Social Icons

Pages

Tuesday, February 22, 2011

TOK HIM MENGAMUK LAGI !!!


Datuk Ibrahim Ali ataupun di kenali sebagai Tok Him hari ini telah mengamuk dan membuat laporan polis terhadap ketua Hindraf P. Waytha Moorthy berhubung surat yang dihantar pemimpin itu kepada 21 pertubuhan dan individu antarabangsa,yang antara lain mendakwa Perkasa sebagai alat Umno untuk menimbulkan huru-hara pada sabtu ini.



Laporan polis dibuat di Balai Polis Dang Wangi di sini petang tadi

“Isi kandungan surat tersebut mengandungi fitnah yang tidak bertanggungjawab seperti tuduhan terhadap Perkasa dan Pekida sebagai alat Umno untuk menimbulkan huru-hara pada 27 Februari ini, yang mana Hindraf yang merupakan sebuah pertubuhan haram akan mengadakan perhimpunan perarakan haram.Perkasa tidak ada kena-mengena dengan Umno dan Perkasa adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan atau NGO yang halal di sisi undang-undang dan tidak pernah menganjurkan perhimpunan jalanan ekstreme,” itu lah sedikit ulasan yang di beri oleh Tok Him pada sidang media di balai polis Dang Wangi Hari ini.

Tok Him yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata,Perkasa bukan pertubuhan ekstreme dan tuduhan Waytha Moorty adalah berunsur “jahat, biadap dan terkutuk.

“Perbuatan seorang yang saya kira penjahat yang tidak layak menjadi warganegara Malaysia,” katanya.

Tok Him berkata lagi,Perkasa mahu polis mengambil tindakan undang-undang tanpa bertolak ansur terhadap mana-mana pihak yang terlibat menganjurkan cadangan perhimpunan haram 27 Februari ini.selaku Presiden Perkasa beliau akan menjawab segala tuduhan dibuat oleh Waytha Moorthy dan akan menghantar surat kepada kesemua 21 orang, yang dihantar surat oleh pemimpin Hindraf itu, bagi membersihkan nama baik kerajaan kerajaan,rakyat Malaysia dan Perkasa serta Pekida.

SEKIRANYA ANDA SAYANG MALAYSIA MARILAH KITA BERSATU UNTUK MENENTANG HINDRAF HABIS-HABISAN KERANA HINDRAF AKAN MEMBUNUH PERPADUAN KAUM DI NEGARA INI

No comments:

 
 
Blogger Templates