oleh SPRM bagi membantu siasatan," tegasnya.

Bekas Ketua PKR Cabang Ipoh Barat itu berkata,rakyat perlu melihat betapa rakusnya kepimpinan pakatan pembangkang dalam tempoh sesingkat 11 bulan.Katanya, semasa berkuasa, pemimpin pakatan pembangkang sibuk berebut jawatan dalam syarikat kerajaan negeri, jawatan ahli majlis pihak berkuasa tempatan, berebut tanah serta balak dan bukannya membela nasib rakyat.

"Alhamdulillah, 11 bulan sahaja mereka berkuasa di Perak,kalau tidak,saya yakin negeri ini akan hancur kerana tindakan perakus,perompak dan lanun ini," ujarnya.

NASIB BAIK 11 BULAN.KALAU 11 TAHUN ??? ATAUPUN SAMPAI BILA-BILA ???

JAHANAM MALAYSIA DI KERJA KAN OLEH PEROMPAK-PEROMPAK MACAM BADUT PAKATAN RAKYAT INI

1 comment:

Mohd said...

Itulah sebabnya bila BN mengambil balik Perak dpd PR, Pakatan Rakyat meroyan terus.
Bayangkan dlm masa 11 bulan shj boleh menyonglap begitu banyak duit rakyat.
Kita dengar bahawa Ketua PAS Perak pun turut mendapat Merz yg baru, padahal dia tak ada lesem memandu pun! Betul ke? Atau fitnah?

 
 
Blogger Templates