Social Icons

Pages

Wednesday, February 23, 2011

PERTANDINGAN 3 PENJURU DI PRK KERDAU ???


kemungkinan PRK Kerdau nampaknya akan berlaku pertandingan tiga penjuru pada 6 Mac ini.

laporan dari UTUSAN menyatakan Kemungkinan itu boleh berlaku kerana seorang bekas wakil rakyat sekitar 1980-an mahu menawarkan diri untuk sama-sama bersaing dengan calon Barisan Nasional (BN) dan Pas merebut kerusi DUN tersebut atas tiket Bebas.Yang pastinya,BN telah pun menamakan calonnya iaitu Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau,Syed Ibrahim Syed Ahmad,manakala di pihak pembangkang, sama ada Pas atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengumumkan wakil mereka esok.

Berbalik kepada bakal calon Bebas itu,bekas kakitangan Jabatan Penerangan Jerantut itu pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sekitar 1980-an.Ketika itu,DUN Kerdau diletakkan dalam Parlimen Jerantut.Kini DUN Kerdau berada dalam Parlimen Temerloh selepas persempadanan semula 2004.

Bekas Yang Berhormat itu (yang enggan namanya disiarkan) memberitahu,hasratnya untuk bertanding atas tiket Bebas bertujuan 'mengajar' Pas dan BN supaya tidak terlalu yakin untuk mencapai kemenangan.

"Saya bertanding bukan kerana mahu menang tetapi mahu memecah undi," jelasnya yang kini berusia 60-an.

Difahamkan juga,anak bekas wakil rakyat terbabit turut disenarai pendek oleh Badan Perhubungan UMNO negeri untuk dipilih sebagai calon Pilihan Raya Kecil Kerdau tetapi tidak berjaya.Apa pun,dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi,sesiapa juga boleh bertanding.

Namun niat memasuki pilihan raya seharusnya ikhlas dan bukan kerana mahu merosakkan perpaduan rakyat terutama masyarakat Melayu di Kerdau hanya disebabkan gagal terpilih sebagai calon.Mungkin masa atau zaman kita telah berlalu.Berilah peluang kepada pemimpin muda menterjemahkan bakat kepimpinan masing-masing.

Dalam pada itu,pemerhatian di sekitar Kerdau mendapati suasana kempen pilihan raya masih belum 'panas' terutama yang melibatkan pengibaran bendera parti-parti pembangkang dan pembukaan bilik gerakan.

Setakat semalam,Pas hanya membuka tiga bilik gerakan iaitu di Kampung Simpang Empat, Kampung Tekal dan Kampung Badok.Kelesuan Pas dalam membuat persiapan pada pilihan raya kali ini adalah kerana parti itu belum memuktamadkan lagi calon mereka untuk bertanding.Ditambah pula dengan desas -desus mengatakan PKR turut berminat untuk bertanding menggantikan Pas yang dikatakan mempunyai rekod buruk di DUN terbabit.

Apa pun,esok adalah hari penentuan bagi pakatan pembangkang untuk mengumumkan calon mereka.Berbanding BN,persiapan rancak telah dimulakan apabila kesemua 33 kampung dalam DUN Kerdau mempunyai bilik gerakan masing-masing dengan markas operasi utama parti tersebut di Kampung Seri Ketumbit.Bolehlah ditafsirkan BN memulakan langkah permulaan yang agak cemerlang walaupun terlalu awal untuk mengatakan parti memerintah itu bakal meraih kemenangan besar pada pilihan raya kecil kali ini.

1 comment:

Mordecai Kucai said...

Ni lah tak da keiklasan dalam perjuangan. Ini sikap nak cari keuntungan, masyuk. Anak tak dapat dia marah.

 
 
Blogger Templates