Social Icons

Pages

Monday, February 28, 2011

PRK MERLIMAU !!! DATUK SERI MOHD ALI RUSTAM TELAH MENGAKU MELAKA MEMANG KALAH DIBANDINGKAN KELANTAN !!!




sebelum ini artikel saya adalah berkenaan dengan Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman mendakwa Ketua Menteri Melaka,Datuk Seri Mohd Ali Rustam telah dikesan menjual tanah rakyat di negeri Melaka untuk kepentingan dirinya sendiri.semalam,Datuk Seri Mohd Ali Rustam telah memberi jawapan untuk semua itu.


Jarang-jarang ketua sebuah negeri hendak mengaku negerinya kalah dengan negeri lain.Tapi lain pulak cerita dengan Ketua Menteri melaka Datuk Seri Ali Rustam yang mengaku kalah satu perkara dengan Kelantan.semalam,Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengaku sendiri.Katanya,Melaka kalah dengan Kelantan dari segi gejala sosial,terutamanya yang berkaitan dengan mengandung luar nikah.

Apa bukti ??? Menurut beliau,buktinya,di Sekolah Harapan yang didirikan oleh kerajaan Melaka ada enam orang kelantan berbanding hanya dua orang Melaka.

“Bab itu Melaka kalah dengan Kelantan,dan saya mengaku,”katanya sambil senyum sinis semasa menghadiri program kesenian di rumah Penghulu Md Natar di Merlimau Pasir semalam.sekiranya anda ingin melihat program itu

KLIK DI SINI

Sebab itu Datuk Seri Mohd Ali Rustam beliau ajak PAS debat mengenai Sekolah Harapan ini.

“Saya dah ajak sebelum ini,tapi mereka diam, nanti selepas pilihanraya ini saya akan ajak lagi, kita debat terbuka pilih mana TV yang dia nak,TV3 boleh,TV1 boleh,saya tak ada masalah,” katanya.

"Sekolah Harapan”, adalah sekolah khas untuk pelajar yang mengandung luar nikah dan dikelolakan di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).Sekolah yang mendapat peruntukan RM500,000 setahun dari kerajaan negeri itu bagi membolehkan pelajar yang mengandung luar nikah meneruskan pengajian mereka dengan jagaan khas dan mengelakkan kes-kes pembuangan bayi.

18 kejayaan Melaka dan kegagalan Kelantan

Sebut bab Melaka gagal ini, ahli Dewan Negara asal Melaka Senator Akbar Ali ada pandangan lain,beliau dalam satu tulisan khas mendedahkan 18 perkara yang dijadikan perbandingan antara kejayaan Melaka dan kegagalan Kelantan.

“Soal penagih dadah, sekali lagi kita kalah dengan Kelantan, berdasarkan statistik tahun 2009, bilangan penagih dadah di Melaka adalah 327 orang manakala Kelantan 1902 orang,”kata beliau.

Menurut beliau semua sumber yang menjadi angkubah ini sahih kerana diambil dari sumber rasmi.

“Kelantan bukan sahaja tercicir dari segi ekonomi, tetapi sebagai Serambi Mekah yang digahkan, ia terus bergelumang dengan kemelut gejala sosial,” katanya.

Antara yang diukur adalah kadar kemiskinan di mana 0.5 peratus berbanding Kelantan 4.8 peratus.Kadar pendapatan isi rumah, Melaka RM4,184 manakala Kelantan RM2,536. Hasil kutipan Kastam, Melaka RM1.6 bilion sedangkan Kelantan hanya RM37.3 juta.

Selain itu, penceraian di kalangan umat Islam pula di Melaka 923 pasangan, di Kelantan 2,478 berdasarkan statistik tahun 2009.Keseluruhan jenayah tahun 2010 Melaka 5,967 berbanding Kelantan 7,900. Kelahiran anak tak sah taraf, Melaka 1,077, manakala Kelantan 1,221.

Berdasarkan semua fakta itu, Akbar Ali, menyeru ahli PAS agar melakukan tranformasi kerana kata beliau, Allah SWT tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka yang mengubahnya sendiri


NAK TUDUH APA LAGI WAHAI USTAZ ABDUL GHANI ??? MINTA MAAF YER KERANA NYAMUK DAH BANGUN SEKETIKA

KALAU KAMI DAPAT LAGI TUDUHAN YANG TAK ADA FAKTA

UMPAMA "NYAMUK AKAN MENGIGIT BADAN" ANDA AKAN DAPAT

2 comments:

Anonymous said...

Sepanjang YAB Tok Ali jadi Ketua Menteri beliau telah banyak membina masjid baru di Melaka. Masjid yang cantik dan besar, bagaimana pula di Kelantan?

Pemuda TG said...

Setuju dng anon diatas....Masjid di Melaka cantik2...
Kat Kelantan...hancing je lahh....

 
 
Blogger Templates