Bandar Merlimau kini telah menjadi Tumpuan Rakyat Malaysia.Tidak lengkap ke DUN Merlimau jika tidak menikmati kuih ubi ketuk dan kopi o panas di pekan Merlimau.
Merlimau,sebuah pekan di daerah Jasin,kini menjadi perhatian berikutan pilihan raya kecil kerusi DUN Melaka kawasan Merlimau yang bakal diadakan pada 6 Mac.Pekan kecil yang terletak kira-kira 30 km dari bandar raya Melaka yang sebelum ini kurang sibuk,kini Merlimau telah dimeriahkan dengan kehadiran ramai pelawat dari luar kawasan itu.Dari warung di pinggir jalan hingga restoran dan medan selera, mula dibuka sehingga larut malam dengan hiasan lampu warna-warni.Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya dari BN Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, pada 20 Januari lepas akibat serangan jantung.Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menetapkan 26 Februari ini sebagai tarikh penamaan calon manakala pengundian, jika ada pertandingan,pada 6 Mac.
PENGUNDI DI DUN MERLIMAU SUDAH MENINGKAT.SEBELUM INI HANYA 10,471
DUN Merlimau yang mempunyai 10,679 pengundi berdaftar, meliputi tujuh daerah mengundi iaitu Ayer Merbau,Chinchin,Jasin Lalang, Merlimau Utara,Merlimau Pasir,Permatang Serai dan Pengkalan Samak.Kedatangan pilihan raya kecil juga umpama "durian runtuh" bagi sesetengah pihak yang mahu mengaut keuntungan segera dan mudah.Tinjauan BERNAMA mendapati,paling melambung harga ialah sewa rumah kediamaan dan rumah kedai kepada pihak yang ingin menjadikan premis itu sebagai pusat operasi sempena pilihan raya kecil itu.Di luar musim pilihan raya kecil,rata-rata sewa rumah kediaman di kawasan perumahan antara RM300 dan RM400 sebulan tetapi sekarang ini naik berlipat kali ganda sehingga ada yang mencecah RM8,000 untuk sewaan sebulan.
"Pilihan raya kecil bukan selalu datang,inilah peluang untuk kami memperoleh rezeki yang lebih, walaupun sewa tinggi tetapi ada pihak yang sanggup," kata seorang pemilik rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Mohamad.
Bagi para peniaga,kunjungan ramai ke DUN Merlimau diharap dapat meningkatkan pendapatan harian mereka.
"Sudah tentu saya suka ramai yang datang tetapi saya jual macam biasa, satu ringgit bagi satu (uncang) plastik (atau segelas)," kata Abdul Ghani Idris, 56, peniaga air tebu di pekan Merlimau.
Abdul Ghani yang lebih 15 tahun berniaga di situ, juga seperti para peniaga lain di DUN Merlimau,mahu mengekalkan jualan pada harga biasa.Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Melaka sudah menasihati peniaga di sekitar DUN Merlimau agar tidak menaikkan harga sewenang-wenangnya kerana mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang.Untuk sampai ke pekan Merlimau,pengunjung dari bandar raya Melaka boleh menggunakan Lebuh Alor Gajah-Melaka-Muar (Lebuh AMJ) manakala mereka yang menggunakan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) boleh mengambil susur keluar Merlimau Jasin di Plaza Tol Lipat Kajang.
Pembangunan seimbang yang dikecapi penduduk di kawasan DUN Merlimau dilihat memberi nafas baru kepada pertumbuhan ekonomi dari aspek ekonomi, pendidikan dan pelancongan sejak Lebuh AMJ dibuka pada Jun 2007, Laluan empat lorong sepanjang 70km bernilai RM505 juta, dibina dengan pembiayaan sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan ternyata melancarkan lagi perjalanan dari Simpang Ampat di Alor Gajah hingga ke Muar, Johor.Kawasan perindustrian Merlimau sudah dibangunkan bagi menjana peluang pekerjaan kepada penduduk terutama di kawasan itu.DUN Merlimau mempunyai penduduk sebanyak 14,215 orang di mana penduduk Melayu adalah kaum majoriti iaitu 10,088 orang atau 71.0 peratus diikuti Cina (2,752 atau 19.4 peratus), India (1,314 atau 9.2 peratus) dan lain kaum lain (61 orang atau 0.4 peratus).Majoriti penduduk ialah pekerja swasta diikuti penjawat awam, peniaga kecil dan sendiri, peladang, penternak dan nelayan.
Kemudahan pendidikan yang terdapat di DUN Merlimau ialah Politeknik Merlimau (1), Kolej Komuniti Jasin (1), sekolah kebangsaan (5), Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil (2), SJK Cina (3), Sekolah Menengah Kebangsaan (3), Sekolah Menengah Agama (1) dan Sekolah Rendah Agama Rakyat (1).Tabika Kemas (9), Tadika Jabatan Agama Islam Melaka (1), Tadika Perpaduan (1), Tadika Pra Sekolah (11) dan Tadika Swasta (2).Prasarana lain seperti dewan serba guna (2), kompleks sukan (1), bank komersial (3), pejabat Tabung Haji (1), klinik kesihatan (1), klinik desa (2), klinik swasta (5) dan klinik pergigian (1).
Di pekan Merlimau terdapat Balai Bomba dan Penyelamat Merlimau, perhentian bas dan teksi, pejabat pos dan perpustakaan awam.Tempat beribadah pula meliputi Masjid (6), surau (20), tokong (5), kuil (6), gereja (2) manakala dari segi keselamatan DUN Merlimau dilengkapi masing-masing 2 balai polis.Bagi kemudahan penduduk beriadah dan bersukan, DUN Merlimau turut dilengkapi padang awam, gelanggang sepak takraw, badminton dan futsal, taman permainan kanak-kanak.Antara tempat bersejarah yang menyumbang kepada tarikan pelancong ke Merlimau ialah rumah Penghulu Nattar dan makam Tun Teja di Kampung Sempang Laut.Tun Teja,warisan sejarah yang berhubungkait dengan zaman Kesultanan Melayu Melaka.DUN Merlimau meliputi kawasan pantai Selat Melaka iaitu di kawasan Pengkalan Samak yang adalah perkampungan nelayan tradisional.Di sekitar DUN ini juga terdapat banyak kedai makan dan restoran yang menyajikan makanan yang enak dan tidak kurang juga gerai menjual kuih-muih dan pisang goreng.Tidak lengkap ke DUN Merlimau jika tidak menikmati kuih ubi ketuk dan kopi o panas di pekan Merlimau.
IKUTI LAPORAN PENUH PRK DUN MERLIMAU PADA 26HB FEBRUARI SEHINGGA 6 MAC INI HANYA DI BADUT RAKYAT
SIAPAKAH AKAN MENJADI YB DI DUN MERLIMAU ??? KITA AKAN SAKSIKAN NANTI

No comments:
Post a Comment